Saturday, February 13, 2010

Tetamu-tetamu

Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini, kami sering menerima tetamu, samada teman2, keluarga ataupun jemaah2 yg keluar di halaqah kami. MasyAllah, kadang2 mmg tak menang tangan. Penat tu sudah pasti tapi mmg puas hati kalau dpt terima tetamu dan dapat pula nusrah/layan sebaik mungkin. Dah Allah hantar tetamu2 ini, masa inilah, resipi2 yg dikumpul dr laman2 web menjadi tempat rujukan. Kalau kawan2 atau keluarga, selalunya, saya masak nasi dan lauk2 Malaysia saje. Tapi, kalau dapat pula nusrah tetamu2 luar spt pakistan, sri lankan, palestinian, australian, lebanese dsb, teruja jgk sbb nak cuba masakan2 depa. Bila lg nak belajar masakan2 baru, iye tak? Kalau bukan kerana tetamu2 yang dtg ini, mungkin sy mmg takde incentive utk masak lain dr yg lain.

Siapa sangka, bila buat usaha dakwah ini, tempat yg tercorok macam Sri Iskandar-Tronoh ini boleh jadi international hub. Jemaah dari seluruh dunia dtg silih berganti. Mungkin asbab penduduk2 di sini jgk dtg dr segenap pelusuk dunia. Ramai student2 university berasal dari Indonesia, India, Pakistan, Vietnam, Mesir, Sudan, Madagascar, Turkmenistan, Kazakhstan,South Africa dsb. Pendek kata, di mana saja ada pembabitan Petronas di seluruh dunia, maka akan adalah penduduk2 negara itu yg ditaja Petronas utk melanjutkan pelajaran di sini.

Alhamdulillah juga, asbab fikir risau atas agama, maka pelajar2 juga ada yang mengambil bahagian dalam usaha dakwah ini. Tertib(Peraturan) usaha dakwah buat pelajar2 ada sedikit perbezaan dari usaha jemaah local. Perbezaan ini adalah supaya pelajar2 dapat memberi fokus pada pelajaran dan pada masa yg sama dapat juga beri masa & korban utk agama. Sebenarnya, usaha dakwah adalah usaha kita semua. Samada kita bersedia atau tidak, terpulanglah kepada diri kita sendiri. Jika kita tidak bergerak untuk agama, maka mustahillah agama itu akan dtg dlm diri kita. Apa lagi dlm diri keluarga kita. Iman harus kita usahakan. Sebagaimana kita sibuk utk mengusahakan dunia, maka kita juga harus mengusahakan akhirat. Barulah kita adil. Bukankan kita mahu kejayaan dunia+akhirat.

Weekend ini, Allah telah beri banyak tugasan2. Adik & keluarganya akan datang ziarah dari Kedah malam ini. At the same time, halaqah kami jgk akan menerima 2 jemaah tetamu2 Allah. Mengikut keputusan mesyuarat, kami ditugaskan utk khidmat masak jemaah Maghribi/Morrocco. Hmmm...buat setakat ini, belum set lagi menu apa yg akan di masak. InsyaAllah, semoga Allah mudahkan.

9 comments:

Ahliahubbee said...

salam perkenalan

Kata maulana, "Di antara perkara memuliakan tetamu ialah, jika tidak menyusahkan kita, menjamunya dengan sesuatu yang ia paling sukai.Sangat penting kita menunaikan haq tetamu yg datang kerana Allah dan RasulNya dan tetamu yang ada hubungan kerja agama kerana Allah, maka haknya lebih besar."

Maulana juga ada mengatakan "Ziarah tanpa perbincangan agama, zikir dan fikir agama, maka ziarah itu tiada roh".

...Gembiralah kerana diri puan digunakan untuk agama..

Ahliahnizam said...

Salam .....

Al-hamd kak. Seronok dapat terima tetamu kan kak, lebih2 lagi tetamu yang buat usaha dakwah ni.

Semoga dengan susah payah akak dan keluarga terima jemaah, akan jadi asbab hidayah tersebar seluruh alam. Amin ....

^inas^ said...

assalamualaikum,

mcm mane tertib utk pelajar tu?

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

jika kita tidak bergerak untuk agama, maka mustahil agama itu akan datang pada kita..

Subhanallah..

na ingin sekali, rumah na kedatangan tamu-tamu yg Allah muliakan..

semoga Allah memudahkan ummu sarah.. amiin ya Allah

Tokwan said...

Dari Abu Said Al-Khudri r.hu meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian hendaklah memuliakan tetamunya. RaSULULLAH SAW MENGATAKAN SEBANYAK 3 KALI. Ada orang bertanya. Apa maksud memuliakan tetamu, Rasulullah saw bersabda. Melayani dia sebagai tetamu selama 3 hari. Jika tetamu memanjangkan masa tinggal lebih dari 3 hari, maka memberi makan minumnya adalah sedeqah(Ihsan daripada tuan rumah) dan tidak memberinya makan setelah 3 hari tidak patut dicela
(HR Ahmad)
Jadi syukurlah pada Allah kerana menjadikan kita sebagai orang yang suka memberi makan pada orang lain terutamanya tetamu Allah swt. Semuga Allah kurnia juga sifat ini kepada saya sekeluarga.

oumusayd said...

salamoealaykoum warahmatullahi wabarakatuh sis

is it possible to send you an email? djazzaki Allahu gayran.

Peluncur Islam said...

alhamdulillah...baguslah mcm tu akak...
semoga fikir risau ada pada setiap diri... baru boleh menangis memikirkan keadaan umat... insyaAllah akan tersebar hidayah...

asy_syakirin said...

assalamualaikum..

kak, ada award untuk akak...lau sudi,datanglah bertandang ke blog ana.

aliaazuan said...

Salam..minta rakan seusaha ziarah ke blog baru ana n komen. Jazakillah.. www.risalah-amal.blogspot.com