Thursday, July 3, 2008

Novels

Alhamdulillah, beberapa hari yg lepas, kami berkesempatan ke kedai buku. Apa lagi, aku pun cepat2 lah mencari novel terbaru Habiburrahman. Seronok pulak membaca novelnya. Mungkin kerana banyak kata2 semangat yg diselitkan di dalam novel2 nya. Di kedai buku itu, hanya ada novel "Ketika Cinta Bertasbih". Novel2 Habiburrahman yg lain tidak kelihatan. Mungkin telah habis dijual atau memang tidak di stok langsung. Oleh itu, tanpa banyak pilihan aku pun membeli novel "Ketika Cinta Bertasbih" Episod 1 and 2. InsyaAllah, kalau ceritanya juga bagus, akan aku coretkan di sini. Unutk teman2 yg ingin membaca Ayat-Ayat Cinta tapi belum dpt memilikinya, bolehlah cuba dapatkan e-book di sini -- Ayat-ayat cinta.

Kalau ada kesempatan dan peluang lain, bolehlah beli buku Habiburrahman yg asli. Dapat lah kita tolong support penulis2 Islam. Lagipun, kita boleh gunakan resit2 pembelian buku untuk dapatkan pengecualian cukai pendapatan. Betul tak? Untuk tahun lepas, sebanyak RM1,000 rebet diberikan utk pembelian buku2.

3 comments:

Suzi said...

Salam...
Rajin akak baca novel. Saya dah lama tak baca. Masa anak dara dulu suka ah baca novel.. hehehe...

UmmuSarah said...

Alhamdulillah, ada le kelapangan masa sikit semenjak budak2 dah besar. Kalau ada anak2 kecik mmg tak menang tangan. Iye tak Suzi ?

Takdelah rajin sgt membaca. Kadang2 tu, nak habiskan satu buku pun mmg lama sungguh.

ain said...

dah baca gak buku2 novelis ni.berbeza dr novelis2 yg lain.