Thursday, October 16, 2008

Bengang

Memang lama betul saya menyepikan diri dari arena blogosphere nie. Bukannya sebab masih sibuk beraya. Malahan, kami beraya sangat sederhana tahun nie. Maklumlah, cuma beraya di Shah Alam. Itupun cuma setakat raya ke-3. Raya ke-4, kami dah balik ke Perak.

Hajat di hati memang nak jenguk2 jugak cerita2 raya member2 kat i-net nie. Tapi, bila dapat berita dari suami ttg hal *** nie...langsung mood hilang. Okay, ceritanya begini. Time malam raya tu, sibuk le masing2 menghantar sms mengucapkan selamat hari raya pd teman2 & sanak-saudara. Esoknya, bila phone line sy kena barred, saya pun tak berapa kisah sbb saya sangkakan credit saya dah habis digunakan hingga ke maksimum sbb hantar sms bagai nak rak. So, saya takdelah amik pot bila takde phone nak call keluar sbb hubby punya line masih elok. Masih boleh buat panggilan.

Bila dah balik Perak, saya pun mintaklah suami tolong bayarkan bil telephone saya. Amatlah tak tersangkanya saya bila pihak C**com memberitahu kami bahawa bil h/p saya dah menjangkau RM900++. MasyaAllah, apa yg saya buat sampai bil h/p boleh mencecah dekat RM1,000? Logik ke? Mula2 mmg sy ingat ada org curik line hp. Tapi, bila suami tanya penjelasan lebih, pihak C**com bagitau bahawa bil saya melambung naik kerana mobile internet usage. Hmmm???? Excuse me...Mana le ada saya guna internet sehebat itu...Lagipun time org sibuk2 beraya, takkan le saya nak masuk i-net. Kalau iyapun, mustahil le internet charges C**com melampau sehingga ke jumlah itu. RM10 per minit ke??? Biar betul?

Suami saya dah pun tulis surat pengaduan & komplen kpd pihak C**com, tapi hingga ke hari nie, masih belum ada respons dari mereka. Gugur jantung saya bila saya fikirkan perkara ini. Setakat nie, saya guna i-net hanya utk mengisi masa yg terluang. Langsung tak pernah pergi ke laman web yg berbayar. Macam mana pulak bil sy boleh jadi setinggi itu. Mmg tak masuk akal. Tak terbayang kesusahan hati bila mengenangkan keadaan ini.

Saya mmg bengang betul kat C**com. Saya tak peduli, saya takkan bayar bile melampau tu. Ada ke patut? Selama nie, bil saya tak pernah mencecah RM10 pun sebab saya guna supplementary line. Suami saya amik postpaid plan terendah. Tak munasabah bil hp dari RM10 naik ke RM900++. Kejammmmm. Takpelah, biar saya kena blacklist dgn C**com. Apa sy peduli. Saya dianiaya...Agaknya boleh tak sy entitle utk dapat doa yg makbul org2 yg dizalimi? Tapi sy tak sampai hati nak doakan keburukan utk C**com. Maklumlah, mrk pun syarikat milik org Islam. Ramai jugak org Islam yg bekerja dgn company nie. Okaylah, bila dah cerita pasal nie, saya dah jadi distressed. Sy malas nak fikir2kan pasal benda nie.

Oleh kerana pengalaman pahit ini, saya jadi tawar hati nak masuk i-net lagi. Walaupun kat rumah saya guna fixed i-net line. terasa macam "once burned, twice shy". Mmg phobia betul jadinya. Hubby saya kata, tak de kena mengena i-net kat rumah nie ngan bil C**com tu...tapi, susah saya nak buang perasaan paranoid tu. Namun, perasaan rindu menggamit jua...chewah. Rinduuu kat kawan2 dan cerita2 mereka. So, inile first time saya jenguk balik kat cini...hehehe. Rindu saya nak baca cerita2 semua org. Tak tau le sempat ke tak buat semuanya hari nie. Sebenarnya hari nie ada jemaah mastruat dari Pakistan dtg kat area kami. Hajat di hati nak pi nusrah. Tapi, sambil menyelam, minum air. Sementara tungu daging atas dapur empuk..saya terpanggil utk menjengah.

Insya Allah, semoga ALlah selesaikan perkara ini. Doakanlah utk saya ye...kawan2.