Saturday, August 14, 2010

Purdah...Setahun Kemudian

Kini, dah lebih setahun saya cuba istiqamahkan memakai purdah. Kadang2 mudah...seolah-olah 'second nature' tetapi ada juga waktu2 yg terasa 'janggalnya'. Semasa saya baru2 berjinak untuk memulakan purdah, Allah telah hantar seorang sahabat yg banyak memberi tunjuk ajar & meniupkan kata2 semangat. Setiap persoalan yg terlintas dlm hati tentang pemakaian purdah saya lontarkan kepadanya. Pada saya, dialah mentor. Dia telah memulakan perjalanan hijab ini lebih dr 10 thn yg lalu. Oleh itu, banyak perkara yg telah dilaluinya. Saya masih ingat, antara soalan2 sy kepadanya adalah... bagaimana caranya utk menjaga purdah semasa di kampung atau di rumah mertua... bagaimana caranya utk makan dengan berpurdah ketika menghadiri kenduri, di restoran, di walimah etc...bagaimana caranya utk tampil ramah&mesra ketika bersama teman/keluarga walaupun wajah kita sudah tidak kelihatan...dan macam2 lagilah soalan2 yg sy utarakan. Hehehe...kesian sahabat saya itu. Bertubi-tubi soalan2 yg datang. Bukan soalan2 yg mudah..semuanya soalan2 yg mencabar. Agaknya tentu pening kepala dia memikirkan jawapan2nya. Terima kasihlah wahai sahabatku...hanya ALlah juga yang bisa membalas segala jasa baikmu membantuku bertatih-tatih melalui liku-liku kehidupan berpurdah ini.

Bagi saya, pemakaian purdah ini sudah pasti akan membataskan aktiviti kehidupan sy. COntohnya, di saat2 musim panas ini, sy usahakan utk tidak keluar dr rumah diantara waktu 12 tgh - 5 ptg. Cuaca yg sgt panas menjadikan sy pening & muntah2. Dulu, walau tidak berpurdah pun sy tidak akan keluar di waktu2 panas terik ini, apatah lg sekarang apabila wajah sudah ditutup litup. MasyAllah, sy tidak faham bagaimana ada org yg mengatakan bahawa berpurdah itu adalah budaya timur tengah kerana mrk hidup di tempat yg panas & berdebu. Secara logiknya, jika cuaca persekitaran mrk adalah panas, sudah pasti mrk akan memakai pakaian2 yg minima spt apa yg dilakukan oleh org2 asli Afrika. Malahan, org2 Caucasian(bangsa eropah/america)pun berpakaian sgt minima bila berhadapan dgn cuaca panas. Pada sy, pakaian purdah tidaklah boleh dilihat dr segi logiknya. Purdah adalah pakaian ahli keluarga rasullullah saw. Beginilah cara isteri2 baginda saw, beginilah cara2 puteri2 baginda saw. Pasti dan pasti, samada kita faham atau tidak, samada kita terima atau tidak, ia adalah sunnah ahli keluarga rasullullah saw. Janganlah kita memandang rendah atau memperlekehkannya. Saya ambil petikan berkenaan sunnah dari sini

"Indeed in the Messenger of Allaah you have a excellent example (to follow) for him who hopes in (the meeting with) Allaah and the Last Day and remembers Allaah much." (Sura #33 ayah #21)

Note: Allah (swt) has made Rasulullah (SAW) as our example not any sports figue or president of any country, so then why do we spend out time trying to emitate the kufar instead of folowing the best example, the sunnah of Rasulullah (SAW)! The sunnah of Rasulullah (SAW). We are ordered in the Quran to obey the sunnah in our life 24 hours a day not just in what we feel like. Islam is a full way of life and it is only complete when you brng the sunnah in your life.

"Let those who oppose the Messenger’s order beware of a fitnah (trial) to befall them, or a painful torment to be inflicted upon them." (Sura # 24 ayah #63)

Note: SubhanAllah here Allah (swt) has warned us of a painful torment that will be inflicted upon those who oppose the sunnah! So let those who talk against the Sunnah beware and the promise of Allah (swt) is true!


Alhamdulillah, kini setelah lebih setahun berlalu, saya lebih berkeyakinan dengan pakaian ini. Walaupun pd awalnya sy terasa sgt berat utk memulakan, namun ALlah mudahkan. Ini tidak bermakna, purdah sudah menjadi mudah utk saya. Everyday is a struggle. Jihad yang paling afdhal adalah jihad nafsu. Maklumlah, iman saya ini bukan hanya setakat turun dan naik tapi memang adakalanya keluar dan masuk. Di pagi2 hari beriman dan terkadang, di senja hari sudah berdosa dan mengkufuri nikmat-nikmat Allah. Masih bnyk kekurangan dan cacat cela dlm pemakaian purdah dlm diri ini. InsyAllah sy azam utk perbaiki. Moga ALlah terima usaha sy yg sedikit ini dan Allah beri saya taufik dan hidayah untuk istikamah dlm mengamalkannya. Doakanlah untuk diri saya yg kerdil ini.

Thursday, August 5, 2010

Hujung Minggu

Alhamdulillah...dengan kasih sayangNya, telah tergerak hati dan tangan ini untuk kembali menjengah blog yg telah lama kutinggalkan sepi. Telah banyak yang berlaku dlm kehidupan harian ini namun tak satu pun telah dapat kunukilkan diblog ini.

Seorang sahabatku pernah berpesan agar aku coretkan serba sedikit kisah harianku.
"Ahhh...tak ada apa-apa yang istimewanya dalam kisah hidupku" kataku padanya. "kenapa berkata demikian? Bukankah kau ada usaha agama dalam hidupmu. Sudah pasti, banyak yang dapat kau kongsi dengan kami." kata sahabatku pula. Aku sedar, ini kelemahanku. Saharusnya, aku luangkan sedikit masa untuk kukisahkan ttg kebesaran Allah swt, ttg kasihNya dan nusrahNya dalam kehidupanku, ttg cinta dan rindunya rasullullah saw kepada kita dan ttg korban serta pahit getir para sahabat r.hum sehinggakan agama yg suci ini bisa sampai jauh ke tanahair kita.

MasyAllah, semua ini adalah kelemahanku sehingga aku rasakan bahawa masaku adalah utk selesaikan keperluan dan keinginan diriku dan keluargaku. Aku yang bersalah kerana kesempatan2 yg telah dikurniakan kepadaku tidak aku manfaatkan sepenuhnya.

Sahabat-sahabatku...maafkanku.

Allah sahaja yang maha berkuasa, makhluk lemah tanpa kuasa.

Hujung minggu lepas, sepatutnya nisab kami suami isteri untuk keluar 3 hari masturat. Namun, kami tangguhkan niat itu kerana ibu mertuaku telah terjatuh dan retak tulang rantingnya. Maka, kami sekeluarga telah bergerak ke shah alam untuk ziarah emak. Sepanjang 3 hari kami di sana, Alhamdulillah, banyak yg telah dapat kami lakukan. Kesian mak...semenjak kebelakangan ini, sudah beberapa kali dia terjatuh. Alhamdulillah, tidak ada apa2 kesan serius tapi kami tetap risau mengenangkan keadaannya. Emak masih juga ingin melakukan aktiviti2 hariannya. Baru-baru ini, dia telah pergi melancung 12 hari ke negara Cina. Di sana pun dia telah terjatuh di dalam bilik air dan terhentak kepalanya. Apabila mendapatkan rawatan di hospital, kepalanya perlu dijahit 6 jahitan. Begitulah mak, walaupun keinginan dan semangatnya masih kuat, tapi tubuh badannya telah beransur-ansur lemah.

Asalnya, pada petang sabtu, kami mmg telah merancang untuk pergi ke Morib kerana emak teringin hendak hirup udara pantai. Tapi, kerana hari pun dah petang, kami tangguhkan plan itu. Tup-tup, apabila suami pulang dari solat asar, dia telah memberitahuku bahawa ada jemaah masturat di kawasan persekitaran rumah emak. Rupa-rupanya, Allah nak beri kami kesempatan utk duduk dlm program bayan masturat. MasyaAllah, tanpa disangka2 pula, dengan kuasa Allah, rupanya dalam jemaah itu ada seseorang yang selama ini hanya kukenali dr alam maya iaitu...ahlia AzharJaafar. Kecil sungguh dunia ini. Begitulah kisah hujung minggu ku. Lain yang dirancang...lain pula kesudahnya.

Jika doa kamu dimakbulkan, tanda Allah menyayangi kamu...
Jika doa kamu lambat dimakbulkan, tanda Allah ingin menguji kamu...
Jika doa kamu tidak dimakbulkan, tanda Allah merancang yang terbaik utnuk kamu...