Monday, May 7, 2007

Lambaian Kabah


Kelmarin, saya mendapat peluang keemasan utk pergi ke Saudi Arabia atas tugasan pejabat. Wah ! Apa lagi, memandangkan masa yg diberikan adalah singkat, saya dan suami pun bergegas ke pejabat kedutaan Arab Saudi di KL utk menyiapkan visa perjalanan. Dalam hati, terfikir2 bagaimana saya akan mengambil sepenuh kesempatan yg diberi utk mengerjakan umrah apabila selesai sahaja tugasan rasmi. Saya dan suami telah bersama2 bertekad utk mengeluarkan sedikit sebanyak wang tabungan yg ada utk menampung perbelanjaan tiket dari Damman ke Jeddah dan dari Jeddah ke Makkah. Ibu saya yg baru saja pulang dari Umrah, telah menambahkan lagi semangat kami yg telah sedia berkobar2 utk pergi menziarahi Kaabah. SubhanAllah, kami teringin sekali utk pergi melihat dan menyusuri jalan2 yg tlh dilalui oleh rasullullah serta sahabat2 yg tercinta. Apa lagi bila dpt menziarahi bukit Safar dan Marwah dan melihat sendiri bagaimana pengorbanan seorg wanita unggul yg redha ditinggalkan suaminya kerana perintah Allah.

Namun, apabila sampai sahaja kepejabat kedutaan Arab Saudi, kami difahamkan bahawa hanya satu visa perjalanan rasmi yg dapat dikeluarkan. Ini bermakna, hanya pihak yg ada urusan sahaja yg berpeluang utk pergi ke Arab Saudi. Oleh kerana saya adalah wanita, maka saya perlukan mahram. Namun suami saya tidak dibenarkan pergi kerana pihak kerjaan Arab Saudi tidak menyediakan visa pelawat. APakah maksudnya ??? Sudah tentulah saya tidak akan mendapat keizinana utk masuk ke Saudi tanpa mahram!

Di zaman ini, di mana setiap negara berlumba2 mencari/merebut pelawat dan pelancong, Arab Saudi tidak berkeinginan langsung kpd mana2 pelawat. Alangkah sedihnya. Bukankah kami juga saudara seIslam yg rindu utk mengunjungi Makkah dan Madinah ? Bukankah Islam memuliakan tetamu ? Atas urusan kerja dan sekolah, kami telah pergi merantau ke merata pelusuk dunia, tak pernah kami mendapat layanan spt apa yg kami lalui di Keduataan Arab Saudi. Kami di alu-alukan oleh negara2 Kufar (USA, UK, Australia, Eastern Europe dll) namun utk pergi ke satu2nya negara Islam yg kami idam2kan, kami telah di hampakan.

Sepatutnya saya harus berperasangka baik kpd Arab Saudi. Mungkin mrk tidak terkawal jumlah pengunjung yg sedia ada yg ingin dtg Umrah dan Haji. Oleh itu mrk tidak perlu kpd pengunjung2 lain. Mungkin juga mrk sdg berusaha utk mengurangkan bilangan pelawat kenegara mrk supaya pelawat2 ini tidak memberi kesan luaran yg negatif kpd penduduk tempatan. Mungkin juga mrk ingin menlindungi iman dan budaya Islam di negara mrk dari kami yg ingin dtg dari negara asing.

Walau apapun alasannya...kami terlalu kecewa. Bukan kecewa kerana tidak dpt melakukan tugasan kerja tapi kecewa kerana tidak berpeluang menziarahi bumi Hijaz...tempat lahirnya rasul Allah...Ya ALlah, berilah kami peluang utk dtg bertandang kerumah Mu. Ya ALlah, terimalah kami ke rumah Mu.

3 comments:

Abu S.H said...

InshaAllah..ada rezeki, Allah jemput.....sampailah...

Ada hikmah yang kita sendiri tak paham..kan?

daisy said...

salam...huda
bersabar la..mukin blum masa both of u jejakkan kaki kesana..Niat u yg ikhlas aje sudah d beri pahala..terus la berdoa dan berusaha...inshya Allah i pun akan doakan both of u..kirim salam pd all ur kids,mak n saiful...Dan

UmmuSarah said...

Daisy..*Hugs*

Welcome to my blog...hehehe
How r u ? How r your girls ? How's the rest of the gang ? School holidays r around the corner, what's your plan ? Emak is in JB. She wants to be there for a while b4 coming to see us. Kami kat sini macam dulu jugak...nanti kalau dah musim buah, kita plan balik kampung sama2 ok.