Thursday, August 14, 2008

Takziah buat Saahabatku

Kami dikejutkan dengan berita kematian Abg Khalil dua hari yang lepas. Innalillahi wa innailiahirajiun. Bagaimanakah keadaan isterinya, Rita & anak2nya, Aisyah, Amir & Omar?

SubhanAllah. Hanya Allah yg maha mengetahui mengapa setiap perkara itu berlaku. Walau pahit dan getir, namun pastinya, ada hikmah di sebalik qadak dan qadarNya. Saat ini, bagaimanakah keadaan keluarga yang ditinggalkan Allayarham? Isterinya yg tercinta, yang sentiasa tabah berkhidmat dan berkorban dengan setia. Anak2 yang masih kecil, yang belum puas mengecap kasih sayang sang ayah. Adakah anak2 kecil itu sudah faham erti perpisahan ini? Berat mata memandang...berat lagi bahu-bahu yang memikulnya.

Kami di sini hanya mampu memanjatkan doa buat Abg Khalil. " Ya ALlah, cucurilah rahmatMu keatas ruhNya, angkatkanlah siksaan kubur darinya, lapangkanlah kuburnya dan berilah dia tempat istirehat yang tenang & nyaman sehingga kami semua dibangkitkan dan dikumpulkan semula di Padang Mahsyar. Semoga ruhnya di tempatkan bersama-sama hamba-hambaMu yang soleh. Amin...ya rabbal alamin. "

Sahabatku, Rita...sabarlah. Tempuhilah ujian dari ALlah ini dengan tabah. Mana mampu kami mengubati duka lara di hatimu. Kami makhluk yg hina...tiada kuasa atas apa-apa. Hatta utk mengerdipkan kelopak mata pun adalah dari ehsan Allah. Mengadulah kepada Allah. Mintalah dari Allah. Kesabaran...Ketabahan...Kekuatan...untuk melalui hari-hari yang mendatang. Sesungguhnya ALlah datangkan kesedihan ini agar kita kembali kepadaNya. Agar kita melutut, meratap, merayu kepadaNya... bersabarlah sahabatku...

Al-Baqarah- Ayat 155 & 156

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar: (Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

7 comments:

ain said...

Innalillah....takziah buat rita. rasanye baru 2 3 hr lps bc blog dia ttg hubby dia x sihat. aku doakan Allah memberikan dia kekuatan utk meneruskan kehidupan disamping anak2 tersayang. semoga dia terus tabah,sabar dan redha di atas ujian tuhan ini.

Suzi said...

salam...
Innalillah...takziah juga buat rita. Tak dpt dibygkan kalau berada ditempatnya. semoga rita dan keluarga tabah dan redha dengan ketentuan Allah.semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Kamaruzaman Ibrahim said...

Salam Huda...
Aku blum ada kekuatan lg la nak call Rita. Sbtulnya sblm tu aku msg kat dia, camner nak hilangkan "sebak" kat hati. Then, esoknya dia reply inform ttg "sebak" dia.

Ya Allah!! "Sebak" aku tu terlalu kecil sgt dibandingkan dgn "sebak" dia. Moga Rita diberikan kekuatan, kesihatan dan keberkatan dlm menempuhi hari-hari seterusnya. Amin...

Sofinee Harun said...

assalamualaikum,

alhamdulillah at last jumpa jugak blog isteri karkun. Dapatlah kongsi satu fikir, Insya Allah.

Bila nak keluar masturat ke UK?

Anonymous said...

salam huda...
aku nih fiza...alhamdulliah dapat juga jenguk rita...dia memang seorang yang tabah...

sesungguhnya allah hanya menguji org yang Dia rasakan mampu untuk menghadapinya...

yu said...

Innalillah..semoga Allah merahmati tuan dan keluarga...dia sudah kembali..kita entah kapan..

UmmuSarah said...

Terima kasih kerana meninggalkan pesanan...

Begitulah kehidupan. Ajal dan maut itu di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang namun ALlah jua yg menentukan. Kelmarin, saya sendiri telah bertanya pd suami, "Abang, kalau abang mati dulu, bagaimana dengan kami ya?" Entahlah, kalau difikir-fikirkan, mmg seribu satu persediaan yg ingin kita persiapkan. Tapi, hakikatnya, Allah jua yg memelihara, pemberi rezki dan penyelesai segala masalah. Utk ketenangan hidup dunia apalagi di akhirat, kenalah kita jaga hubungan dgn ALlah. Kerana, cukuplah Allah sbg pembantu, maka pasti akan terhurai setiap kebuntuan dlm diri. Utk dpt hubungan dgn Allah...itulah perjuangan yg hakiki.