Thursday, May 8, 2008

Daughters

Hmmm, sayu rasanya hati. Baru sekejap tadi, aku telah menghantar Sarah pulang ke madrasahnya. Hati ibu mana yang tak tersentuh apabila melihat aliran air mata anaknya. Namun inilah korban. Korban dari kami sekeluarga. Korban utk agama. Korban terbesar dari Sarah sendiri kerana dia lah yang menanggung mujahadah berada dlm suasana madrasah...segala2nya kami lakukan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah.

Puas sudah memujuk dan memberi semangat pada dia utk meneruskan perjuangan. Membaca & menghafaz Al-Quran bukanlah sesuatu yg mudah... mana mungkin ia mudah. Hati yg ingin memikul firman2 suci Allah swt itu pastinya harus suci bersih. Jauh dari kemungkaran dan maksiat. Masya ALlah, inilah yang cuba aku terapkan kedalam hati kecil Sarah.

Sarah, bukan calang2 orang yg akan Allah pilih utk menjadi penerima wasiat nabi. Memegang amanah, menyimpan ayat2 suci Al-Quran di dalam hatinya. Sesungguhnya hati kecilmu yg tulus, bersih dan suci ini yg mampu. Jika di beri peluang sudah pasti ibumu ini ingin saja mengorbankan diri utk usaha ini. Namun, apakan daya, ibu ini berlumuran dgn daki2 dosa & noda. Anakku, kaulah pemangkin perubahan kami.Asbab susah payahmu, ibu & ayahmu dapat bangun malam munajat menangis memohon pd Allah. Asbab getirnya perjuangan mu, kami jadi lebih tawajjuh. Azam kami adalah membawa agama yg sempurna dlm penghidupan kami. Sarah, kaulah contoh tauladan buat adik2mu, malah buat ibu-bapa mu sendiri. Iman yg tersemat di hatimu, membunga & mekar indah dengan mujahadah mu. Yakinlah anakku, pasti Allah ganjarkan bagimu atas setiap titisan air matamu. Tidak pernah Allah itu memungkiri janji2nya. Walau kebaikanmu sebesar zarah, pasti akan dibilang.

Hanya pada Allah saja tempat kami mengadu. Susah sungguh ujian2 mendatang dlm meniti arus kehidupan. Semoga kami tidak tergelincir dari jalanMu yg lurus. Amin

6 comments:

laily said...

Sarah masuk madrasah alhamdullilah. memang susah nak menjadi seorang tahfiz, dengan segala macam godaan di dunia ni. Semoga sarah dan ummusarah akan tabah menghadapi segala dugaan.Aisyah kita baru nak menghafal yasin pun susah. Sama-samalah kita doakan anak-anak kita.

ayasofea said...

salam... percayalah.. suatu pengorbanan adalah amat manis untuk menerima natijah selepasnya.. yakinlah.. boleh x nk bkenalan dgn ummusarah...;)

UmmuSarah said...

Buat teman lamaku & teman baruku...
Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi dtg ziarah ke teratak blog nie :)

Sudi-sudilah meninggalkan komen & pesanan nasihat. Semoga kita saling berpesan2 ke arah kebaikan & kebenaran. Insya Allah.

normail said...

salam...Insyaallah dengan doa dan sabar..sarah akan jd seorang anak seperti yg ayah dan ibunye harapkan.sama2lah kita mendoakannye....

Abu S.H said...

oh ..bestnya anak masuk tahfiz..

saya bukan tahfiz, cuma tak hafiz

Suzi said...

Salam...Alhamdulillah...untungnya badan,Sarah dah masuk madrasah. Kat mana tu? Tq dtg jenguk blog kalau tak tak tahu akak ada blog...saya baru2 nak belajar...