Alhamdulillah...dengan kasih sayangNya, telah tergerak hati dan tangan ini untuk kembali menjengah blog yg telah lama kutinggalkan sepi. Telah banyak yang berlaku dlm kehidupan harian ini namun tak satu pun telah dapat kunukilkan diblog ini.
Seorang sahabatku pernah berpesan agar aku coretkan serba sedikit kisah harianku.
"Ahhh...tak ada apa-apa yang istimewanya dalam kisah hidupku" kataku padanya. "kenapa berkata demikian? Bukankah kau ada usaha agama dalam hidupmu. Sudah pasti, banyak yang dapat kau kongsi dengan kami." kata sahabatku pula. Aku sedar, ini kelemahanku. Saharusnya, aku luangkan sedikit masa untuk kukisahkan ttg kebesaran Allah swt, ttg kasihNya dan nusrahNya dalam kehidupanku, ttg cinta dan rindunya rasullullah saw kepada kita dan ttg korban serta pahit getir para sahabat r.hum sehinggakan agama yg suci ini bisa sampai jauh ke tanahair kita.
MasyAllah, semua ini adalah kelemahanku sehingga aku rasakan bahawa masaku adalah utk selesaikan keperluan dan keinginan diriku dan keluargaku. Aku yang bersalah kerana kesempatan2 yg telah dikurniakan kepadaku tidak aku manfaatkan sepenuhnya.
Sahabat-sahabatku...maafkanku.
Allah sahaja yang maha berkuasa, makhluk lemah tanpa kuasa.
Hujung minggu lepas, sepatutnya nisab kami suami isteri untuk keluar 3 hari masturat. Namun, kami tangguhkan niat itu kerana ibu mertuaku telah terjatuh dan retak tulang rantingnya. Maka, kami sekeluarga telah bergerak ke shah alam untuk ziarah emak. Sepanjang 3 hari kami di sana, Alhamdulillah, banyak yg telah dapat kami lakukan. Kesian mak...semenjak kebelakangan ini, sudah beberapa kali dia terjatuh. Alhamdulillah, tidak ada apa2 kesan serius tapi kami tetap risau mengenangkan keadaannya. Emak masih juga ingin melakukan aktiviti2 hariannya. Baru-baru ini, dia telah pergi melancung 12 hari ke negara Cina. Di sana pun dia telah terjatuh di dalam bilik air dan terhentak kepalanya. Apabila mendapatkan rawatan di hospital, kepalanya perlu dijahit 6 jahitan. Begitulah mak, walaupun keinginan dan semangatnya masih kuat, tapi tubuh badannya telah beransur-ansur lemah.
Asalnya, pada petang sabtu, kami mmg telah merancang untuk pergi ke Morib kerana emak teringin hendak hirup udara pantai. Tapi, kerana hari pun dah petang, kami tangguhkan plan itu. Tup-tup, apabila suami pulang dari solat asar, dia telah memberitahuku bahawa ada jemaah masturat di kawasan persekitaran rumah emak. Rupa-rupanya, Allah nak beri kami kesempatan utk duduk dlm program bayan masturat. MasyaAllah, tanpa disangka2 pula, dengan kuasa Allah, rupanya dalam jemaah itu ada seseorang yang selama ini hanya kukenali dr alam maya iaitu...ahlia AzharJaafar. Kecil sungguh dunia ini. Begitulah kisah hujung minggu ku. Lain yang dirancang...lain pula kesudahnya.
Jika doa kamu dimakbulkan, tanda Allah menyayangi kamu...
Jika doa kamu lambat dimakbulkan, tanda Allah ingin menguji kamu...
Jika doa kamu tidak dimakbulkan, tanda Allah merancang yang terbaik utnuk kamu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kekadang kita rasa malas menulis tetapi jika tulisan kita ini dapat memberi pengajaran dan iktibar pada orang lain maka ia adalah satu kebajikan untuk kita. pada cuti sekolah bln Jun lepas kami keluar 15h Masturat ke Surabaya, semasa di rumah bayan hidayah kat KL, seorang ahlia karkun jiran sebelah rumahnya telah berkenalan dengan ahlia saya katanya dia suka membaca blog saya sebab banyak karkuzari(cerita) pengalaman semasa saya keluar dakwah masa remaja dahulu
Alhamdulillah,
JazakAllah atas usaha Tuan utk kongsi karkuzari2 pengalam tuan. Doakanlah utk kami ini yg baru merangkak-rangkak nak blaja. Smoga Allah terima usaha kita semua...AMin.
salam.mcmane sy nk contact akak ye?
i need help.
lilgirl.
Post a Comment