Friday, November 7, 2008

Khuruj fi sabilillah

Alhamdulillah, segala puji2an hanya untuk Allah swt kerana dgn kasih sayang dan ehsanNya, dia telah memilih kami utk menjadi tuan rumah kpd tetamu2 ALlah. 6 pasang masturat dari Rawalpindi, Pakistan telah menginap dirumah kami dlm khuruj mereka semlam 4 bulan di jalan ALlah. SubhanALlah, banyak lah manfaat yg tlh kami perolehi dari tetamu2 ALlah ini.

Walau kami berlainan bahasa dan bangsa, namun kami ada fikir yg sama. Fikir utk islah diri. Fikir ttg bagaiman agama yg sempurna dpt masuk dlm diri2 kami, keluarga, teman2, jiran2 dan seluruh umat manusia. Fikir ttg bagaimana utk dpt selamat dr azab neraka ALlah swt dan berjaya masuk ke dlm syurga Allah swt. Dari tetamu2 yg dtg itu, banyak yg kami dpt belajar ttg kehidupan sunnah. Bagaimana utk dpt usahakan agar sunnah2 harian dpt kami terapkan dlm diri & keluarga 24 jam sehari dan 7 hari seminggu... dari celik mata di awal pagi hinggalah tidur semlua di malam hari. Alhamdulillah. Insya Allah, jika ada keinginan dlm diri kita utk dekat pd Allah, maka pasti Allah akan hantar cara & asbab bagaimana kita dpt dekat pdNya.

Tak cukup dengan nikmat menerima jemaah, kami juga telah ditasykil cash 3 hari setelah jemaah tangguh dr rumah kami. Maka, kami pun dengan hati yg sebak, telah keluar ke jalan Allah. MasyaAllah, seronoknya dpt peluang menjadi tetamu ALlah.

Masa mula2 suami beritahu bahawa kami akan keluar jemaah cash, saya rasa ragu2. Sebenarnya, saya dan suami sedang ikram dan pujuk kawan( sepasang suami isteri) utk keluar masturat. Namun, nampaknya mereka masih belum bersedia. Maka, Allah swt telah beri peluang ini kpd kami. macam tak percaya pulak. Betulke kita terplilih utk keluar? Maklumlah, belum cukup nisab. Kami nie baru je keluar bulan sept yg lepas. Oh...rupanya ada takaza. Kalau ada takaza maka kami bolehlah keluar tanpa mengikut nisab...hehehe. Okay jugak. Allah telah mengaturkan segala-galanya.

Words cannot describe feelings and experiences felt during khuruj fisabillillah. To be out in the path of ALlah is magnificient. When I am in His path, surely, I feel His presence so close to my heart. As if all my whispers and even my dreams are in His consciousness. Rasa sayu dan pilu tersebak didlm hati setiap kali diri ini duduk berteleku di hadapanNya. Nikmat berasa dekat disisiNya seperti candu yg memukau dan menagihkan.

Terpanggil di dlm hati ini utk melaungkan, menjerit sekuat hati pd seluruh umat manusia sejagat ttg kelebihan keluar ke jalan ALlah. Walaupun korban & bermujahadah meninggalkan anak2 & keluarga, keselesaan & rutin hidup harian, menekan nafsu dan perasaan asbab mengislahkan diri, namun pulangannya lumayan...tak terhingga nikmatnya apabila terasa titisan iman mengalir dlm hati yg beku ini...walaupun utk seketika... walaupun utk sedetik... merasakan nikmat berada dekat disisiNya.

Sememangnya saya ini lemah, tiada daya upaya dan kuasa utk menyampaikan sekelumit kefahaman dan perasaan yg ada jauh di lubuk hati ini kpd teman2 & keluarga. Hanya kpd Allah jualah saya memohon keampunan kerana tidak dpt menunaikan hak. Tidak dapat memujuk, merayu & mengajak anda semua utk bersama2...keluar ke jalan Allah.

Insya ALlah, minggu depan, bersamaan dengan cuti sekolah yg panjang, akan berbondong2lah jemaah2 yg keluar ke jalan ALlah. Semoga saya dan anda juga antara umat2 nabi yg Allah swt pilih utk buat usaha atas iman dan agama....Ya ALlah, pandanglah kami dan pilihlah kami2 juga supaya dpt keluar di jalan Mu. Amin.

On the authority of Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him), who said that the Prophet (peace be upon him) said: Allah the Almighty said:

I am as My servant thinks I am. I am with him when he makes mention of Me. If he makes mention of Me to himself, I make mention of him to Myself; and if he makes mention of Me in an assembly, I make mention of him in an assembly better than it. And if he draws near to Me an arm’s length, I draw near to him a fathom’s length. And if he comes to Me walking, I go to him at speed.

(Bukhari, Muslim, Tirmidhi & Ibn Majah)