Friday, May 8, 2009

Sepi yang panjang

Alhamdulillah, lama sungguh saya tak dtg update blog nie...dah penuh dgn sawang. Masa nak sign-in tu, saya dah hampir lupa password. Dua tiga kali cuba barulah betul...ish...ish...ish...sampai begitu sekali ekkk. Kadang2 ada jugak terlintas nak tinggalkan je dunia blogging nie. Tapi terasa macam sayang pulak. Iyalah, seronok jugak jumpa ramai kenalan lama & baru bila kita berblogging. Iya tak? Secara tak langsung, seolah-olah seperti merapatkan tali silaturrahim.

Minggu nie, saya dah tamat tugasan mengajar. Students sekrg sedang sibuk memerah otak mengulangkaji sebelum bermulanya Final Exam minggu depan. Leganya, dah lepas satu tanggungan utk diri ini. Kebetulan pulak, suami saya outstation selama 8 hari. Hmmm...dalam hati dah terfikir berbagai2 benda yg akan saya buat utk mengisi kekosongan2 dlm jadual harian ini.

Yg paling sy rindu ialah hobi yg dah lama sy tinggalkan...membaca buku2 fiksyen...a.k.a. novel-novel. Bila suami ada di sisi, sangat susah utk sy dpt luangkan masa membaca. Maklumlah, suami kan harus didahulukan dlm setiap urusan. Kekadang tu, bila sy sdg dlm mood syok membaca, sy kena tunggu sampai suami dah masuk tidur baru boleh bukak novel. Kalau depan suami, novel itu saya sembunyikan...segan kat dia. Kesudahannya, tidur saya jadi terganggu. Iyalah, malam dah bersengkang mata membaca, jadi, siang hari tu kena buat kerja mcm lipas kudung. Kalau boleh semua kerja rumah nak disiakan secepat mungkin, barulah dapat qadha balik waktu tidur semalam. Inilah antara kelemahan2 saya. Kalau dah mula membaca, tak boleh nak berhenti. Bila dah membaca, mesti nak tau kesudahannya. Membaca pulak mesti nak ada feeling, tak boleh aje nak speed reading...akhirnya, lintang pukang jadual harian saya.

Inilah antara sebab kenapa blog saya dah lama menyepi. Tak sempat2 sy nak masuk blogs sbb dah tersangkut kat novel2 tu. Oleh kerana harga novel-novel ini mahal di M'sia. Maka, saya telah dapatkan versi e-book. Seronok sgt download e-book dr internet. Maklumlah, mcm duk dlm virtual library. Unlimited access. Setakat nie, dah beratus-ratus buku yg tlh sy dapatkan...angan2 utk membaca itu mmg panjang. Tapi... BAHAYA...risau bukan kepalang. Habis banyak masa sy kat buku2 ini saja. Hati mmg berbelah bahagi. Entahlah, lemah betul iman bila berdepan dgn nafsu membaca. I feel soooo guilty.

9 comments:

ain said...

Alhamdulillah...nko update gak blog akhirnya. Apa khabar??lama x dengar cerita kan. Anak2 sihat??

Membaca tu bagus. at least klu ada2 ilmu boleh la dikongsi bersama. Aku suka bc novel gak tp novel biasa2 aje. just nk releasekan tensen. mcm nko gak, klu laki around, mmg x leh nak baca, sian pulak kat dia, terkebil2 sorang x de yg nk layan.hihi

UmmuNurul said...

Ahlia Jannah,

Salam..sama seperti saudari, kalau dihitung sudah hampir 10 tahun saya tidak menyentuh novel@genre kreatif ni...entah kenapa sebab kekangan masa@ memang malas nak duduk2 menatap novel saya pun kurang pasti, masa zaman2 bujang dulu, novel menjadi keutamaan saya, kalau novel2 picisan@novel2 remaja tu sampai 9 buah buku pun saya boleh habiskan satu hari di bilik tidur..sampaikan mak bisinglah.. itu belum campur dengan novel2 berat karya2 penulis sasterawan negara kita..minat yang mendalam terhadap membaca menyebabkan saya menyambung study saya dalam bidang berkaitan. Tujuan saya menulis blog ni pun bukan apa2 hanya di kesempatan ni saja saya dapat menulis kembali dunia yang saya telah tinggalkan. Setelah berkahwin, tak tau apa yang menghalang saya untuk tidak lagi menulis dan mengaplikasikan apa yang saya baca melalui penulisan saya...kalau saya sempat membaca pun mesti tak khatam... bukanlah tidak membaca langsung, minat saya terdorong untuk membaca yang simple2 je, macam newspaper o magazines jer...baguslah pada saudari dapat curi2 masa membaca ketika hubby tiada, sekurang2nya ada perkara yang terisi di waktu lapang...

UmmuSarah said...

Ain,

Melampau sangat le aku nie...perasan sibuk sgt sampai tak update2 blog iye tak? Bila teringat kat kau, aku pun cepat2 update. Eh...apa kurangnya aku nie, membaca pun utk release tension dan melayan emosi...hehehe. Apa plan cuti sekolah akhir bulan 5 nie?

UmmuNurul,

InsyaAllah, cuti sekolah nie, kita bolehlah berjumpa. ALhamdulillah. Moga2 Allah pilih kita utk dpt sama2 luang masa kluar ke jalan Allah.

Akak faham akan kesibukan masa UmmuNurul. Dengan anak yg ramai dan masih kecil2, memang sgt mencabar. Sabar, Insya ALlah, selepas kesusahan akan datang waktu kesenangan. APa lagi bila 4 org anak gadis itu sudah cukup matang, mrk pasti dpt bantu khidmat rumahtangga :)

Suzi said...

salam kak nurul...
yelah tu lama tak update sampai lupa password hihihi...
seronoklah dpt sambung balik minat ye...tak sabar tunggu diaorg besar...

Anonymous said...

alhamdulillah...bagus la akak nie,hobi suka membaca nie...sy suka membaca gak tapi tak ada laa 'seteruk'akak...tp jgn lupa lak, dgn byk2 buku yg kita baca tuu,kita lupa nak baca alquran lak...sekadar ingatan utk sy gak...

Anonymous said...

salam...sy syor akak suruh aje suami akak tuu kahwin lagi...nanti sure akak byk masa...!!!
salah satu hikmah poligami...
he..he..he...jgn mare...
-nor

Anonymous said...

teruskan menulis..brvo

Anonymous said...

teruskan menulis..bravo,,,ada ahlia yg dpt manafaat...jgn lupa lawati akuhuduh_kedai iman

Asyfa Nur'aini said...

Aslmww, masya'allah andai sy seperti ini, cepat menyempurnakan agama untuk lebih baik ibadah sy. salam kenal masturoh ana Aini, Nur'aini Asyfa di Kayuagung sum-sel indonesia. berdasarkan lampiran di atas sy ingin sekali mengenal lebih jauh masturoh sebenarnya. kalau tidak keberatan sy mau gabung silaturahmi dengan antuna sebagai konselor dalam membahas iman dan menyebarkan tauhid dan amalan ke saudara umat seluruh alam, jazakallah kasiron. waslmww.mohon balasan