Thursday, October 18, 2007

Visitors

3 Dara Pingitan ?

Hari Raya ke 4, mak cik + mak itam dari Johor dtg visit. Ha, first time jumpa anak2 mak itam since depa dah besar2 panjang. The last time kita jumpa, dia org masih bersekolah rendah. Wah...stylo jugak !


Emak + Mak Itam.

Emak nampak sangat dah uzur kan ? Tapi semangat dia kuat. Kalau tak kasik dia buat kerja rumah, dia dah merajuk. Dia komplen kat Sarah...Emak kamu tu sayang sangat kat Bibik. Asyik suruh Bibik aje buat semua kerja, mak kamu ingat nenek dah tak boleh buat ke? Allah...dah merajuk pulak orang tua itu. Sebab kita sayang kat dialah kita tak kasik dia buat kerja tapi dia beranggapan sebaliknya pulak. Ishhh. Macam tulah cerita mak kat sini. Sekarang nie, dia dah sibuk nak balik rumah. Dia kata tak perlu dah dia duk sini lama lagi sebab Bibik kan dah ada.


Sebenarnya, tak sempat nak amik gambar banyak2 sbb terlupa ! Time depa dah sibuk nak balik baru nak terkial-kial cari kamera. Ha, padan muka. Jadi, takdelah dpt snap banyak pix. Sori ekk. Yang banyak2 gambar ada kat dlm kamera tu semua Sarah & Nadia yg amik. Dia org bolehlah di harap jugak. Kalau nak tunggu mak dia yg buat...alamat, berhabuklah kamera tu kat dlm almari.

Here is another pix from Sarah. Dia org sakan amik gambar kat depan rumah. Susah jugak nak upload gambar kat blogspot nie ek... Rasa cam nak give-up aje. Connection asyik putus-putus dan gambar tu x dpt upload. Setakat nie ajelah yg termampu. Kalau sesape nak tengok gambar, lain kali ajelah ok :) Sorry !

No comments: