Friday, March 6, 2009

Nikmat yg harus dikongsi



Alhamdullillah, syukur kami kepada ALlah swt kerana dengan nikmat rezki yg berbagai2, kehidupan kami sekeluarga penuh dgn keberkahan dan mawaddah...tidak pernah kekurangan makanan atau apa2 jua keperluan hidup. Kesusahan kami hanyalah terhad kepada kesempitan masa kerana takaza2 dunia dan akhirat sentiasa datang silih berganti.

Atas kuasa Allah swt, saya terpanggil utk membaca blog dr saudara kita AL-Alorstari. MasyaALlah, blognya sentiasa penuh dengan kata2 nasihat & peringatan. Saya ingin sekali berkongsi dgn teman2 disini. Pagi ini, saya terbaca posting ini. InsyaALlah, semoga menjadi asbab utk kita sama2 muhasabah keadaan kehidupan kita.



PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM

Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, beliau tertidur di Masjidil Haram. Dalam tdurnya, dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang kasut dari Damsyik yang bernama Muwaffaq. Dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, “Muwaffaq.” Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?”Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal kasut, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.”

Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
“Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.

Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, “Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Jadilah kamu orang yang baik.”
Orang itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah berbuat baik?” Jawab Rasulullah, “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat.”

(Petikan dari kitab 'Riadhur Rayahin Fi Manakib Solihin')



Minggu lepas, dalam mesyuarat harian keluarga, suami ada mengesyorkan agar kami usaha utk dapatkan giliran utk menunaikan haji pd tahun hijrah 1430 ini. Kami telah mendaftar sejak dari tahun 2005 lagi. Kalau nak diikutkan giliran pendaftaran haji, mungkin kami hanya layak utk menunaikan haji pada tahun 2011. Ini bermaksud bahawa kami harus menunggu lebih kurang 2-3 tahun lagi. Namun, memandangkan takaza iman yg semakin lemah dan cuti suami yg sgt terhad, maka,kami akan usahakan untuk menulis surat rayuan kpd pihak LTH dan memohon agar giliran kami dpt disegerakan. Insya ALlah, jika ada rezki, mungkin kami dapat menjejakkan kaki ke Baitullah. Amin. Tolonglah kawan2 juga doak2kan ye.



6 comments:

Suzi said...

Betul...blog saudara Al-Alorstari tu memang byk kata2 nasihat dan peringatan...pernah juga ke sana.

Moga hasrat akak dan hubby utk menunaikan haji pada 1430H akan dipermudahkan Allah SWT...

ain said...

salam huda...Aku doakan semoga niat kau suami isteri untuk menunaikan haji pd tahun ini akan dipermudahkan Allah.

laily said...

HUda, Insyaallah , sama-samalah kita berdoa awak dan suami dapat mnegrjakan haji tahun depan. Kita masa menguruskan haji mak kita rasa terpanggil untuk mengerjakan haji. Insyaallah sama-samalah kita doa.

ain said...

Salam Huda...selamat menyambut Maulidurasul utk kau sekeluarga!

Leenoh said...

Saya juga daftar thn 2005, tetapi kawan saya yang daftar 2004 telah menunaikan Haji musim yang telah lalu, kalau berdasarkan giliran bermakna mereka yang daftar thn 2005 sepatutnya giliran mereka pada tahun ini, saya tidak pasti mereka mengikut giliran atau mendapat pertolongan cara yang lain.
Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah memberi peluang kepada kita pergi pada tahun ini.
Wassalam.

UmmuSarah said...

Salam semua,

Maaf, lama benar tak update blog ini dan acknowledge comments kawan2. Maklumlah, cuti sekolah. Anak2 semua ada di rumah dan aktiviti harian menjadi penuh. Sibuk memasak, mengemas dan melayan kerenah anak2. JazakAllah, kerana masih sudi dtg ziarah, membaca dan meninggalkan komen. Ur feedback means a lot to me :)