Wednesday, October 28, 2009

Duniaku


Lama betul tak datang update blog ini. Kekadang terfikir nak berhenti saje tapi terasa rugi pulak. At times, blogging has its benefits...

Alhamdulillah, di tempat kami, Allah hantar jemaah demi jemaah. Allah mmg sayangkan saya. Saya sahaja yg melepaskan peluang demi peluang utk mengambil sepenuh manfaat dari kehadiran mereka. Kesibukan dunia memang bukanlah alasan. Yang kaya sibuk menguruskan hartanya. Yang miskin pula sibuk mencari harta. Masing-masing sibuk dengan keperluan dunia. Namun, di sisi Allah, dunia ini lebih rendah nilainya dari sebelah kepak nyamuk.

Pada hakikatnya, rasullullah saw telah berpesan dalam hadisnya yg telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. bahawa sepagi atau sepetang di jalan Allah swt adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Hidayat tersebar dengan hijrah, dakwah dan nusrah. Jika telah ada jemaah yg sanggup berkorban utk hijrah dan dakwah, maka adalah tanggungjawab saya utk nusrah. Saya sendiri yg perlu kepada hidayat itu.

Allah amat sayangkan hamba-hambaNya. Walaupun berkali-kali hambaNya itu telah mengingkariNya. Bukankah Allah telah berjanji, air mata tangisan taubat hamba-hambaNya dapat memadamkan lautan api neraka? Pernah suatu ketika, Allah swt tlh memerintahkan Nabi Nuh utk membuat tembikar. Maka Nabi Nuh as. tlh menurut perintah dan membuat tembikar2 yg banyak. Kemudian, tiba suatu ketika, Allah swt tlh memerintahkan Nabi Nuh as utk memecahkan semua tembikar2 buatannya. Maka Nabi Nuh pun tertanya2 kenapa dia diperintahkan sedemikian. Nabi Nuh tidaklah mengengkari perintah Allah swt, cuma dia terdetik pertanyaan itu. Allah swt dengan kasih sayangnya, mengajar kita tamsilan ini. Dia memberitahu kepada nabi Nuh as, sebagaimana sayangnya nabi Nuh as kpd tembikar2 buatannya itu, maka lebih2 lagi sayangNya Allah swt kepada manusia yg tlh Dia ciptakan. Maka Allah swt juga tidak ingin memusnahkan manusia. Antara 18,000 maklhuk ciptaan2 Allah, manusialah makhluk yg teristimewa. Manusia diciptakan dengan adanya permulaan namun tanpa pengakhiran. Setelah diciptaNya manusia, maka manusia itu akan kekal selama-lamanya. Cuma manusia itu beralih2 alam. Masya Allah, sebenarnya, ini semua saya dengar dr bayan jemaah masturat pakistan yg sekarang berada di tempat kami. Insya Allah, semoga apa yg saya catatkan ini dpt memberi manfaat kpd diri saya dan dpt kita kogsikan bersama. Renung-renungkanlah.