Sunday, March 22, 2009

Azam.... Insya ALlah...

Dua minggu lepas, kami keluar masturat 3 hari ke Ipoh. Suami pernah pesan, katanya, kalau kita dapat keluar pada kali ini, maksudnya, ALlah telah terima khuruj kita yg lepas. Alhamdulillah. Walaupun, mmg kami tenggelam dgn kesibukan dunia dan amalan kami makin merudum jatuh, namun masih lagi kami terpilih utk dpt keluar ke jalan ALlah. Kasihnya ALlah kepada kami yg kerdil dan daif ini.

AMat mustahak utk kami dapat keluar supaya dapat cas bateri iman yg lemah ini. Jika badan kita rasa sakit2, sendi rasa sengal2, mata berpinar2 dan kepala terasa pusing dan mabuk...pasti kita akan usahakan ubatnya. Begitu juga dengan keadaan iman kita yg sakit. Apa simtom2nya? Kalau ibadat rasa malas, hati terasa gelisah, nafsu amarah makin meningkat, maka wajiblah kita usahakan penawarnya. Begitulah keadaan diri saya ini. Untuk kita wanita, tertib nisab masturat di Malaysia ialah 3 hari setiap 3 bulan...Insya ALlah.

Untuk kesekian kalinya saya keluar 3 hari. Setiap kali saya keluar, pasti ada sahaja "pembelajaran" baru dari Allah utk diri ini. Bukan setakat ilmu theory yg saya dapat malahan juga ilmu2 praktikal...kadang2, saya pun tak perasan bahawa saya sdg di uji ALlah, Bila dah balik rumah baru saya tersedar bahawa pengalaman2 yg saya lalui itulah tarbiyah ALlah buat diri saya...Kadang2 terasa takut juga. Sama seperti kalau kita hendak pergi ke Mekah, ramai orang tahu supaya kita harus berhati2. Jaga mata, telinga dan mulut. Juga jaga hati supaya bersih...takut2 kalau di uji Allah dengan kelemahan2 diri kita sendiri. Tapi, saya tak pernah serik. Rasa seronok sungguh kalau terpilih utk dapat keluar ke jalan ALlah.

Buat masa ini, pengalaman saya hanya setakat keluar masturat 3 Hari. Belum lagi mendapat peluang utk keluar 40hari atau lebih. InsyaALlah, saya memang azam dan berniat. Mungkin, belum masa saya lagi utk dapat keluar selama dan sejauh itu. ALlah juga yg maha mengetahui kesediaan saya. Pasti ada hikmahnya.

Insya ALlah, di Malaysia akan ada ijtimak di Sepang pada bulan July 2009. Ijtimak ini diadakan utk seluruh umat Islam di Malaysia. Ia bukanlah satu gathering utk org tabligh saja. Sebenarnya, tabligh ini bukanlah satu persatuan atau yayasan atau club. Org yg buat usaha tabligh pun tidak pernah membuat permohonan atau mengisi borang atau membayar yuran. Tabligh ialah usaha akar umbi utk memperbaiki(islah) diri dan pada masa yg sama memberi kesan pada org sekeliling. Tabligh itu dlm bahasa arab maksudnya ialah menyampaikan. Tabligh adalah sifat rasulullah saw. Entahlah, saya pun tak pandai nak explain lebih2 lanjut lagi. Saya tahu ramai org awam ada persepsi negatif terhadap org tabligh. Dahulu, saya pun begitu. Sangat sinis terhadap kawan2 yg buat usaha dakwah. memang saya suka betul perli mereka. Astaghfirullahazim. Phrase yg selalu saya gunakan ialah..."kenapa korang sibuk2 jaga tepi kain org lain? Setiap org kan masuk kubur sendiri2. Janganlah menyibuk". Kesian kat kawan2 yg ikhlas hati mengajak kami dulu. Bukannya depa di bayar gaji atau diberi jawatan. Mereka pun melakukannya secara rela hati dan percuma. Mereka mengajak manusia ke arah kebaikan hanya semata2 kerana ALlah. Setiap patah kata yg diutarakan utk mengajak manusia kepada Allah itu diberi ganjaran pahala setahun ibadat sunnat. SubhanAllah, baru sekarang saya sedar. Betapa berunutngnya mereka. Alhamdulillah, berkat doa & pengorbaban mereka, ALlah beri saya sedikit kefahaman.

Begitulah, jika ada sekelumit usaha kita utk memperbaiki diri, maka pasti Allah, akan buka pintu2 hidayah. Bukan hanya utk diri kita, tetapi juga utk keluarga, rakan2 dan org2 sekeliling kita. Allah suka kepada makhluk2nya yg ada usaha utk menyelamatkan dirinya. Apalagi jika hambaNya bukan setakat buat usaha atas dirinya sendiri tetapi juga ke atas mereka2 yg ada di sekelilingnya. Sehinggakan ALlah telah merakamkan perkataan2 sang semut di dalam AL-Quran. Ingat tak kisah semut yg memberi amaran kpd kaumnya utk menyelamatkan diri mereka sewaktu nabi Sulaiman dan tentera2nya ingin melintas? Hatta si semut yg kecil itu pun telah di beri penghormatan begitu sekali. Menjadi contoh dan tauladan utk manusia. Jelas, kalau manusialah yg berusaha utk menyelamatkan diri dan kaumnya dari keburukan, tentu lebih tinggi darjatnya di sii ALlah swt.

Untuk perkara inilah, kami berazam utk dpt keluar sebelum ijtimak berlangsung. InsyaALlah, awal bulan Jun nanti. Kawan2 bagaimana pula? Jom kita azam.

8 comments:

Anonymous said...

Salam.
Hubby skrg klr 4bln nga jauh. Azam
klr 2bln masturat 2010 lps Muhammad
Mu`az putus susu 2 thn. Doa utk saya.
(Ahlia Azhar)

radiated said...

assalamualaikum

saya mintak anti wat n3 psl komen kpd ppuan yg halang pakwenye kluar jln Allah...
(atau kwnnya)

jazakillah khair

ain said...

salam huda...aku ni dikategorikan dlm org yg cetek bab2 agama ni. Azam pun hangat2 taik kucing je. Kekdg terfikir gak, bila nak betul2 berubah. Bila bc entry kau, malu pd diri sendiri pun ada gak. Kau berlumba2 nak keluar ke jalan Allah sedangkan aku masih lg kat takuk lama.

ain said...

bila nko kata nko tenggelam dgn dunia nko, dunia tu lah yg sepatutnya aku sama2 ada didlmnya. Kdg2 terfikir kenapa dgn hati ni..??

Suzi said...

salam kak nurul...
saya pun rasa mcm sama dgn kak ain segan je dengan diri sendiri bila baca n3 ni...

lemahnya iman saya ni...
doa2kan kami juga akak.

moga azam akak dipermudahkan Allah.

kat sini ada Ijtimak kat Melbourne cuti Ester ni...doa2 moga hubby dpt pergi seperti tahun2 sudah...

UmmuSarah said...

Ahlia Azhar,

Alhamdulillah, suami puan terpilih utk keluar di jalan ALlah. Insya ALlah, pengorbanan keluarga puan asbab hidayat seluruh alam. Doakanlah juga utk kami2 yg lemah ini. Baru nak belajar... meraba2 dlm kegelapan.

Radiated,

Insya ALlah, saya akan usahakan utk beri sedikit kelebihan ttg wanita2 yg menggalakkan mahramnya keluar ke jalan ALlah. Sebenarnya, sy pun baru2 dan tak pandai.

Suzi & Ain,

Janganlah sangka sy nie baik sgt. Sebenarnya, korang pun tau serba sedikit asal usul sy. Banyak daki2 dunia yg melekat dlm diri & hati sy nie. Hanya Allah sj yg lebih mengetahui hakikat sebenar diri ini. Masih banyak yg sy perlu usahakan. Di samping sy ingatkan diri ini, sy teringin sekali utk ajak kawan2 utk sama2 meniti jalan ini. Insya Allah, persahabatan kita bukan hanya utk dunia tp kita bawak bersama ke syurga :)

fadhy said...

teringat zaman2 usrah masa2 belajar dulu. Alhamdulillah masih contact alumni usrah dulu....ukhuwah tu lebih kuat jika berlandaskan jalan Allah dari sekadar ukhuwah hye2 bye2 kan kak...

buku2 usrah tu masih lagi di simpan utk tatatpan...skrg dh quite free, bleh cari balik apa yg tercicir dek masa bz dulu...heheh

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ..

Sama-samalah kita berdoa supaya kita dengan mahram kita dapat keluar buat usaha dakwah.

Seperti burung, tak boleh terbang dengan sebelah sayap. Begitu juga pentingnya wanita dalam usaha dakwah ini. Insya-Allah.