Thursday, May 8, 2008

Daughters

Hmmm, sayu rasanya hati. Baru sekejap tadi, aku telah menghantar Sarah pulang ke madrasahnya. Hati ibu mana yang tak tersentuh apabila melihat aliran air mata anaknya. Namun inilah korban. Korban dari kami sekeluarga. Korban utk agama. Korban terbesar dari Sarah sendiri kerana dia lah yang menanggung mujahadah berada dlm suasana madrasah...segala2nya kami lakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Puas sudah memujuk dan memberi semangat pada dia utk meneruskan perjuangan. Membaca & menghafaz Al-Quran bukanlah sesuatu yg mudah... mana mungkin ia mudah. Hati yg ingin memikul firman2 suci Allah swt itu pastinya harus suci bersih. Jauh dari kemungkaran dan maksiat. Masya ALlah, inilah yang cuba aku terapkan kedalam hati kecil Sarah.

Sarah, bukan calang2 orang yg akan Allah pilih utk menjadi penerima wasiat nabi. Memegang amanah, menyimpan ayat2 suci Al-Quran di dalam hatinya. Sesungguhnya hati kecilmu yg tulus, bersih dan suci ini yg mampu. Jika di beri peluang sudah pasti ibumu ini ingin saja mengorbankan diri utk usaha ini. Namun, apakan daya, ibu ini berlumuran dgn daki2 dosa & noda. Anakku, kaulah pemangkin perubahan kami.Asbab susah payahmu, ibu & ayahmu dapat bangun malam munajat menangis memohon pd Allah. Asbab getirnya perjuangan mu, kami jadi lebih tawajjuh. Azam kami adalah membawa agama yg sempurna dlm penghidupan kami. Sarah, kaulah contoh tauladan buat adik2mu, malah buat ibu-bapa mu sendiri. Iman yg tersemat di hatimu, membunga & mekar indah dengan mujahadah mu. Yakinlah anakku, pasti Allah ganjarkan bagimu atas setiap titisan air matamu. Tidak pernah Allah itu memungkiri janji2nya. Walau kebaikanmu sebesar zarah, pasti akan dibilang.

Hanya pada Allah saja tempat kami mengadu. Susah sungguh ujian2 mendatang dlm meniti arus kehidupan. Semoga kami tidak tergelincir dari jalanMu yg lurus. Amin

Wednesday, May 7, 2008

Welcome Friend

Jeng...Jeng...Jeng

I am kinda expecting an old friend to drop by. As she is coming, I better update my blog asap. Hehehe...else, she would think that I am such a lazy bum for not updating any new n3 since March. True, I did promise to write more. However, life has been hectic these past few months. I am anticipating that things will wind down soon...Insya ALlah, when this happens, I shall vow to keep a daily update on my blog.

Two weeks ago, I got the opportunity to visit London. Wowweeeeee...seronoknya. Actually, its kinda business+pleasure trip. I did not bring any of the kids. But...I did bring the kid's father. hehehe...the trip turned out to be sorta like a second honeymoon. In fact, we never even had our first honeymoon. So, it was actually more like a belated honeymoon. Insya Allah, once I get the pix from hubby, I shall post it onto this site.

SubhanAllah, how great is ALlah. Bila melihat keindahan alam ciptaan ALlah, maka terdetik kesempurnaan & kehebatan Allah dalam mencipta dunia ini. Pasti, tidaklah sia-sia ciptaan2 ALlah itu.

"Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu"
Surah AdDzariyat Ayat 56

Sesungguhnya, manusia ini telah dijanjikan untuk menjadi makhluk ciptaan Allah yg terbaik. Bagaimanakah caranya utk kita dapat pengiktirafan sbg makhluk yg terbaik ini ? Marilah kita sama2 fikir2kan.

After all, even Socrates, a kufar believed that an unexamined life is a life not worth living. Apatah lagi kita, yang telah terpilih lahir sebagai muslim. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengkaji dengan ikhlas, "APakah tujuan hidup kita di dunia ini?" Adakah utk mencari keseronokan ? Atau mengumpul harta? Atau menjana ekonomi keluarga, bangsa & negara? Atau mencari job satisfaction/career advancement? Atau semata-mata mencari redha ALlah? Seikhlas hati, marilah kita lapangkan masa & fikir2kan. Fikirkan tujuan maksud hidup kita di dunia ini. Sesungguhnya, hadis nabi Muhammad saw ada mengatakan bahawa fikir sesaat itu adalah lebih baik dari ibadat sunat 70 tahun. Insya Allah, kita mampu melakukannya.