Thursday, August 28, 2008

Perubahan

Hari ini merupakan hari terakhir saya masuk ofis. Lepas ini, ofis saya akan berubah ke dalam rumah...Tidak, bukannya saya memulakan perniagaan atau perkhidmatan dari rumah. Cuma saya akan bersara. Mungkin lebih awal dari biasa...tapi Insya Allah, saya akan bersara sbg pekerja dan memulakan tugasan baru sbg isteri/ibu/dai sepenuh masa. Maka, hidup saya pun akan berubah ke fasa baru. Alhamdulillah, bersesuaianlah dgn ramadhan yg akan bermula. Semoga perubahan dlm kehidupan saya ini dapat keberkatan dari bulan ramadhan yg mulia. Memang ALlah telah tetapkan dan atur segalanya seperti ini. Sememangnya saya sangat2 bersyukur kerana di beri peluang utk melakukan perubahan ini. Perubahan ini tidaklah mendadak. In fact, saya telah memikirkan perkara ini semenjak 6 tahun yg lalu. Sedikit demi sedikit, saya mempersiapkan diri untuk melepaskan kerjaya. Sudah tibanya masa untuk saya menumpukan masa dan tumpuan hati kepada tanggungjawab yg selama ini tidak dpt sy uruskan dgn sempurna. Tolonglah doakan utk saya. Saya cuak dan cukup gubra. Ini cabaran baru dlm kehidupan saya. Semoga Allah mudahkan.

6 comments:

Suzi said...

salam kak nurul,
Alhamdulillah tercapai juga hasrat. tahniah!...welcome to the 'club'...hehehe. Dah nak puasa kita ...selamat menjalani ibadat puasa...semoga Allah menjadikan Ramadahan ini, Ramadhan terbaik buat diri kita...
dtglah blog ada 'hadiah'....

ain said...

salam da..
well...quite shocked to hear you going to quit but...yeehaaaa...!!! welcome to the club..hihihi...
nanti boleh le aku call nko borak2.
selamat menyambut ramadhan bulan yg mulia dan penuh kebaikan...bila nk balik jb lg..??tu hari x smpat nak jumpa...

azharjaafar said...

Tahniah. Hadiah terbaik dari ibu kepada anak-anaknya.

Kman said...

salam huda,
pastinya bukan mudah utk ko ambil keputusan camtu kan??? btw, moga memperoleh kebaikan hasil dr pengorbanan yg dilakukan. so, lps ni nak contact ko guna add. mana plak ek ???

laily said...

Asalamualaikum huda,
Alhamdulillah, memang seronok jadi surirumah sepenuh masa, kita kalau boleh taknak balik kerja, tapi apa nak buat ketentuan allah siapalah kita untuk mengubahnya. Jangan risau, insyaallah awak akan lebih gembira dengan tugas yang baru ni.

Selamat menyambut ramadhan, semoga kita akan menjadi umat yang lebih baik dari semalam

UmmuSarah said...

Terima kasih kawan2 atas doa dan kata2 semangat itu :)

Memang susah nak lepaskan tapi Allah telah mudahkan. Semoga diri saya nie dapat memanfaatkan sebaiknya peluang yg telah Allah beri.Insya Allah, sy akan usahakan utk maintain blog nie...dapatlah kita saling bertukar2 khabar berita.Dalam perancangan utk pasang streamyx di rumah tapi belum settle lagi. Mungkin minggu depan...Insya Allah