Saturday, August 14, 2010

Purdah...Setahun Kemudian

Kini, dah lebih setahun saya cuba istiqamahkan memakai purdah. Kadang2 mudah...seolah-olah 'second nature' tetapi ada juga waktu2 yg terasa 'janggalnya'. Semasa saya baru2 berjinak untuk memulakan purdah, Allah telah hantar seorang sahabat yg banyak memberi tunjuk ajar & meniupkan kata2 semangat. Setiap persoalan yg terlintas dlm hati tentang pemakaian purdah saya lontarkan kepadanya. Pada saya, dialah mentor. Dia telah memulakan perjalanan hijab ini lebih dr 10 thn yg lalu. Oleh itu, banyak perkara yg telah dilaluinya. Saya masih ingat, antara soalan2 sy kepadanya adalah... bagaimana caranya utk menjaga purdah semasa di kampung atau di rumah mertua... bagaimana caranya utk makan dengan berpurdah ketika menghadiri kenduri, di restoran, di walimah etc...bagaimana caranya utk tampil ramah&mesra ketika bersama teman/keluarga walaupun wajah kita sudah tidak kelihatan...dan macam2 lagilah soalan2 yg sy utarakan. Hehehe...kesian sahabat saya itu. Bertubi-tubi soalan2 yg datang. Bukan soalan2 yg mudah..semuanya soalan2 yg mencabar. Agaknya tentu pening kepala dia memikirkan jawapan2nya. Terima kasihlah wahai sahabatku...hanya ALlah juga yang bisa membalas segala jasa baikmu membantuku bertatih-tatih melalui liku-liku kehidupan berpurdah ini.

Bagi saya, pemakaian purdah ini sudah pasti akan membataskan aktiviti kehidupan sy. COntohnya, di saat2 musim panas ini, sy usahakan utk tidak keluar dr rumah diantara waktu 12 tgh - 5 ptg. Cuaca yg sgt panas menjadikan sy pening & muntah2. Dulu, walau tidak berpurdah pun sy tidak akan keluar di waktu2 panas terik ini, apatah lg sekarang apabila wajah sudah ditutup litup. MasyAllah, sy tidak faham bagaimana ada org yg mengatakan bahawa berpurdah itu adalah budaya timur tengah kerana mrk hidup di tempat yg panas & berdebu. Secara logiknya, jika cuaca persekitaran mrk adalah panas, sudah pasti mrk akan memakai pakaian2 yg minima spt apa yg dilakukan oleh org2 asli Afrika. Malahan, org2 Caucasian(bangsa eropah/america)pun berpakaian sgt minima bila berhadapan dgn cuaca panas. Pada sy, pakaian purdah tidaklah boleh dilihat dr segi logiknya. Purdah adalah pakaian ahli keluarga rasullullah saw. Beginilah cara isteri2 baginda saw, beginilah cara2 puteri2 baginda saw. Pasti dan pasti, samada kita faham atau tidak, samada kita terima atau tidak, ia adalah sunnah ahli keluarga rasullullah saw. Janganlah kita memandang rendah atau memperlekehkannya. Saya ambil petikan berkenaan sunnah dari sini

"Indeed in the Messenger of Allaah you have a excellent example (to follow) for him who hopes in (the meeting with) Allaah and the Last Day and remembers Allaah much." (Sura #33 ayah #21)

Note: Allah (swt) has made Rasulullah (SAW) as our example not any sports figue or president of any country, so then why do we spend out time trying to emitate the kufar instead of folowing the best example, the sunnah of Rasulullah (SAW)! The sunnah of Rasulullah (SAW). We are ordered in the Quran to obey the sunnah in our life 24 hours a day not just in what we feel like. Islam is a full way of life and it is only complete when you brng the sunnah in your life.

"Let those who oppose the Messenger’s order beware of a fitnah (trial) to befall them, or a painful torment to be inflicted upon them." (Sura # 24 ayah #63)

Note: SubhanAllah here Allah (swt) has warned us of a painful torment that will be inflicted upon those who oppose the sunnah! So let those who talk against the Sunnah beware and the promise of Allah (swt) is true!


Alhamdulillah, kini setelah lebih setahun berlalu, saya lebih berkeyakinan dengan pakaian ini. Walaupun pd awalnya sy terasa sgt berat utk memulakan, namun ALlah mudahkan. Ini tidak bermakna, purdah sudah menjadi mudah utk saya. Everyday is a struggle. Jihad yang paling afdhal adalah jihad nafsu. Maklumlah, iman saya ini bukan hanya setakat turun dan naik tapi memang adakalanya keluar dan masuk. Di pagi2 hari beriman dan terkadang, di senja hari sudah berdosa dan mengkufuri nikmat-nikmat Allah. Masih bnyk kekurangan dan cacat cela dlm pemakaian purdah dlm diri ini. InsyAllah sy azam utk perbaiki. Moga ALlah terima usaha sy yg sedikit ini dan Allah beri saya taufik dan hidayah untuk istikamah dlm mengamalkannya. Doakanlah untuk diri saya yg kerdil ini.

17 comments:

Kalbu Muslimah said...

saya doakan enti sentiasa dirahmati Allah dan berkeyakinan dalam setiap kali menempuhi cabaran hidup..

z@i said...

salam..
pagi tadi kali kedua saya pakai purdah. tp dlm kete jer. on d way g kje.. insyaallah azam mse kt jalan pon pkai purdah gk. mohon doa.. dan moga kita sumer istiqomah =)

misbah said...

mak saya selalu cerita zaman dia start pakai purdah dari zaman 1980an (time student) sampai la sekarang dia da 26 tahun mengajar kat sekola..memang banyak ujian dan dugaan..

QuLMinD said...

salam mujahadah,

ujian2 yg kita sudah or bakal kita lalui itu akan menjadi medium utk mengajar kita lebih matang dan yakin utk kita berdiri tampil dgn pakaian sunnah ini...

Moga allah beri kekuatan pd sy juga utk istiqamah dlm usaha ni.

=)

syukri said...

assalamualaikum....
Allah akan gandakan pahala mengikut tahap 'kemujahadahan' yg kita tempuhi....insyallah...

selamat berpuasa...

Mrs Lenz said...

assalamualaikum..

alhamdulillah..sy juga berdoa agar Allah berikan kekuatan untuk sy..sy baru hendak berjinak2 dengan purdah..dan telah beberapa kali mengenakan nya smasa kluar ...berazam untuk jaga iman dan amal dan jaga niat..

Ainaa'ul Mardhiyah said...

assalamualaikum kak..saya juga ada tergerak hati utk memakai purdah..bermcm2 persoalan bermain di minda saya..mcm akak juga..mcm mna nak mkn d restoran..mcm mna nak istiqamah...mcm mna nak bergaul dgn shbt2...tmbhn pula sy bakal guru...sy inginkan kekuatan..alhamdulillah saya terjumpa blog akak...bleh akak kongsi pengalaman akak dgn saya?? dan memberi tunjuk ajar...

Fakeh said...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Anonymous said...

assalamualaikum...

salam ukhuwah..alhamdulillah sronok sya baca entri saudari ini...mmg byk dugaan saya berpurdah ni swaktu dmsia dulu
....tapi pgalaman saya duk di saudi ktika ini..alhamdulillah suasana berpurdah dapat dnikmati..wanita saudi mmg mereka kluar waktu petang atau malam ...jarang bnar mreka kluar waktu pagi atau tghari..yang dlihat hanye kaum lelaki shingga mmbeli brg keperluan dapur pihak lelaki yang mgambil tugas...bgitulah mereka mnjaga aurat kaum wanita mereka..wanita atau isteri2 mereka jarang bnar kluar rumah..lain sungguh keadaan wanita kite d msia..sungguh tenang tinggal dsini kerana aurat wanita mmg sgt terpelihara..dan sungguh bangga cara pemakaian mereka..abaya(jubah) hitam tanpa corak mnutupi sluruh tubuh...pabila duduk antara mereka tidak langsung ternampak hiasan cantik d baju/ abaya mereka walaupun dari golongan org arab yang kaya raya..

smoga saudari dan sahabat2 dberi kekuatan utk istiqamah memakai purdah, insyaAllah...wassalam...

Ishak Zaini said...

Aslmkm Wbt.

Saya tumpang menjemput disini ye kak.

Dengan penuh rasa kesyukuran kami mengundang tuan/puan/cik sekeluarga untuk ke Majlis Walimah kami, Ishak & Umu 18 & 26 Dis 2010. Bertempat di Gemas N9 dan Lachang Pahang. Mohon doakan kami juga. Jemput datang ye. Jazakumullah.

Anonymous said...

salam
saya dr indonesia , saya dh baca blog ni alhamdulillah saya sangat tertarik dngan purdah,, tp hati saya masih ragu2 ntuk memakai nya karena lingkungan tempat saya smua gk ada yg makai purda ,,, mohon doa kan saya agar di beri kekuatan sama allah dlm memkai pusdah ;))

ukhti,mardhiah said...

salam semua sekali,
ohho...purdah..ye,mard terfikir tentang pemakaiannya,tapi mard selalu mengelak dari berbicara mengenainya,tapi,xpula mard memusuhi y memakainya,malah mard senang dan membela si pemakainya
krana mard tahu darjat org y memakainya dan mujahadah y dilaluinya untuk memakainya
kagum mard.doakan mard ye kakak.

Matahari said...

salam..
entry ukhti penulis sgt mnrik prhatian sy..
sy cmburu krn ukhti tlh pun memulakan memakai purdah..
sy teringin sgt2..
tp universiti tak mmbnrkn studentnya mmki purdah..=(

As said...

barakallah

moga Allah thabatkan hati.

Asiah Inamullah said...

Assalamua'laikum...
Salam kenal dari Indonesia

Asiah Inamullah said...

Assalamua'laikum...
Salam kenal dari Indonesia

Qurratul 'Ain said...

Aslm'alikum.ukhti..ana ain. Mcm mna ana nk brhbung dgn enti? Byk perkara yg ingin ana tanya..