Monday, July 21, 2008

Rezeki

Alhamdulillah, untuk yg bekerja makan gaji, baru saja kita menerima imbalan atas usaha penat lelah kita sepanjang bulan. Hari nie kan Hari Dapat Gaji!!! Yeay. Rezki yg kita dapat hari ini adalah pemberian ALlah. ALlah telah tetapkan 3 perkara untuk setiap hambanya 500 tahun sebelum dia dilahirkan. 1. Rezki 2. Umur 3. Maut. Sila rujuk Al-QUran & hadis utk keterangan lanjut mengenai hal nie.

Jika di tanya apa itu definasi rezeki, maka sebahagian besar dari kita akan menjawab bahawa rezki itu adalah apa yg kita terima atau dapat. Namun, rasullullah saw telah mengajar kita sebaliknya melalui kisah ini.

Dizaman rasullullah saw, ada seorang sahabat yg telah melakukan ibadah korban. Apabila siap disembelih dan dilapah binatang korban itu, maka si sahabat tadi telah membahagi2kan daging2 korban itu kepada org2 yg selayak menerimanya. Melihatkan ini, rasulullullah saw telah bertanya kepadanya. Wahai sahabatku, apakah rezki mu pada hari ini? Si sahabat itu pun telah berkata bahawa masih ada sekeping peha daging yang tersisih utk dirinya. Maka rasullullah saw telah berkata, sesungguhnya rezki kamu pada hari ini adalah apa yg telah engkau bahagi2kan kepada org lain. Itulah rezki kamu, bukan apa yg telah kau simpankan utk dirimu di dunia.

Sungguh bijaksana sekali rasul yg telah Allah utuskan buat kita. Dalam mendidik dan mentarbiyah para sahabat2nya, rasulullah saw sering mengalihkan kecendurangan sahabat dari ganjaran & keseronokan dunia yg sementara kpd ganjaran & keseronokan akhirat yg lebih kekal abadi. Semoga kita juga dpt belajar dan ambil iktibar dari kisah rasul & para2 sahabat. Dengan ini, agama akan hidup, menjadi sesuatu yg praktikal dan berkait rapat dgn kehidupan harian kita bukan sesuatu yg abstrak dan susah utk diterapkan.

Tersedar

Alhamdulliah, asbab kasih sayang Allah, aku telah dapat menghadiri kelas pengajian Al-Quran selama 2 hari di sini. Walaupun pd awalnya aku memang terasa teramatlah malas utk menghadirinya. Namun, setelah mengenangkan bahawa bayaran telah pun dibuat,maka aku pun gagahkan diri utk menghadiri kelas itu. Dalam kotak fikiran, aku telah membuat keputusan, kalaulah kelas ini bosan, maka aku akan mewakilkan anakku, Nadia, utk menggantikan tempatku.

SubhanAllah, keputusan aku utk menarik diri awal dr kelas itu meleset sama sekali apabila aku duduk terpaku mendengarkan kata2 yg diucapkan oleh si-ustaz di pagi hari Sabtu yg damai itu. Memang kata2 dan ayat2 itu telah aku dengar berulang2 kalinya namun kata2 itu masih menusuk jauh kedalam sanubariku. Apalagi buat diriku yg baru sahaja tergelincir, setelah beberapa hari aku lalui kehidupan harian dalam kelalaian dr mengingati Allah. Astaghfirrulllahalazim, ALlah masih lagi menyintai kami. Tidak langsung Dia mematikan sahaja kami di saat kami leka dengan hidup yg alpa. Tapi sebaliknya, dia tarik kami kembali kepadaNya, dihantarkan peringatan utk kami yg lupa. Syukurlah...belum terlambat buat kami.

Bagaimana dengan anda...APa persiapan kita nanti bila berjumpa Sang Pencipta ? Marilah kita fikir2kan.

Tuesday, July 8, 2008

Teman-Teman di Perantauan

Memang tak seronok hidup merantau. Hidup berjauhan dari ibu-bapa, adik beradik dan kaum keluarga menimbulkan rasa rindu yang menebal. Kekadang, bila keluarga berkumpul untuk bersantai, mengeratkan silaturrahim ataupun meraikan sesuatu majlis, maka hati rasa pilu dan terkilan kerana tidak dapat memenuhi undangan. Dengan keadaan kenaikan harga minyak di pasaran, maka berlebih-lebih lagi terasa bahananya. Semakinlah kami rasa tersisih dari aktiviti2 keluarga.
Namun, sebenarnya, jika di lihat dari sudut yg berbeza, ada kelebihannya bila hidup merantau.
Bila dah jauh dari keluarga, maka jiran2 dan teman2lah menjadi penggantinya. Merekalah yg sama2 mengambil berat susah-senang hidup di perantauan. Terkadang, teman2 menjadi begitu akrab sehingga kita merasakan mereka seolah-olah sebahagian dari keluarga kita. Saat gembira dan berduka di kongsi bersama. Alhamdulillah, begitulah yg sebaiknya.

Semenjak kami berada di Darul Ridzuan ini, Alhamdulillah, ALlah telah pertemukan kami dengan beberapa keluarga yg begitu baik. Bersama2 kami belajar utk mujahadah dan bersusah payah mengislah diri & keluarga. Bak kata Hamka, kami sama usaha utk menjadi yg sedikit. Sudah pasti, tidaklah mudah menentang arus suasana. Apa lagi buat kami yg baru2 ingin belajar untuk usaha atas iman di saat2 pertengahan usia. Di saat dunia itu telah begitu kuat cengkamannya di dalam hati2 kami. Di saat diri sudah serasi dengan hidup yg alpa dan penuh angan2 yg sia-sia.

Asbab keperluan pekerjaan, satu demi satu teman2 yg telah meniggalkan kami utk pergi merantau jauh ke luar negeri. Walau mereka jauh di seberang lautan namun kami sentiasa terkenang dan merindui mereka. Kami sentiasa berdoa agar Allah swt pilih dan kekalkan kami semua dalam dakwah rasulullullah saw. Semoga ALlah swt merahmati persahabatan2 ini dan kita semua dipertemukan di dunia dan juga di akhirat. Agar di akhirat kelak kita dipilih Allah sebagai manusia2 yg duduk di atas mimbar2 mutiara. Bukan kerana kami dari golangan para anbiya dan shuhada, tetapi kerana di dunia ini, kami datang dari kampung halaman yg berbeza2, kami berkumpul di dunia utk membesar2kan Allah swt, kami berjumpa dan berpisah semata2 kerana Allah swt. AMin.

Monday, July 7, 2008

Pictures from London

Here are some pix of the London Trip. Sorry for taking such a long time to put it up.




















This is Hyde Park. Isn't it beautiful? The park is sooo big. From one end to the other, it would take us hours to walk. We came to the park very early in the morning. In fact, this pix was taken at around 6 am. The sun is already up. During our stay, subuh was sometime around 4.30 am. After subuh, we tried to go back to sleep but we were always to excited to explore London. So, we usually wait until solat Isyrak and we went out for walks
The best thing about London is of course the weather. We love temperate climate. Sejuknyeee... best giler. Hehehe...maybe because we were visitors. We didn't mind the cold so much. It was such a wonderful change from the hot and humid weather of Malaysia. When we were there, it was spring and the flowers were blooming everywhere.












Yellow Amphibious Car
















View of the Tower Bridge.
















Double decker buses












Thursday, July 3, 2008

Novels

Alhamdulillah, beberapa hari yg lepas, kami berkesempatan ke kedai buku. Apa lagi, aku pun cepat2 lah mencari novel terbaru Habiburrahman. Seronok pulak membaca novelnya. Mungkin kerana banyak kata2 semangat yg diselitkan di dalam novel2 nya. Di kedai buku itu, hanya ada novel "Ketika Cinta Bertasbih". Novel2 Habiburrahman yg lain tidak kelihatan. Mungkin telah habis dijual atau memang tidak di stok langsung. Oleh itu, tanpa banyak pilihan aku pun membeli novel "Ketika Cinta Bertasbih" Episod 1 and 2. InsyaAllah, kalau ceritanya juga bagus, akan aku coretkan di sini. Unutk teman2 yg ingin membaca Ayat-Ayat Cinta tapi belum dpt memilikinya, bolehlah cuba dapatkan e-book di sini -- Ayat-ayat cinta.

Kalau ada kesempatan dan peluang lain, bolehlah beli buku Habiburrahman yg asli. Dapat lah kita tolong support penulis2 Islam. Lagipun, kita boleh gunakan resit2 pembelian buku untuk dapatkan pengecualian cukai pendapatan. Betul tak? Untuk tahun lepas, sebanyak RM1,000 rebet diberikan utk pembelian buku2.