Sunday, March 22, 2009

Azam.... Insya ALlah...

Dua minggu lepas, kami keluar masturat 3 hari ke Ipoh. Suami pernah pesan, katanya, kalau kita dapat keluar pada kali ini, maksudnya, ALlah telah terima khuruj kita yg lepas. Alhamdulillah. Walaupun, mmg kami tenggelam dgn kesibukan dunia dan amalan kami makin merudum jatuh, namun masih lagi kami terpilih utk dpt keluar ke jalan ALlah. Kasihnya ALlah kepada kami yg kerdil dan daif ini.

AMat mustahak utk kami dapat keluar supaya dapat cas bateri iman yg lemah ini. Jika badan kita rasa sakit2, sendi rasa sengal2, mata berpinar2 dan kepala terasa pusing dan mabuk...pasti kita akan usahakan ubatnya. Begitu juga dengan keadaan iman kita yg sakit. Apa simtom2nya? Kalau ibadat rasa malas, hati terasa gelisah, nafsu amarah makin meningkat, maka wajiblah kita usahakan penawarnya. Begitulah keadaan diri saya ini. Untuk kita wanita, tertib nisab masturat di Malaysia ialah 3 hari setiap 3 bulan...Insya ALlah.

Untuk kesekian kalinya saya keluar 3 hari. Setiap kali saya keluar, pasti ada sahaja "pembelajaran" baru dari Allah utk diri ini. Bukan setakat ilmu theory yg saya dapat malahan juga ilmu2 praktikal...kadang2, saya pun tak perasan bahawa saya sdg di uji ALlah, Bila dah balik rumah baru saya tersedar bahawa pengalaman2 yg saya lalui itulah tarbiyah ALlah buat diri saya...Kadang2 terasa takut juga. Sama seperti kalau kita hendak pergi ke Mekah, ramai orang tahu supaya kita harus berhati2. Jaga mata, telinga dan mulut. Juga jaga hati supaya bersih...takut2 kalau di uji Allah dengan kelemahan2 diri kita sendiri. Tapi, saya tak pernah serik. Rasa seronok sungguh kalau terpilih utk dapat keluar ke jalan ALlah.

Buat masa ini, pengalaman saya hanya setakat keluar masturat 3 Hari. Belum lagi mendapat peluang utk keluar 40hari atau lebih. InsyaALlah, saya memang azam dan berniat. Mungkin, belum masa saya lagi utk dapat keluar selama dan sejauh itu. ALlah juga yg maha mengetahui kesediaan saya. Pasti ada hikmahnya.

Insya ALlah, di Malaysia akan ada ijtimak di Sepang pada bulan July 2009. Ijtimak ini diadakan utk seluruh umat Islam di Malaysia. Ia bukanlah satu gathering utk org tabligh saja. Sebenarnya, tabligh ini bukanlah satu persatuan atau yayasan atau club. Org yg buat usaha tabligh pun tidak pernah membuat permohonan atau mengisi borang atau membayar yuran. Tabligh ialah usaha akar umbi utk memperbaiki(islah) diri dan pada masa yg sama memberi kesan pada org sekeliling. Tabligh itu dlm bahasa arab maksudnya ialah menyampaikan. Tabligh adalah sifat rasulullah saw. Entahlah, saya pun tak pandai nak explain lebih2 lanjut lagi. Saya tahu ramai org awam ada persepsi negatif terhadap org tabligh. Dahulu, saya pun begitu. Sangat sinis terhadap kawan2 yg buat usaha dakwah. memang saya suka betul perli mereka. Astaghfirullahazim. Phrase yg selalu saya gunakan ialah..."kenapa korang sibuk2 jaga tepi kain org lain? Setiap org kan masuk kubur sendiri2. Janganlah menyibuk". Kesian kat kawan2 yg ikhlas hati mengajak kami dulu. Bukannya depa di bayar gaji atau diberi jawatan. Mereka pun melakukannya secara rela hati dan percuma. Mereka mengajak manusia ke arah kebaikan hanya semata2 kerana ALlah. Setiap patah kata yg diutarakan utk mengajak manusia kepada Allah itu diberi ganjaran pahala setahun ibadat sunnat. SubhanAllah, baru sekarang saya sedar. Betapa berunutngnya mereka. Alhamdulillah, berkat doa & pengorbaban mereka, ALlah beri saya sedikit kefahaman.

Begitulah, jika ada sekelumit usaha kita utk memperbaiki diri, maka pasti Allah, akan buka pintu2 hidayah. Bukan hanya utk diri kita, tetapi juga utk keluarga, rakan2 dan org2 sekeliling kita. Allah suka kepada makhluk2nya yg ada usaha utk menyelamatkan dirinya. Apalagi jika hambaNya bukan setakat buat usaha atas dirinya sendiri tetapi juga ke atas mereka2 yg ada di sekelilingnya. Sehinggakan ALlah telah merakamkan perkataan2 sang semut di dalam AL-Quran. Ingat tak kisah semut yg memberi amaran kpd kaumnya utk menyelamatkan diri mereka sewaktu nabi Sulaiman dan tentera2nya ingin melintas? Hatta si semut yg kecil itu pun telah di beri penghormatan begitu sekali. Menjadi contoh dan tauladan utk manusia. Jelas, kalau manusialah yg berusaha utk menyelamatkan diri dan kaumnya dari keburukan, tentu lebih tinggi darjatnya di sii ALlah swt.

Untuk perkara inilah, kami berazam utk dpt keluar sebelum ijtimak berlangsung. InsyaALlah, awal bulan Jun nanti. Kawan2 bagaimana pula? Jom kita azam.

Friday, March 6, 2009

Nikmat yg harus dikongsi



Alhamdullillah, syukur kami kepada ALlah swt kerana dengan nikmat rezki yg berbagai2, kehidupan kami sekeluarga penuh dgn keberkahan dan mawaddah...tidak pernah kekurangan makanan atau apa2 jua keperluan hidup. Kesusahan kami hanyalah terhad kepada kesempitan masa kerana takaza2 dunia dan akhirat sentiasa datang silih berganti.

Atas kuasa Allah swt, saya terpanggil utk membaca blog dr saudara kita AL-Alorstari. MasyaALlah, blognya sentiasa penuh dengan kata2 nasihat & peringatan. Saya ingin sekali berkongsi dgn teman2 disini. Pagi ini, saya terbaca posting ini. InsyaALlah, semoga menjadi asbab utk kita sama2 muhasabah keadaan kehidupan kita.



PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, beliau tertidur di Masjidil Haram. Dalam tdurnya, dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang kasut dari Damsyik yang bernama Muwaffaq. Dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, “Muwaffaq.” Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?”Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal kasut, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.”

Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
“Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, “Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Jadilah kamu orang yang baik.”
Orang itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah berbuat baik?” Jawab Rasulullah, “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat.”

(Petikan dari kitab 'Riadhur Rayahin Fi Manakib Solihin')



Minggu lepas, dalam mesyuarat harian keluarga, suami ada mengesyorkan agar kami usaha utk dapatkan giliran utk menunaikan haji pd tahun hijrah 1430 ini. Kami telah mendaftar sejak dari tahun 2005 lagi. Kalau nak diikutkan giliran pendaftaran haji, mungkin kami hanya layak utk menunaikan haji pada tahun 2011. Ini bermaksud bahawa kami harus menunggu lebih kurang 2-3 tahun lagi. Namun, memandangkan takaza iman yg semakin lemah dan cuti suami yg sgt terhad, maka,kami akan usahakan untuk menulis surat rayuan kpd pihak LTH dan memohon agar giliran kami dpt disegerakan. Insya ALlah, jika ada rezki, mungkin kami dapat menjejakkan kaki ke Baitullah. Amin. Tolonglah kawan2 juga doak2kan ye.