Wednesday, September 24, 2008

Baby Baru?

Gambar baby nie sy ambil dari blog Ida di Perth. Comel kan? Bila la agaknya saya nie ada rezki nak dapat baby baru. Hu..hu..umur pun dah makin meningkat, peluang pun dah makin menipis...Tapi, kena yakin, segala-galanya adalah dlm ketentuan Allah. Kalau ALlah dah nak beri, Siti Sarah yg berumur 80 tahun pun dapat mengandung. Iya tak? Insya ALlah, kalau ada rezki dari Allah, pasti ada pertambahan zuriat. Doakanlah utk saya nie yg sentiasa menaruh harapan.

Buat masa nie, kawan2 ramai yg kata, takpe, tak payah ada anak kecil lagi. Nisab 40 hari tu usahakan dulu. Kalau dah mengandung atau dah ada baby kecil, tak dapatlah keluar ke jalan ALlah. Betul jugak nasihat mereka. Kadang2 saya sendiri tersedar mungkin ini hikmahnya kenapa Allah belum nak bagi baby lagi. Allah nak beri peluang utk islah diri, untuk fikir akhirat dan ambil fikir, risau dan bimbang rasulullah saw. Bukankah pangkuan ibu2 itulah madrasah pertama untuk anak2. Di pangkuan ibunya lah, si anak belajar mengucapkan patah2 perkataan yg pertama. Jika si anak mengucapkan kalimah Allah sbg kalimah awal dan akhir dlm hidupnya, maka sebagai balasan, si ibu itu tidak akan dihisab. Bayangkan betapa besarnya ganjaran ini...terlepas dari hari penghisaban Allah yg maha dahsyat.

Pernah suatu masa dahulu, dlm satu ghazwah(peperangan), rasulullah saw sdg sibuk membahagi2kan harta rampasan perang kpd para sahabat. Apabila tiba giliran saidina Ali ra, maka rasulullah saw hanya memberi kpdnya sebatang tombak. Hanya ini sahaja habuan utknya. Saidina Ali ra, musykil lalu bertanya pd rasulullah saw, mengapa begitu sedikit bahagian yg diberi utknya. Lalu rasulullah saw memanggil para sahabat utk berkumpul di sekeliling batu yg besar. rasulullah saw menyuruh setiap sahabat bergilir2 menaiki batu itu dan menyenaraikan harta2 rampasan perang yg mereka perolehi. Setiap dr sahabat pun melakukannya. Mereka dapati keadaan yg sgt sukar kerana berdiri di atas batu yg panas di bawah terik matahari yg memancar. Bila tiba giliran saidina Ali ra, di hanya perlu berdiri buat masa yg singkat kerana dia hanya mendapat sebatang tombak. Begitulah hikmah & bijaksananya rasul kita. Mengjar kpd sahabatnya ttg nilainya harta dunia. Penghisaban ALlah kelak adalah atas setiap nikmat Allah yg kita perolehi hatta seteguk air kosong pun akan ditanya dari mana asalnya dan kearah mana hasilnya.

Kehidupan Rasulullah saw penuh dgn kisah2 tauladan sbg nasihat & peringatan buat kita, umat akhir zaman. Rasulullah saw inginkan kejayaan utk kita bukan sahaja di dunia malah lebih2 lagi di akhirat. Risau & bimbangnya ke atas kita tidak terperi dan tanpa batasan. Walau tak pernah kita bertemu bertentang mata dgnnya namun cinta & kasihnya kepada kita sehingga ke akhir hayatnya. Hinggakan makannya tak kenyang dan tidurnya tak lena. Inilah cinta hakiki. Cinta di antara manusia semata-mata utk mendapat keredhaan ALlah swt.

Di pangkuan ibu2 jugalah kasih & sayang kpd rasulullah saw perlu disemai. Kita sampaikan kpd anak2 kisah perjuangan rasulullah saw. Kisah cintanya kpd kita. Kisah akhlak dan peribadinya yg suci & mulia. Kita ceritakan kpd mrk agar mrk kenal & rindu kpdnya. Seolah2 baru semalam dia meninggalkan kita dan tak lama lagi pasti kita akan dpt bertemunya. Insya ALlah. Sebenarnya, ini semua peringatan utk diri sy sendiri. Sy yg alpa dr melaksanakan tanggungjawab ke atas anak2. Yg baru kini mula terkial2 mencari masa & ketika. Namun, selagi hayat dikandung badan...azam sy utk memperbaiki diri & keadaan. Pd masa yg sama, ingin juga sy berkongsi & mengajak kawan2. Mungkin ada yg sudi...Mmg tiada keraguan lagi...Tangan yg menghayun buaian itu bisa menggoncangkan dunia. Wallahualam

5 comments:

ain said...

Salam huda,

Insyaallah kalau ada rezeki dpt le baby baru nanti. Mcm aku 4 org sahaja yg Allah beri, kalau hubby nak tambah anak, kenalah kawin lain..huwaaaaaaaaa...!!!!

Aku ni pun bukan lah ibu yg sempurna. Byk sgt kelemahan, kekurangan dan kelalaian dlm membesar/mendidik anak2. Lagi satu aku ni kurang sabar ngan anak2 x mcm hubby sabar sgt2.Tapi Insyaallah aku cuba le perbaiki diri aku supaya jd ibu mithali.
Kalau2 kau ada tips nak jd ibu soleha, pas2 le kat aku.

Selamat hari raya, maaf zahir batin

nur_ariff said...

himpunblog.blogspot.com

Suzi said...

salam kak nurul...
ingatkan nak dpt baby baru...
baca n3 akak kali ni buat saya teringat dekat arwah kak ros(cikgu rosman)...:(
akak raya mana thn ni? selamat hari raya maaf zahir batin drp kami sekeluarga buat akak sekeluarga,

SeniPuteh said...

moga Allah makbulkan doa..
http://seni-puteh.blogspot.com

splendid said...

If you could give more detailed information on some, I think it is even more perfect, and I need to obtain more information!
runescape powerleveling