Thursday, August 28, 2008

Perubahan

Hari ini merupakan hari terakhir saya masuk ofis. Lepas ini, ofis saya akan berubah ke dalam rumah...Tidak, bukannya saya memulakan perniagaan atau perkhidmatan dari rumah. Cuma saya akan bersara. Mungkin lebih awal dari biasa...tapi Insya Allah, saya akan bersara sbg pekerja dan memulakan tugasan baru sbg isteri/ibu/dai sepenuh masa. Maka, hidup saya pun akan berubah ke fasa baru. Alhamdulillah, bersesuaianlah dgn ramadhan yg akan bermula. Semoga perubahan dlm kehidupan saya ini dapat keberkatan dari bulan ramadhan yg mulia. Memang ALlah telah tetapkan dan atur segalanya seperti ini. Sememangnya saya sangat2 bersyukur kerana di beri peluang utk melakukan perubahan ini. Perubahan ini tidaklah mendadak. In fact, saya telah memikirkan perkara ini semenjak 6 tahun yg lalu. Sedikit demi sedikit, saya mempersiapkan diri untuk melepaskan kerjaya. Sudah tibanya masa untuk saya menumpukan masa dan tumpuan hati kepada tanggungjawab yg selama ini tidak dpt sy uruskan dgn sempurna. Tolonglah doakan utk saya. Saya cuak dan cukup gubra. Ini cabaran baru dlm kehidupan saya. Semoga Allah mudahkan.

Thursday, August 14, 2008

Takziah buat Saahabatku

Kami dikejutkan dengan berita kematian Abg Khalil dua hari yang lepas. Innalillahi wa innailiahirajiun. Bagaimanakah keadaan isterinya, Rita & anak2nya, Aisyah, Amir & Omar?

SubhanAllah. Hanya Allah yg maha mengetahui mengapa setiap perkara itu berlaku. Walau pahit dan getir, namun pastinya, ada hikmah di sebalik qadak dan qadarNya. Saat ini, bagaimanakah keadaan keluarga yang ditinggalkan Allayarham? Isterinya yg tercinta, yang sentiasa tabah berkhidmat dan berkorban dengan setia. Anak2 yang masih kecil, yang belum puas mengecap kasih sayang sang ayah. Adakah anak2 kecil itu sudah faham erti perpisahan ini? Berat mata memandang...berat lagi bahu-bahu yang memikulnya.

Kami di sini hanya mampu memanjatkan doa buat Abg Khalil. " Ya ALlah, cucurilah rahmatMu keatas ruhNya, angkatkanlah siksaan kubur darinya, lapangkanlah kuburnya dan berilah dia tempat istirehat yang tenang & nyaman sehingga kami semua dibangkitkan dan dikumpulkan semula di Padang Mahsyar. Semoga ruhnya di tempatkan bersama-sama hamba-hambaMu yang soleh. Amin...ya rabbal alamin. "

Sahabatku, Rita...sabarlah. Tempuhilah ujian dari ALlah ini dengan tabah. Mana mampu kami mengubati duka lara di hatimu. Kami makhluk yg hina...tiada kuasa atas apa-apa. Hatta utk mengerdipkan kelopak mata pun adalah dari ehsan Allah. Mengadulah kepada Allah. Mintalah dari Allah. Kesabaran...Ketabahan...Kekuatan...untuk melalui hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya ALlah datangkan kesedihan ini agar kita kembali kepadaNya. Agar kita melutut, meratap, merayu kepadaNya... bersabarlah sahabatku...

Al-Baqarah- Ayat 155 & 156

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Wednesday, August 13, 2008

Tagged

Maaflah lama tak update blog ni. Tup...tup ...dapat berita yg Suzi dah tag blog ini. Hmmm, apa kebendanya tag nie? Apa yg kena dibuat? ALmaklumlah, saya pun bukannya serius blogger. Lebih banyak membaca dari menulis. Tak pernah pun kena tag. Inilah pengalaman pertama.

Oh well...to get into the spirits of things, jom le kita mulakan.


RULES

The rules of the game get posted at the beginning. Each player answer the question about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names. Then goes to their blogs and leaves them a comment. Letting them to know that they have been tagged. Let the person who tagged you know when you've posted your answer.
So now, on to the questions...


1) What were you doing 5 years ago?

Hmmm...5 years ago. Sedang mengandung anak yg ke-4. Awal 2003, saya mengalami keguguran, tapi Alhamdulillah, pertengahan 2003, saya mengandung lagi :)

Lama dah tak merasa pengalaman mengandung nie. Bila terkenang2, mmg rasa teringin nak dapat baby baru. Namun, belum di beri Allah. Doa2kan lah ye kawan2. Insya Allah, jika ada rezki, berkat doa kawan2. Umur pun dah makin meningkat. Mungkin ALlah belum nak beri, mungkin juga Allah nak beri kelapangan utk keluar 40 hari dulu agaknya. Kalau dah ada baby baru, tentu lah tak boleh kluar IPB. Insya Allah, saya azam kluar 40 hari tahun nie. Dalam perancangannya, selepas hari raya aidilfitri. Doakanlah ye.


2) What are 5 things on your to-do list for today?


Aktiviti hari ini termasuk ;
1. Sahur & solat subuh

2. Masak nasi goreng utk bekalan anak2 ke sekolah

3. Tidur balik ( Lepas anak2 & suami keluar rumah)

4. Pi Ofis

5. Buat pizza utk Sarah.

Malam nie adalah malam mesyarat markaz. Insya ALlah, suami akan pergi. Hajat di hati, nak kirimkan bekalan makanan pd anak yg berada di madrasah. Madrasah tu terletak tak berapa jauh dr markaz. Jadi, balik dr ofis nanti, plan nak masak pizza. Pizza nie dah 4-5 kali di cuba. Utk setiap percubaan, ada je yg tak puas hati. Susah betul nak buat. Rupanya, ada je tips/petua2 yg mesti diikuti...Atau pun mmg saja saya yg lembab sikit bab masak pizza nie...hehehe. Namun nampaknya, ada improvement utk setiap kali cubaan. Jadi, jangan putus asa...teruskan usaha. Lagipun budak2 suka dan kalau nak beli kat kedai, mahal sesangat. Harap2 yg buat ptg nie akan lebih baik dr yg lepas2. Insya ALlah.

3) What are 5 snacks you enjoy?

Ada ke makanan yg saya tak enjoy? Tengok lah badan sy nie dah jadi besar mana. Nak naik senang...tapi nak turun memang susah. Okay, apa 5 snacks yg saya suka;

1. Goreng pisang ( of course stail Johor...mesti pisang yg kecik2 dan rangup + mesti ada cili kicap! Susah nak dapat kat Perak nie.)
2. Cendawan goreng ( macam yg dijual kat Cameron Highlands. Sedap tuuu...tapi mahal)
3. Berbagai2 jenis kerepek & keropok
4. Berbagai jenis coklat
5. Berbagai2 jenis buah2an.

Antara semua2 yg diatas itu, satu je yg sihat. kalau boleh, mmg elakkan makan snacks atau kudapan2 nie, sebab, kalau dah mula, tak boleh berhenti. Sampailah habis satu pinggang/paket/balang. Ishhh...



4) What are five things you would do if you were a billionaire?

1. Habiskan bayar semua hutang piutang di keliling pinggang...ha leganya!
2. Keluar ke jalan Allah.
3. Pergi haji bersama keluarga
4. Infak harta ke jalan Allah
5. Bina madrasah gratis di kawasan perumahan yg berdekatan.

Ini angan-angan aje le...Siapele yg nak kasi duit berbilion2 kat kita nie ekkk..


5) What are five jobs you've had?

5 kerja yg saya pernah buat -

1. Student...sampai ke tua pun kena jadi student. Dah tak larat dah nak blaja. Buat research, assignment,project,portfolio,ambil test, exam dsb. Susah pulak tu. Udah le... Give up !

2. Jadi isteri :)

3. Jadi emak :O

4. Jadi lecturer :-}

5. Jadi daie...azam bagi sepenuh masa. Nak selamatkan iman yg halus...senipis lapisan debu di dada. Insya ALlah.


Now to tag..(kita tengok siapa yg kena....)

Saya nak ambil kesempatan nie utk tag member2 lama. Bila lah kita nak dpt peluang berjumpa ye? Takpelah, at least, kita dpt jumpa di alam cyber, dapatlah bertukar2 cerita. Tagging nie takde dateline kan ? So, memanadangkan korang2 semuanya sibuk2 belaka, do take ur time. Janganlah rasa berat pulak ekk...

Rita
Rafizah Abdul Rahman - Mana kau menghilang? kenapa blog kau dah cancel?
Oja
Ain - Jomlah start blogging. Aku tau kau baca blogs tapi kau tak nak tulis. Apa lagi...tulislah sikit. Please...pretty please :)