Tuesday, October 9, 2007

Selamat Hari Raya !


Hari ini dah masuk 27 Ramadhan. Tak lama lagi kita dah nak sambut Hari Raya. Kat ofis nie, ada yang dah bermula cuti balik kampung. Esok, lagilah ramai yang dah bercuti. Tinggallah kami aje kat sini...huah...huah...huah. Sedihnya, tak pernah lagi raya kat sini. Selalunya, kalau suami takde pun, mesti kita orang balik kampung JB. Tahun nie, tak balik pun.

Pagi2 tadi suami hantar mesej. Dia kata jemaahnya telah dibentuk. Mereka di putuskan pergi ke Bunir. Hmm, kat mana tu ek ? Dia bagitau kat situ ramai orang Pakistan yang datang ke Malaysia untuk berniaga karpet. Ramai juga yg telah berkahwin dengan orang M'sia dan bawak balik isteri2 mereka ke sana. Kat Bunir tu kawasan pergunungan, cuacanya sejuk sangat. Kalau bercakap boleh keluar asap. Wah...seronok jugak ek. Walau ke mana pun suami pergi, semoga Allah beri dia tarbiyah yg terbaik dan dapat dia bentuk iman & amal yg kuat. Alhamdullillah, dapatlah dia beraya di jalan Allah.

Nampaknya, kami kat M'sia nie raya sangat sederhana saje tahun nie. Raya ke-3 dah masuk balik kerja. Tak bestnya. Orang ramai semua masih cuti. Nampaknya, kita ajelah tercongok kat ofis nie sorang2. Takpelah, kuatkan semangat. Simpan cuti tu elok2. Nanti bila suami balik, bolehlah ambil cuti panjang2....Yeah, Insya Allah dapat balik JB/S'pore.

Ramai orang kata, bila suami balik 4 bulan, terasa macam pengantin baru...Iya ke? Entahlah, tunggu sampai dia balik nanti. Bila dah ada pengalaman, bolehlah cerita. Ish, lama jugak nak tunggu habis 4 bulan nie. Mana ada orang yg tak rindu suami. Alhamdulillah, skrg ada hp. Dapatlah kami hantar/terima berita melalui sms. Terubat jugak rindu di hati.

Ada suara2 yg komen...Tak patut betui laki engko tu tinggalkan anak-bini time hari raya. Kesian kat isteri & anak2. Yang bercakap tu pulak dah berumur, jadik tak bolehlah kita nak jawab balik. Nanti, kecik hati pulak orang tua itu. Tapi dalam hati, memang rasa nak jawab aje. Makcik, suami saya pergi itu untuk tujuan yang baik. Insya Allah, kalau kami redha, ALlah pun akan bantu kami jadik baik. Makcik ingat senang ke nak jadi baik. Kalau tak usaha, mana nak dapat ? Yang orang ramai pi hantar anak pi study overseas tu, boleh pulak. Ramai jugak yg pi study oversea tu tak bawak anak bini. Depa pun tak balik jugak time hari raya. In fact, ramai kawan2 saya yang pi kerja kat Dubai/UAE/pelantar minyak. Mereka tu pun tak jugak balik kalau hari raya. Takde pulak org sibuk2 mengata. Itulah manusia, kalau korban untuk dunia di bangga2kan. Kalau korban untuk iman dan amal dan akhirat, di caci2. Sabar ajelah.

2 comments:

Ummu_Khair said...

Assalamualaikum wbt

Semoga ummu sarah diberi kekuatan oleh Allah untuk menghadapi cabaran2 di dunia, dan menikmati ganjarannya di akhirat kelak, amin.

Saya pernah ke Bunir 3 tahun lepas semasa keluar masturat. In fact my late father pun datang dari sana. Orang2 sana kuat ikram dan ramai yang boleh berbahasa Melayu. Cuaca memang sangat sejuk, kena lalu bukit2 untuk sampai ke tempat tu. Pemandangan sangat cantik, rasa macam kat european continents pun ada..hehe.. 'terpintas' karkuzari suami anta bila dia balik nanti pula.. mahap.. :)

Saya ada reply email akak, but so far had gotten no reply. Mungkin Ummu Sarah sibuk.

InsyaAllah 4 months will pass over us quickly. Memang penat especially dengan kita keluar mencari keperluan di luar dan juga balik nak manage family dan rumah. Tiada kekuatan melainkan dengan izinNya. Semoga Allah beri akak kekuatan dan ketabahn, dan ganjaran yang besar atas korban ini.

Semoga Aidilfitri ini kita sambut dengan kesyukuran kerana Allah beri anugerah Iman dan Islam dalam diri kita. Anugerah yang besar dalam keadaan suasana akhir zaman dimana hak dilihat sebagai batil (vice versa).

Wassalam

UmmuSarah said...

Masya Allah, saya mmg tercari-cari Bunir tu kat dlm map. Tapi tak jumpa. Mungkin sbb tempat itu kaw yg kecil. Alhamdulillah, ALlah pertemukan saya dgn org yg telah pergi sdr ke Bunir. Hebatnya Allah.

Takpe, cerita banyak2. Saya mmg nak dengar karkuzari2. Di saat suami takde nie, saya rindu utk dgr kisah2 jemaah. Harap2 dgn karkuzari & dakwah dr kawan2 dpt beri saya jazbah utk tingkatkan amal & fikir. Ceritalah lagi.

Ummu_khair ada hantar email pd saya? Takde pulak saya terjumpa. Boleh tolong hantar semula pada acct saya di ahliajannah@yahoo.com atau YM saya kat ahliajannah.

Alhamdulillah, terima kasih kerana menziarahi blog saya ;)