Thursday, October 16, 2008

Bengang

Memang lama betul saya menyepikan diri dari arena blogosphere nie. Bukannya sebab masih sibuk beraya. Malahan, kami beraya sangat sederhana tahun nie. Maklumlah, cuma beraya di Shah Alam. Itupun cuma setakat raya ke-3. Raya ke-4, kami dah balik ke Perak.

Hajat di hati memang nak jenguk2 jugak cerita2 raya member2 kat i-net nie. Tapi, bila dapat berita dari suami ttg hal *** nie...langsung mood hilang. Okay, ceritanya begini. Time malam raya tu, sibuk le masing2 menghantar sms mengucapkan selamat hari raya pd teman2 & sanak-saudara. Esoknya, bila phone line sy kena barred, saya pun tak berapa kisah sbb saya sangkakan credit saya dah habis digunakan hingga ke maksimum sbb hantar sms bagai nak rak. So, saya takdelah amik pot bila takde phone nak call keluar sbb hubby punya line masih elok. Masih boleh buat panggilan.

Bila dah balik Perak, saya pun mintaklah suami tolong bayarkan bil telephone saya. Amatlah tak tersangkanya saya bila pihak C**com memberitahu kami bahawa bil h/p saya dah menjangkau RM900++. MasyaAllah, apa yg saya buat sampai bil h/p boleh mencecah dekat RM1,000? Logik ke? Mula2 mmg sy ingat ada org curik line hp. Tapi, bila suami tanya penjelasan lebih, pihak C**com bagitau bahawa bil saya melambung naik kerana mobile internet usage. Hmmm???? Excuse me...Mana le ada saya guna internet sehebat itu...Lagipun time org sibuk2 beraya, takkan le saya nak masuk i-net. Kalau iyapun, mustahil le internet charges C**com melampau sehingga ke jumlah itu. RM10 per minit ke??? Biar betul?

Suami saya dah pun tulis surat pengaduan & komplen kpd pihak C**com, tapi hingga ke hari nie, masih belum ada respons dari mereka. Gugur jantung saya bila saya fikirkan perkara ini. Setakat nie, saya guna i-net hanya utk mengisi masa yg terluang. Langsung tak pernah pergi ke laman web yg berbayar. Macam mana pulak bil sy boleh jadi setinggi itu. Mmg tak masuk akal. Tak terbayang kesusahan hati bila mengenangkan keadaan ini.

Saya mmg bengang betul kat C**com. Saya tak peduli, saya takkan bayar bile melampau tu. Ada ke patut? Selama nie, bil saya tak pernah mencecah RM10 pun sebab saya guna supplementary line. Suami saya amik postpaid plan terendah. Tak munasabah bil hp dari RM10 naik ke RM900++. Kejammmmm. Takpelah, biar saya kena blacklist dgn C**com. Apa sy peduli. Saya dianiaya...Agaknya boleh tak sy entitle utk dapat doa yg makbul org2 yg dizalimi? Tapi sy tak sampai hati nak doakan keburukan utk C**com. Maklumlah, mrk pun syarikat milik org Islam. Ramai jugak org Islam yg bekerja dgn company nie. Okaylah, bila dah cerita pasal nie, saya dah jadi distressed. Sy malas nak fikir2kan pasal benda nie.

Oleh kerana pengalaman pahit ini, saya jadi tawar hati nak masuk i-net lagi. Walaupun kat rumah saya guna fixed i-net line. terasa macam "once burned, twice shy". Mmg phobia betul jadinya. Hubby saya kata, tak de kena mengena i-net kat rumah nie ngan bil C**com tu...tapi, susah saya nak buang perasaan paranoid tu. Namun, perasaan rindu menggamit jua...chewah. Rinduuu kat kawan2 dan cerita2 mereka. So, inile first time saya jenguk balik kat cini...hehehe. Rindu saya nak baca cerita2 semua org. Tak tau le sempat ke tak buat semuanya hari nie. Sebenarnya hari nie ada jemaah mastruat dari Pakistan dtg kat area kami. Hajat di hati nak pi nusrah. Tapi, sambil menyelam, minum air. Sementara tungu daging atas dapur empuk..saya terpanggil utk menjengah.

Insya Allah, semoga ALlah selesaikan perkara ini. Doakanlah utk saya ye...kawan2.

7 comments:

Suzi said...

salam kak nurul...alahai kesiannya.
tapi benda2 mcm ni selalu je dengar...
byk2lah bersabar ye....

ain said...

salam huda..

aku ingatkan kau masih beraya sakan. sonyappp aje.

kes2 mcm ni sebenarnye biasa. Dulu laki aku kena bar hp dia atas alasan2 yg x munasabah. Dah le masa tu dia kat perth, buzy giler2 pulak. Laki aku terus ckp ngan manager , x main ckp ngan bdk2 dia. kena sembur le ngan laki aku, tau pulak takut, siap correct it on the spot. kdg2 pulak, ada terms tersembunyi yg kita tak terbaca dan menjerat kita. Dan memang selalunye akan terkena. sabo ekh..

azharjaafar said...

Bayar je la...

laily said...

Asalamualaikum huda,
kesiannya awak, masuk internet guna mobile line memang mahal kalau digi depa charge 10kb 10sen. kita pernah guna dulu tapi tak le sampai rm 900 melampau tu.

ape kata awak amik package internet yg fixed. cam digi dia ada fixed sebulan rm 99 gunalah bayak mana pun. pas tu celcom ada rm 68 sebulan kita dulu pakai celcom yg tulah pakai banyak mana pun rm 68 tapi cuma untuk i-net je. kalau guna line telepon memang mahal. digi pun kita pernah guna yg 99 sebulan tu. tapi sebab kita tak de modem jadi kita pakai handphone jadi punyelah slow.

Jadi kita cadangkan awak amik package yang fixed cam streamyx sebulan 77 pakai fixed linelah telekom 1Mbps

Sekarang kita guna u mobile sebulan 78 diorang bagi dengan usb modem sekali tapi line tak menentu kalau siang laju tapi kalau malam ngan weekends punyelah slow dan asyik putus je

Unknown said...

aku pakai u mobile ok jer.... paling okey aku kire antara yang lain2 sebab boleh bawak kemane2 dan murah bulan lepas aku cume bayar rm 42 untuk 2 bln pertame. okey la tue kot.... heh

Abu Bunyameen said...

Salam,

Baru tau blog ni dari Brother Bentara. Ana nak syorkan satu perkara. Enti/Hubby tulis surat aduan emel kat customer service Celcom dan CC emel tu kat yahoogroups (banyak2). Dalam aduan tu, tulis yang surat ini akan di'CC' ke internet groups. Pernah ada ahli yahoogroups SIM (Sahabat Interaktif) buat camtu dan cepat je cust. service dia selesaikan. Wallahu'alam

UmmuSarah said...

Alhamdulillah,

Terima kasih kawan2 kerana kata2 nasihat dan sokongan. :)

Allah telah mudahkan urusan kami dan segalanya telah selesai. Pihak C**com telah memberi rebet dan meletak ceiling ke atas caj2 interent yg melampau tinggi itu. Ini semua sebagai peringatan buat diri saya juga. From now on, I shall be wiser. Use internet with caution....hehehe