Tuesday, September 30, 2008

Eid Mubarak

Alhamdulillah, tak lama lagi akan tertutuplah tirai ramadhan buat kami di Malaysia. Sekarang, jam dah pun menunjukkan pukul 6.15 ptg. Insya Allah, sejam lagi berbukalah kami sekeluarga dan bermulalah umat2 islam bertakbir memuji illahi atas nikmat aidilfitri yg menjelang tiba. Aidilfitri sebagai lambang kemenangan mengekang hawa nafsu. Selama sebulan menahan lapar, dahaga dan perasaan.

SubhanAllah, begitu berbeza ramadhan yg aku lalui sbg suri rumah berbanding dgn pekerja. Selam ini, sentiasa ada saje yg berkhidmat melaksanakan tanggungjawab rumahtangga. Kini, segala-galanya harus aku lakukan sendiri. Whewww! Penatttnyaaaa....hehehe. Setiap kali mulut mula nak merungut, cepat2 aku beristighfar. MasyAllah, sememangnya, inilah tanggungjawab aku yg hakiki. Yg selama ini telah aku abaikan, telah aku sub-con kan kpd org2 lain.

Alhamdulillah, walau tak setinggi mana amalan ibadat ku pd bulan ramadhan ini, namun aku merasa puas kerana yg pastinya, aku tlh melakukan sebanyak mungkin khidmat. Khidmat suami, khidmat anak, khidmat jemaah, khidmat menantu dan berbagai jenis2 khidmat lagi. Semoga Allah menerima amalan2 ini. Maha suci Allah yg telah meluaskan peluang2 kita utk meraih pahala. Ganjaran ALlah bukan hanya utk solat, puasa dan zakat. Malah, senyuman yg dilemparkan kpd suami & anak2 juga merupakan pahala. Memberi minum pada keluarga juga adalah pahala. Menyisir rambut atau mengusap dahi atau mengucup anak2 juga adalah pahala. Apa lagi di dlm bulan ramadhan ini di mana setiap ganjaran pahla itu diganda2kan. Setiap amalan, yg dilakukan dgn ikhlas utk mendapat keredhaan Allah, pasti tidak akan di persia2kan. Hebatnya ALlah, mengasihi kita, membuka pintu rahmat utk kita menempah tempat di sisNya.

Aidilfitri tahun ini, kami rayakan bersama keluarga suami. Beraya di bandar Shah Alam. Jauh berbeza dgn tempat tinggal kami di kampung. Walau berbeza suasana, kami tetap bersyukur kerana kami dihimpunkan utk bersama2 keluarga utk meraikan hari yg berbahgia ini. Kebaikan yg kami perolehi didlm bulan ramadhan ini, biarlah berkekalan. Agar dapat kami perbaiki mutu amalan2 kami, dapat kami terus mentarbiah diri dan mengekang hawa nafsu. Semoga ALlah panjangkan umur2 kami utk menerima ramadhn yg akan dtg. Amin...ya rabbanal alamin

SELAMAT HARA RAYA UTK SEMUA...AMPUN DAN MAAF KAMI PINTA.
SEMOGA BERKEKALAN TALI PERSAHABATAN KITA WALAU DI MANA JUA KITA BERADA.

3 comments:

ain said...

Salam huda..

Aku pulak mcm biasa mlm raya dah ada kat umah mak, ptg 1st raya baru belah suami, umah abg dia yg tua. parents in law dah x de..so x de le nak pening2 turn sape. yg peningnye 2nd hr raya umah aku tpt they all dinner.aku masak mee siam kuah je, pas tu piza...senang.Bila raya ni yg penatnye kena follow abg ipo ramai2 gi raya umah sedara mara dr pg sampai le ke mlm buta. Adusss...lepak!!!!kdg2 sampai umah kol 1 pg.pas tu sambung lg esoknye. Kdg2 we all buat alasan mls nak ikut...hehehe...

bila balik jb..???nak sgt jumpa the new huda.

Suzi said...

salam kak nurul...senyap je...masih beraya ke?

Anonymous said...

salam huda...
selamat hari raya

lama ke beraya di shah alam?...singgahlah ke umah...kat bukit jelutong, dekat jer dgn umah mak ayah hang...