Thursday, May 24, 2007

Renungan

Bayangkan anda berada di jelapang padi yang luas, nun jauh mata memandang. Disekililingi oleh batang2 padi; ada yg masuk ranum... kuning keemasan, ada yg muda-hijau, ada yg tua-cokelat dsb. Tidak jauh pula, kelihatan seorang petani yg memegang sabit yg besar lagi tajam. Setiap hayunan sabitnya, memutuskan batang2 padi yg teguh berdiri.

Begitulah tamsilan hidup kita. Manusia ini ibarat batang padi2 itu. Ada yg usianya muda, tua, kanak2, bayi kecil, separuh abad dsb. Maut pula datang diibaratkan spt hayunan sabit yg tajam itu. Ia tidak mengenal rupa dan siapa. Bila tiba masanya, maka pasti kita akan pergi...melangkau ke alam barzakh.

Sudah cukupkah bekalan kita ?

Setiap yang hidup pasti mati. Mari kita renung2kan...Dikatakan malaikat maut itu menziarahi setiap manusia 75 kali setiap hari utk memeriksa adakah sudah tiba "giliran" kita.


http://youtube.com/watch?v=yqbJos614jw

Friday, May 18, 2007

Melewati laman2 web dan blog di alam maya ini... saya terjumpa sesuatu yg menarik. Ingin sekali saya kongsi di blog saya.

K A R K U N

Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Tiga hari setiap hujung minggu
Dua minggu setiap hujung bulan
Empat puluh hari tanpa jemu
Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku,
sekian lama tidak ketemu

Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar
Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok
Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya
Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni Jannah

Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kaujelajah DIA
Kaudaki DIA
Kauredah DIA
Kautakik DIA;
Satu persatu cabaran,
dengan tabah kautawan.

Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih
Kau yang aku lihat
DanKau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat

Mahukah kiranya kini,
sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?

Mahukah kiranya kini,
sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersembahyang
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alimMuslim bermutu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan

OhKawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
AdakahKau menghargai samaPengalaman lama?
MahukahKau menilai semulaPersahabatan kita?
Mahukah kiranya kini,
sesudah kau berubah?

Copy n paste from ; theabdullah.blogspot.com

Begitulah manusia, alangkah bahagianya kita kalau Allah memberi kita faham...maksud hidup kita di dunia yg fana ini. Alhamdulillah, selagi ada nyawa dikandung badan, marilah kita azam utk sampaikan maksud hidup yg sebenarnya kepada sahabat2 dan mereka yang ada di sekeliling kita.

Wednesday, May 16, 2007

Jasamu Dikenang

Selamat Hari Guru

Hanya Allah jua yang dapat membalas segala penat lelah dan usaha perih anda ke atas kami semua. Siapalah kami tanpamu. Dari seorang yg buta huruf hinggalah kini kami dapat mengenal dunia. We are better because of you. To all the Teachers out there. Remember, those who do not deserved to be love are actually the ones who need love the most. Please continue to touch others' hearts as you have touched ours. May ALlah reward you.

Tuesday, May 15, 2007

Nisab Suami

Today, I helped submitted my hubby's clearance form to the Management as he is away on a business trip. Many of his colleagues are surprised that he is leaving the company. They wonder why he has decided not to continue his contract.

Sebenarnya, saya pun tak dapat nak bayangkan bagaimanakah keadaannya bila suami dah berhenti kerja nanti. Suspen jugak, iyalah, dah biasa ada gaji bulanan, tetiba pulak nak berhenti...Tapi, kami memang dah lama plan supaya dia tak akan sambung contractnya apabila tamat tempoh perkhidmatan. Suami saya dah lama azam nak keluar IPB. Inilah peluang utk dia keluar sebelum dia terikat lagi dgn mana2 jawatan kerja.

Kami pun baru dapat usaha hanya semenjak 6-7 tahun yg lepas. Suami saya belum pernah lagi pergi 4 bulan. Hanya setakat 40 hari saja. Itupun dah beberapa tahun sangkut tak dpt pergi sebab susah nak cuti. ( Alasan demi alasan... Sememangnya Allah jua yg bagi cuti...kalau kita tak jaga amal, macam mana Allah nak bantu dgn permudahkan cuti. Tak cukup solat & nangis kita di malam hari ...oh)

Insya ALlah, kalau ada rezki, suami saya akan bergerak bulan Jun 2007 ke IPB. Kalaulah dia bertolak selepas Jun, maka tak dapatlah dia balik beraya bersama kami kat M'sia nie. Pernah jugak kami beraya tanpa dia masa dia keluar 40 hari. Memang syahdulah suasana beraya tanpa suami nie. Keluarga pulak tak habis2 asyik tanya, mana suami ??? Jenuh pulak nak menjawab. Kekadang dah naik segan nak explain suami takde sebab dia keluar. Ada yg faham tapi ramai yg tak faham. Ada yg bagi nasihat supaya berhati-hati dengan pergerakan agama sonsang. Iyelah, dia org risau suami kita nie dah terjebak ke dgn aktiviti2 ajaran sesat. Last2, rasa macam malas aje nak pi beraya. Tapi kalau tak beraya, kesian pulak kat budak2. Dia org tentu nak sangat beraya jumpa sepupu dan keluarga2 yg lain.

Itulah yg saya pesan kat suami, uruskanlah segala2nya supaya dapat keluar bulan Jun. Janganlah sampai terlewat. Lagi cepat dia keluar, lagi bagus...dapatlah dia balik sebelum Syawal.
Kalau dia keluar masa Ramadhan, memang mujahadah. Namun, dengan mujahadah itulah, dia akan dapat belajar tingkatkan iman. Kami semua berharap pada dia. Iyalah, suami kan ketua keluarga. Bila dah balik nanti, Insya ALlah, banyaklah karkuzari dan targhib dari dia. Tentu dia pulang dgn jazbah yg tinggi, berbeza perwatakan dia sebelum dan selepas pulang dari 4 Bulan. Suami pergi utk belajar Islah diri dan juga utk belajar usaha dakwah. Kami lepaskan dia pergi dengan penuh pengharapan. Ya Allah, kami berpisah-pisah di dunia kerana Mu Ya Allah. Ya Allah, kau satukanlah kami di syurga. Terimalah kami dan amalan2 kami yg tak seberapa ini. Bantulah kami untuk memperbaiki iman dan amal kami...AMin

Monday, May 7, 2007

Lambaian Kabah


Kelmarin, saya mendapat peluang keemasan utk pergi ke Saudi Arabia atas tugasan pejabat. Wah ! Apa lagi, memandangkan masa yg diberikan adalah singkat, saya dan suami pun bergegas ke pejabat kedutaan Arab Saudi di KL utk menyiapkan visa perjalanan. Dalam hati, terfikir2 bagaimana saya akan mengambil sepenuh kesempatan yg diberi utk mengerjakan umrah apabila selesai sahaja tugasan rasmi. Saya dan suami telah bersama2 bertekad utk mengeluarkan sedikit sebanyak wang tabungan yg ada utk menampung perbelanjaan tiket dari Damman ke Jeddah dan dari Jeddah ke Makkah. Ibu saya yg baru saja pulang dari Umrah, telah menambahkan lagi semangat kami yg telah sedia berkobar2 utk pergi menziarahi Kaabah. SubhanAllah, kami teringin sekali utk pergi melihat dan menyusuri jalan2 yg tlh dilalui oleh rasullullah serta sahabat2 yg tercinta. Apa lagi bila dpt menziarahi bukit Safar dan Marwah dan melihat sendiri bagaimana pengorbanan seorg wanita unggul yg redha ditinggalkan suaminya kerana perintah Allah.

Namun, apabila sampai sahaja kepejabat kedutaan Arab Saudi, kami difahamkan bahawa hanya satu visa perjalanan rasmi yg dapat dikeluarkan. Ini bermakna, hanya pihak yg ada urusan sahaja yg berpeluang utk pergi ke Arab Saudi. Oleh kerana saya adalah wanita, maka saya perlukan mahram. Namun suami saya tidak dibenarkan pergi kerana pihak kerjaan Arab Saudi tidak menyediakan visa pelawat. APakah maksudnya ??? Sudah tentulah saya tidak akan mendapat keizinana utk masuk ke Saudi tanpa mahram!

Di zaman ini, di mana setiap negara berlumba2 mencari/merebut pelawat dan pelancong, Arab Saudi tidak berkeinginan langsung kpd mana2 pelawat. Alangkah sedihnya. Bukankah kami juga saudara seIslam yg rindu utk mengunjungi Makkah dan Madinah ? Bukankah Islam memuliakan tetamu ? Atas urusan kerja dan sekolah, kami telah pergi merantau ke merata pelusuk dunia, tak pernah kami mendapat layanan spt apa yg kami lalui di Keduataan Arab Saudi. Kami di alu-alukan oleh negara2 Kufar (USA, UK, Australia, Eastern Europe dll) namun utk pergi ke satu2nya negara Islam yg kami idam2kan, kami telah di hampakan.

Sepatutnya saya harus berperasangka baik kpd Arab Saudi. Mungkin mrk tidak terkawal jumlah pengunjung yg sedia ada yg ingin dtg Umrah dan Haji. Oleh itu mrk tidak perlu kpd pengunjung2 lain. Mungkin juga mrk sdg berusaha utk mengurangkan bilangan pelawat kenegara mrk supaya pelawat2 ini tidak memberi kesan luaran yg negatif kpd penduduk tempatan. Mungkin juga mrk ingin menlindungi iman dan budaya Islam di negara mrk dari kami yg ingin dtg dari negara asing.

Walau apapun alasannya...kami terlalu kecewa. Bukan kecewa kerana tidak dpt melakukan tugasan kerja tapi kecewa kerana tidak berpeluang menziarahi bumi Hijaz...tempat lahirnya rasul Allah...Ya ALlah, berilah kami peluang utk dtg bertandang kerumah Mu. Ya ALlah, terimalah kami ke rumah Mu.