Wednesday, January 13, 2010

Suami & Isteri




ALhamdulillah...Kami baru sahaja menyambut Ulang tahun Perkahwinan yang ke-17. Huhuhu...cepat betul masa berlalu. Macam tak percaya..dah 17 tahun kami bersama. Insya Allah, semoga perkahwinan ini kekal bukan hanya di dunia tetapi juga bersama di alam akhirat.

Baru-baru ini, kami tangguh dari jemaah masturat 10 Hari. Masya Allah,berbagai2 ilmu yg Allah beri. Namun sebenarnya, lebih banyak yg kita belajar dalam usaha ini, lebih banyak yg kita sedar kita tak tahu. Pesan eldest, kita kena buat usaha dakwah dengan rase diri kita tak tau dan nak belajar..barulah ALlah akan didik dan beri kefahaman. Nak faham pula, kita kena buat korban habis-habisan dan sungguh2 sampai kiamat. Takde cuti bagi kita selagi syaitan tak cuti.

Maaf lah sebab sy mmg lembab update blog. Rasa bersalah pd kawan2 kerana tak kongsi sama mcm2 yg saya dapat masa keluar ke jalan ALlah. Insya ALlah, saya azam utk tulis seberapa banyak yg sy dapat. Lagipun, lebih banyak yg saya kongsi, maka lebih banyak yg saya ingat. Iye tak?

Antara yg terkesan dlm hati semasa sy keluar kali ini adalah usaha atas wanita/masturat. Pesan Maulana Saad usaha masturat ini adalah sangat penting dan halus. Walau usha ini penting namun jangan sampai langgar tertib, walau usaha ini halus jangan sampai tak buat langsung. Seorang lelaki, jika dia disanjung seluruh manusia di sekeliling dunia dlm usahanya berdakwah, namun, jika istrinya di rumah membangkang dan membenci, maka susah dan beratlah kerja dakwahnya. Di sebaliknya, seorang lelaki, jika dakwahnya dihina, dicaci dan tidak diterima oleh manusia2 sekelilingnya, namun, jika istrinya menyokong dan memberi galakan, maka mudah dan berjayalah usaha dakwahnya. Begitu lah impactnya seorang istri kepada kerja dakwah suaminya.

Nabi Nuh as. telah berdakwah hampir 950 tahun, siang dan malam, tanpa henti2... Namun, tanpa penerimaan dan sokongan dari istri dan anak2nya, maka hanya setakat 80+ orang yg telah menjadi pengikutnya. Bandingkan pula dengan Nabi Luth, yg juga telah beratus-ratus tahun membuat kerja dakwah. Istrinya bukan setakat tidak mahu menerima malahan istrinya telah menentang habis-habisan. Apabila Nabi Luth telah selesai berdakwah berjumpa kaumnya, maka sejurus kemudian istrinya akan datang berjumpa org yg sama dan mengatakan bahawa Nabi Luth adalah penipu, org gila dsb. Istrinya memburuk2kan dakwah suaminya. Hakikatnya, istrinya telah berdakwah yg sebaliknya dari dakwah suaminya. MasyaAllah. Di akhir2 nya tidak ada satu pun yg menjadi pengikut Nabi Luth angkara perbuatan istrinya. Malah Allah swt tleh menurunkan azab yg sgt pedih kepada Kaum Nabi Luth keran perbuatan mereka yg tidak menerima ajaran Nabi Luth dan sememmangnya melampaui batas. Lihat pula bagaimana nabi junjungan kita, Nabi Muhammad saw, asbab korban istri2 dan anak2nya, MasayaALlah, dalam ms yg sangat singkat, 23 tahun, Islam telah tersebar ke segenap pelusuk dunia. Sehinggakan pd zaman sahabat, Islam telah menjangkau 2/3 dunia. Istri beliau, Khadijah (ra)adalah manusia pertama yg menerima Islam. Sewaktu nabi ketakutan dan ragu2 semasa pulang dr menerima wahyu pertama, Khadijahlah yg tlh mententeramkan nabi. Beliaulah yg tlh memberi kata2 semangat dan galakan kpd suaminya. Beliau tlh memujuk nabi, menghilangkan gundah gulana di hati suaminya. Kata khadijah,pasti Allah swt tidak akan sia-kan nabi saw kerana nabi sebenarnya mmg mempunyai kebaikan2, sifat2 dan keperibadian yg terpuji. Mmg selayaknyalah Muhammad saw dipilih sbg nabi dan rasul. Malahan Khadijah sdri tlh kluar rumah dan mencari saudaranya, seorg pendita Kristian utk mendapatkan khidmat nasihat.

Begitulah seorg istri contoh. Berdiri teguh di sebalik perjuangan suaminya. Khadijah seorg hartawan, bangsawan dan jelitawan...namun utk agama Allah, dia telah korbankan segala-galanya. Di saat kematiaanya, badannya kurus kering, hartanya telah habis di infak ke jalan ALlah dan pendapat serta kata-katanya telah tidak lagi diendahkan oleh masyrakat sekeliling. Rasulullah saw menitiskan airmata mengenangkan keadaan beliau ini. Khadijah, yg terkulai lemah di atas pangkuan suaminya, tersedar apabila titisan airmata sumainya jatuh membasahi pipinya. Apabila suaminya menceritakan kesedihannya melihat keadaan istri yg tercinta, Khadijah telah menghiburkan hati suaminya. Sedikit pun tidak timbuk kesal atau sayu atas setiap yg telah berlaku. Malahan beliau telah menawarkan, apabila beliau wafat, gunalah tulang2nya sbg senjata atau utk dibina titi oleh pejuang2 Islam.

MasyAllah, jika kita dengarkan kisah2 istri dan anak2 rasul & para sahabat...maka pasti kita akan rasa malu pada diri kita sendiri. Bagaimanakah kita jika dibanding dengan mereka. Di manakah kita kelak di akhirat nanti. Dapatkah kita berdiri di hadapan Allah swt? APakah yang akan kita jawab apabila Allah swt tanyakan peranan kita di saat2 agama ALlah swt ditinggalkan. Di saat ini...manusia berbondong2 berlari menuju neraka jahannam. Adakah ada kerut di dahi kita? Adakah kita selesa dan berpuas hati dengan agama yg ada dlm diri kita dan keluarga kita sahaja? Akan terlepsakan kita dari perhitungan Allah swt nanti ? Takutnya saya....

8 comments:

ahlia azharjaafar said...

Slmt Ulang Tahun. Smuga berbahagia ikatan kasih sayang yg dibina hingga ke syurga Allah.

ain said...

happy 17th anniversary huda!! doakan semoga rumahtangga kau akan sentiasa dlm lindungan dan rahmat ALLAH!!

KakChik said...

Selamat ulang tahun! Semoga berbahagia hingga ke Syurga. Pengisian yang dikongsikan tu amat terkesan di hati. InsyaAllah saling memahami, sokong-menyokong antara suami-isteri dalam perjuangan dakwah amatlah bagus.

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum wrt wbt ...

Al-hamd .. tahniah kak ye. Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga, amin. :)

Doakan saya juga .... dapat keluar masturat, Insya-Allah.

UmmuSarah said...
This comment has been removed by the author.
UmmuSarah said...

KakChik- Terima kasih kerana sudi dtg ziarah...tak sangka masih ada org bc blog yg hampir2 terkubur ni...hehehe...sory ekk sbb x rajin update :)

Ain - bila kau pindah ke alamat blog baru...lama btul aku nie tidor sampai x sedar kau dah ada rumah baru. Patut le aku tengok kat betterhomesngarden mcm tak update2. Aku ingat kau pun cam aku jgk lembab update n3.Rupanya...kau lg terror...aghhh..kt x sekufu. Segannya...

Ahlia Azhar & Ahlia Nizam - InsyaAllah, kt sama2 doa. Mana tau ALlah temukan kt dijln Allah.

UmmuNurul said...

Salam,

Selamat ulang tahun. Semoga ditemukan dan disatukan di syurga Allah swt.

Saya kalau mendengar atau membaca kisah isteri2 Rasullullah terutama Khadijah Kubra pasti dan pasti akan menangis akan pengorbanannya yang tinggi dan tulus..kisah yang sayu, pilu dan mengesankan jiwa.

Jauh rasanya diri saya ini dengan apa yang saya dengar..cuba belajar korban untuk agama Allah swt..doakan untuk saya yang lemah ini...

Hanisumayyah said...

Salam kak....


Yerlah lama sungguh tak bertukar berita.

Kak....

Alhamdulillah saya dapat juga keluar 40 hari baru2 ni (tak pernah terbayang layak dan allah pilih utk keluar kak...), tangguh 30 disember lepas....

Saya ada blog lain yg private..akak bagilah email akak...nanti saya invite...