Tuesday, May 26, 2009

Hujan Yang Turun

ALhamdulillah...setelah hampir seminggu cuaca di sini membahang panas, akhirnya, Allah turunkan juga hujan lewat petang semalam dan juga pagi ini. Legaaaaanya, nikmat ALlah memang tak terhitung hebatnya.

If not mistaken, highest local temperature was recorded at around 36 C with a humidity level of more than 90%. SubhanAllah, the heat and vapor pressure felt stifling...almost to the level of choking our breath. Going out of the house, even for a short span of time felt almost unbearable. The strong heat wave caused throbbing headaches and massive migraines. As much as possible,all our outdoor outings are planned for the night. During the day, we stayed mainly indoors with the windows and curtain tightly drawn. Usually, in our house, we gather ourselves in the living room because this is the only room with the a/c on. Definitely, our electric bill this month will be phenomenal.

Begitulah lemahnya saya ini. Baru terkena bahang kepanasan api dunia menyebabkan saya rasa sungguh tidak selesa dan sengsara. Jauh di sudut hati saya sentiasa teringat bahawa kemarau yg panjang ini adalah asbab dosa manusia itu sendiri.Setiap keputusan yang datang dari ALlah adalah atas perbuatan2 manusia yg sememangnya telah menzalimi dirinya sendiri. Benar...asbab lemahnya iman dan amal saya maka ALlah swt telah angkat hujan utk kesekian lamanya. Astaghfirulllahazim, ALlah jugalah yg berkuasa mengampunkan diriku yg kerdil dan daif ini.

Bagaimanalah hendak dibandingkan kepanasan dunia ini? Belum lagi diri ini jemur di padang mahsyar yg lantainya diperbuat dari besi dan matahari pula berada hanya sejengkal di atas ubun-ubun kepala. Bagaimanakah keadaan saya pada hari itu kelak? Hari yg sungguh dahsyat keadaannya...tak tercapai dek akal fikiran manusia untuk memikirkan keadaanny. Hanya melalui hadis2 nabi and kisah2 Al-Quran, kita cuba sedikit sebanyak mencari-cari gambaran keadaan di sana kelak.

Berikut ini adalah sedutan n3 yang saya cut and paste dari blog KeretaMayat. Saya rajin baca dari blog ini kerana penulis blog ini, Hamka, banyak meniupkan semangat bila saya terasa lemah dan dia juga tidak lokek ilmu dengan pembacanya. Insya Allah, utk kebaikan bersama, saya sebarkan apa yg saya dapat dari Hamka.

" Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..

"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"

Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..

Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..

Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..

Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)

Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.

Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…

Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..

"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..

“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.

“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.

“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”

Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:

Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..

Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..

Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah..



Sebenarnya, ada banyak hadis2 nabi dan kisah2 Al-QUran mengenai keadaan alam2 ghaib ini. Untuk mengetahui/mendengar lebih lanjut lagi, bolehlah kita hadirkan diri ke majlis2 ilmu yg khusus menceritakan ttgnya ataupun bolehlah kita mengahdiri majlis2 taklim. Utk lelaki, majlis taklim selalunya ada setiap hari di surau2 atau masjid2 yg hidup dgn amalan2 masjid nabi. Utk wanita pula, majlis taklim di adakan seminggu sekali di rumah2 yg telah dimesyuaratkan. Selalunya majlis taklim ini diadakan di hujung2 minggu. Insya ALlah, jika kita usahakan mencari ilmu2 ini, ALlah pasti akan bukakan jalan2Nya.

8 comments:

ain said...

salam huda...tak tau nak komen apa. yg pasti iman aku masih terlalu tipis. semoga jln didepanku nanti adalah jalan2 yg dirahmati Allah.

memet said...

Salam.. ahliah saya tasykil keluar masturat tempat kami di Keningau Sabah.. Insyaallah..

Suzi said...

teringat masa summer kat adelaide hari tu sampai 42C...panas membakar mcm kat oven rasanya. angin pun panas...masa tu punyalah rasa azab...itu baru sikit banding panas neraka, nauzubillah...
moga Allah pelihara kita dr azab apin neraka..amin.

karkunahmithali said...

Salam..mohon izin utk link..nice blog..:)..jemputla ziarah blog saya.

fiza said...

salam huda, 3 hari lepas kami sekeluarga berkunjung ke ipoh, anak2 ajak jalan ke tambun, lost world, tak tahu nak contact hang, no phone tak ade.
rita ader no hang, boleh aku minta dgn die?

syukri said...

salam...smoga allah kekalkan akak dan suami dan seluruh umat dlm usaha agama..smoga allah pilih akak dan suami untuk tunaikan haji...amin...kalau diizinkan allah,lawatila blog ana..syukri-abdullah.blogspot.com

Anak Pendang Sekeluarga said...

Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: ” Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika berbuka (atau hariraya) dan kedua, kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya kelak”. Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Selamat menyambut hari raya Aidil Fitri dari saya,andai kata tersilap bahasa,maaf dipinta ye..hu3
Harap boleh tukar link…..lepas nie…(add la saya)

Anonymous said...

salam.. semoga kita menjadi umat nabi muhammad s.a.w yang terbaik. Doalah kita mendapat syafaat di akhirat nanti...