Friday, September 19, 2008
My Boys
These are my two boys, Muhammad & Ibrahim. Hari nie, Muhammad ponteng sekolah. Mainly because, as he was preparing to go off to school, I saw that his test marks were really low. So, I pun reconsider sending him off to school. Granted, kami duk kat kampung. So, sekolah dia pun mmg culture kampung. Teachers seldom come to class. Even if they do, they let the kids have free activities. Jadi, budak tu lebih banyak tak belajar dari belajar. kalau dah macam tu, in my opinion, buat penat aje dia pergi sekolah. Iya tak? Kalau guru2 tak serius implement jadual belajar, sekolah jadi tak efisien. Lebih baik dia duduk di rumah dan belajar dengan emaknya.
APa lagi dlm bulan ramadhan nie, tidur pun mmg tak cukup.Dah le dia bangun sahur kul 5 am. Lepas makan sahur dan solat subuh, dia tidur balik. Tiap2 hari nak kejut dia bangun sahur dan ke sekolah mmg liat sesangat. Balik sekolah pulak, kul 2 pm. By the time balik sekolah, dia dah merayu-rayu nak bukak posa. Ehmm, jenuh le kena pujuk2 dia supaya tahan. Bila dah mcm nie, tak sampai hati pulak kita nak bising2 kat dia suruh buat kerja sekolah. Alhamdulillah, setakat nie, belum lagi dia tertinggal puasa. Adik dia pun dapat puasa 8 hari penuh. Hari2 lain cuma dapat puasa separuh2 hari je.
Inilah cabaran dunia baru saya. Macam mana nak didik anak2 bujang dua orang nie. Boys are so playful. They get easily bored. Apa caranya nak tarik perhatian dia? Kalau saya suruh dia mengaji, dia akan kata, "Ok, adik ngaji, tapi 1 page aje tau!" Ada ke patut dia cakap cam tu. Abang dia pun 2x5. Kalau kita suruh ulang 2 @ 3 kali aje, muka dia dah masam mencuka. Entahlah, susah nak kawal budak2 lelaki nie. Kalau emak dia yg bercakap, dia buat don't know aje. Tapi kalau ayah dia yang bersuara, wah...bukan main lagi di beri perhatian. Bagus jugak tu...tapi, ayah dia tak selalu ada kat rumah.I am at my wits' ends.
Suami pesan, yang mendidik dan mentarbiah anak2 itu adalah Allah...kita cuma melaksanakan amanah dengan melakukan ikhtiar. Bukankah anak2 kita itu adalah milik Allah, maka Dialah yang berkuasa merubah hati2 mereka. Concept tu mmg boleh diterima, tapi nak implementasi tu yg susah. Nak kena belajar yakin...Allah maha kuasa, makhluk tiada kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
salam..
dah besar dah ibrahim...baya ismail kan? ismail blm puasa lagi. iman pun mcm muhammad balik sekolah selalu merengek nak buka puasa...padahal dah besar. kesian juga coz takde suasana kat sekolah...dahlah time sahur puas pujuk taknak mkn nasi...kuih @roti je..last2 saya buatkan lempeng utk dia hihihihi...
risau juga fikir pasal sek iman kat m'sia nanti..dia dahlah mcm tu...
doa byk2...moga Allah permudahkan urusan..
salam da...
rasanye mendidik anak lelaki ni lbh mencabar dr yg perempuan. Kena banyak bersabar. Boy aku yg sorang tu pun buat kepala aku pening 24 jam lg2 bab belajar. Totally different dr yg perempuan. Nasib baik la sorang. Aku kena selalu guna reverse psychology utk tackle dia tp selalunye aku jd tarzan je..hehe...
Asalamualaikum,
Memanglah besar cabarannya mendidik anak ni. Kalau kitalak Amir tu dah nampak ciri-ciri ketua keluarga walaupun nampak dia masih tak yakin dengan diri sendiri, tapi alhamdulillah, kalau kita uzur dia dah berani jadi imam utk kakak dia. agaknya dia tau dia lelaki yang paling besar kekadang tu kesian jugak.
Omar lain pulak citenya anak bujang paling kecik hmmm susah sikit. pose pukul satu time buka dia, tak boleh kurang. suruh mengaji tak mau.dulu liat kalau ajak solat tapi alhamdulillah skang dah nak.
Aisyah anak dara kita yang sorang nilak pun satu hal jugak. agak mementingkan diri orangnya. Dah mencecah umur remaja agaknya.
Memang kita nie cuma mampu berdoa je dan cuba yang terbaik. allah maha mengetahui segala yang terbaik untuk kita.
Macam2 kerenah anak2 ye. Semoga kita semua mendapat taufik & hidayah dr Allah utk menangani mrk dgn cara yg terbaik.
Suzi, kat M'sia nie, education utk kanak2 tu stressful.Seronok lg di Australia kerna budak2 dididik dgn cara yg lebih flexible. Kids learn on their own pace. Kat M'sia, regimented. Sabar jelah...Kalau susah2 sgt, jom kita buat home-schooling nak?
Ain, Btul le, boys mmg beza ngan girls.ALhamdulillah, first time dpt anak pompuan dulu, klau tak, pasti aku lebih kelam kabut.
Rita, Alhamdulillah, anak2 awak beruntung dpt ibu yg tabah spt awak. Pasti mrk kini lebih menghargai kehadiran awak setelah mrk melalui pengalaman kehilangan bapa yg tercinta.
salam kak nurul nanti dtg ambil kad raya :)
Post a Comment