Thursday, May 14, 2009
Ibu
Sepanjang pemergian suami, ramai jugak tetamu2 dtg berkunjung ke rumah. Maklumlah, Allah beri kesempatan waktu semasa cuti2 Hari Buruh dan jugak Hari Wesak. Tetamu yg terawal dtg ke rumah kami adalah emak. Sejak 3 minggu yg lepas, emak telah datang berkunjung dr Johor. Seronoknya...hehehe. Maklumlah dah lebih kurang 7-8 bulan dia tak menjejakkan kaki ke rumah saya. Bila mak dah ada kat rumah nie...hmmm... saya pun dapatlah menarik nafas lega. Mak memang tersangat-sangat cekap dlm pengurusan rumahtangga. Belum pun sempat saya bergerak, habis kain baju saya telah dikutip dan dibasuhnya. Kemudian, dia sempat pulak menjemur & melipat kesemuanya. MasyaAllah, saya tersenyum je memanjang :)
Berkali-kali saya pesan padanya supaya biarkan saja saya yg menguruskan kain-baju kotor. Namun, dia tetap berdegil ingin menyiapkannya. Katanya, tak seronok kalau dia duduk2 bersahaja...bersantai tanpa apa2 tugasan. Emak...emak, tiada bertepian kasihnya kepadaku. Agaknya dia kesian melihat anaknya terkial-kial menguruskan kerja2 rumah. Walaupun anaknya dah besar panjang, tak sudah2 khidmatnya kepadaku.
Sepanjang kehadirannya di sini, tak henti2 dia bercerita ttg kisah2 keluarga dan rakan taulannya. Maklumlah saya pun jarang dapat peluang bertemu mereka. Hobi emak, setelah selesai tugas2nya, ialah menonton drama2 melayu di tv. Wah...rupanya banyak slot2 cerekarama dan filem2 melayu di tayangkan di tv Malaysia. Saya mmg jarang tengok tv. Tv tu lebih ditonton oleh anak2 di waktu pagi & petang. Selalunya mereka menonton kartun2. Bila emak ada di rumah, anak2 saya pun terpaksalah beralah...melopong jugak mereka...tak dapat tengok tv9. Terpaksalah mereka pun duduk bersama2 menonoton drama2 & cerita2 melayu pilihan nenek. Bila mereka dah bosan, mereka pun beransur pergi. Emak memang minat sangat dgn drama2 melayu. Kekadang terdetik jugak di hati saya, kenapa lah drama2 melayu nie bosan sangat plotnya. Cerita2nya asyik bersekitaran keadaan yg sama. Kekadang tu tak masuk akal jugak script ceritanya...tapi nak buat macam mana...dah itu rancangan kegemaran emak.
Esok, kami akan menghantar emak pulang. Sayu hati ini ingin melepaskannya pergi. Maklumlah, di Johor, emak tinggal sendirian. Puas sudah kami memujuknya pindah bersama kami, namun dia terlalu sayang untuk meninggalkan rumahnya di Johor. Di sana, kawan2 dan aktiviti2 hariannya sudah sebati dengan rutin hidupnya. ALhadmulillah juga, di sana, ada seorang adiknya yg tinggal berdekatan. Jadi, emak sentiasa berteman. Bila membeli-belah atau ke program2 masjid, mereka sentiasa berdua.
Jauh sangat rumah kami dari rumah emak...lebih kurang 8 jam perjalanan. Dalam setahun, kami hanya berkesempatan utk pulang ke Johor sekali atau dua kali sahaja. Entahlah, begitulah dilemma seorang anak perempuan. Kalau ikut2kan hati, hendak sahaja saya tinggal pindah dan duduk berdekatan dengannya. Namun, Allah telah mewajibkan bagi isteri utk bersama-sama suami. Hanya doa sahaja yg dapat ku kirimkan bersamamu wahai ibuku. Semoga ALlah panjangkan umur kita agar dapat kita bertemu lagi. Tak mungkin terbalas jasamua kepadaku.
Friday, May 8, 2009
Sepi yang panjang
Minggu nie, saya dah tamat tugasan mengajar. Students sekrg sedang sibuk memerah otak mengulangkaji sebelum bermulanya Final Exam minggu depan. Leganya, dah lepas satu tanggungan utk diri ini. Kebetulan pulak, suami saya outstation selama 8 hari. Hmmm...dalam hati dah terfikir berbagai2 benda yg akan saya buat utk mengisi kekosongan2 dlm jadual harian ini.
Yg paling sy rindu ialah hobi yg dah lama sy tinggalkan...membaca buku2 fiksyen...a.k.a. novel-novel. Bila suami ada di sisi, sangat susah utk sy dpt luangkan masa membaca. Maklumlah, suami kan harus didahulukan dlm setiap urusan. Kekadang tu, bila sy sdg dlm mood syok membaca, sy kena tunggu sampai suami dah masuk tidur baru boleh bukak novel. Kalau depan suami, novel itu saya sembunyikan...segan kat dia. Kesudahannya, tidur saya jadi terganggu. Iyalah, malam dah bersengkang mata membaca, jadi, siang hari tu kena buat kerja mcm lipas kudung. Kalau boleh semua kerja rumah nak disiakan secepat mungkin, barulah dapat qadha balik waktu tidur semalam. Inilah antara kelemahan2 saya. Kalau dah mula membaca, tak boleh nak berhenti. Bila dah membaca, mesti nak tau kesudahannya. Membaca pulak mesti nak ada feeling, tak boleh aje nak speed reading...akhirnya, lintang pukang jadual harian saya.
Inilah antara sebab kenapa blog saya dah lama menyepi. Tak sempat2 sy nak masuk blogs sbb dah tersangkut kat novel2 tu. Oleh kerana harga novel-novel ini mahal di M'sia. Maka, saya telah dapatkan versi e-book. Seronok sgt download e-book dr internet. Maklumlah, mcm duk dlm virtual library. Unlimited access. Setakat nie, dah beratus-ratus buku yg tlh sy dapatkan...angan2 utk membaca itu mmg panjang. Tapi... BAHAYA...risau bukan kepalang. Habis banyak masa sy kat buku2 ini saja. Hati mmg berbelah bahagi. Entahlah, lemah betul iman bila berdepan dgn nafsu membaca. I feel soooo guilty.
Friday, April 3, 2009
Fikir Sesaat
Sebenarnya, saya dah mula buat part-time teaching. Ehmmm...kat tempat dulu jugak. Masa resign dulu mmg tak terlintas langsung nak buat part-time nie. Iyalah, pengurusan rumah pun masih kelam kabut. Masih amatur dan banyak kerja yg perlu diperbaiki. Tapi memandangkan permintaan & rayuan kawan2 & ex-boss, maka rasa macam sombong pulak kalau asyik buat pekakkan telinga je atas permintaan2 mereka. Lagipun, susah jugak, everytime depa call rumah atau h/p saya terpaksa ignore atau reject call. Tak elok benar akhlak & muasyarat kalau dah macam tu. Depa memang desperate sgt sebab kekeurangan tenaga pengajar. Students pulak semakin bertambah. Kesian jugak depa. Lagipun part-time ini cuma 1-2 jam aje untuk 4 hari.
Org dah berhajat sesangat. InsyAllah, kalau kita dapat tunaikan hajat seorg muslim, maka Allah akan beri ganjaran seperti kita beriktikaf 10 tahun di masjid. Di mana, satu malam sahaja kita beriktikaf di masjid,maka ALlah akan jarakkan kita sejauh 3 parit dari api neraka. Dimana, jarak di antara satu parit adalah sejauh langit & bumi. Cubalah bayangkan betapa jauhnya kita dijarakkan dr api neraka. Hmmm...hebat tu. Tapi kena setting niat betul2. Buat kerja mesti kerana ALlah. Ishhh...susah tu. Tiap2 kalai terlintas aje bisikan2 syaitan, sy kena cepat istighfar. Maklumlah, sy ni mudah kalah dgn tarikan dunia. Bila kaki dah melangkah keluar rumah, maka angan2 pun dah jauh melayang...konon2 nya bercita2 tinggi tapi sebenarnya ia hanyalah tali yg menjerat leher sendiri. Istighfar...istighfar
Maka bermulalah episod saya mengajar. Siapalah sangka...saya dpt mengajar dlm keadaan berpurdah...di institusi pengajian tinggi swasta yg tak kurang hebatnya di Malaysia ini. Allahuakbar. Jika ALlah sudah menetapkan, maka pasti ia akan berlaku. Masa mula2 tu mmg saya sesgt2 cuak. Bolehke budak2 siswa/siswi ini terima cara pengajaran sy yg berpurdah? Adakah cara sy menutup aurat ini akan menimbulkan barrier? Akan kurangkah kualiti penyampaian sy nanti? Susah sy nak lelapkan mata pada malam sebelum kuliah itu. Berbagai2 perkara yg terlintas dlm kotak fikiran saya. Dapatkah sy kekuatan utk menyampaikan kuliah dlm keadaan yg berpurdah? Sanggup ke? Ish...kenapa lah sy bodoh sgt memberi persetujuan utk membantu?
Mmg first lecture tu jantung saya berdegup2 mcm nak luruh! Sebelum kuliah bermula, sy beri sedikit intro. Sy beritahu mereka bahawa sy berniat ikhlas utk membantu. Jika mereka rasa janggal atau susah nak terima pengajaran sy, maka sy akan tarik diri. It's a trial period for both me & the students. Alhamdulillah, sebenarnya, Allah jua yg dpt memberi kefahaman kpd pelajar2 itu semua. Sya buat yg terbaik & di akhir kuliah, sy meminta maklum balas dr pelajar2. Mereka semua berpuas hati. Tiada yg merasa ada apa2 kekurangan dlm pembelajaran mrk di dlm kuliah yg sy sampaikan. MasyaALlah...rupanya ALlah nak lihat usaha & keazaman sy. ALlah nak uji setakat mana sy sanggup mempertahankan pakaian sunnah sy.
Begitulah kisah yg telah berlaku. Kini, telah genap 2 minggu sy mengendalikan kelas itu. InsyaALlah, azam kami, semoga cara sy ini dpt menjadi syiar dan membuka minda pelajar2 itu utk mereka mula memikirkan matlamat kehidupan mrk. The fact remains...What is the purpose of our life? Kenapa kita wujud di muka bumi ini? Adakah sekadar utk mengejar cita2 dan menghimpunkan harta, pangkat & nama? Mafhum sebuah hadis nabi Muhammad saw - Sedetik kita berfikir atas agama dlm diri kita maka adalah lebih baik dari ibadat sunat 60 tahun. Marilah kita fikir2kan arah & tujuan hidup kita di bumi yg fana ini.
Beautiful Hijab SOng
Sunday, March 22, 2009
Azam.... Insya ALlah...
AMat mustahak utk kami dapat keluar supaya dapat cas bateri iman yg lemah ini. Jika badan kita rasa sakit2, sendi rasa sengal2, mata berpinar2 dan kepala terasa pusing dan mabuk...pasti kita akan usahakan ubatnya. Begitu juga dengan keadaan iman kita yg sakit. Apa simtom2nya? Kalau ibadat rasa malas, hati terasa gelisah, nafsu amarah makin meningkat, maka wajiblah kita usahakan penawarnya. Begitulah keadaan diri saya ini. Untuk kita wanita, tertib nisab masturat di Malaysia ialah 3 hari setiap 3 bulan...Insya ALlah.
Untuk kesekian kalinya saya keluar 3 hari. Setiap kali saya keluar, pasti ada sahaja "pembelajaran" baru dari Allah utk diri ini. Bukan setakat ilmu theory yg saya dapat malahan juga ilmu2 praktikal...kadang2, saya pun tak perasan bahawa saya sdg di uji ALlah, Bila dah balik rumah baru saya tersedar bahawa pengalaman2 yg saya lalui itulah tarbiyah ALlah buat diri saya...Kadang2 terasa takut juga. Sama seperti kalau kita hendak pergi ke Mekah, ramai orang tahu supaya kita harus berhati2. Jaga mata, telinga dan mulut. Juga jaga hati supaya bersih...takut2 kalau di uji Allah dengan kelemahan2 diri kita sendiri. Tapi, saya tak pernah serik. Rasa seronok sungguh kalau terpilih utk dapat keluar ke jalan ALlah.
Buat masa ini, pengalaman saya hanya setakat keluar masturat 3 Hari. Belum lagi mendapat peluang utk keluar 40hari atau lebih. InsyaALlah, saya memang azam dan berniat. Mungkin, belum masa saya lagi utk dapat keluar selama dan sejauh itu. ALlah juga yg maha mengetahui kesediaan saya. Pasti ada hikmahnya.
Insya ALlah, di Malaysia akan ada ijtimak di Sepang pada bulan July 2009. Ijtimak ini diadakan utk seluruh umat Islam di Malaysia. Ia bukanlah satu gathering utk org tabligh saja. Sebenarnya, tabligh ini bukanlah satu persatuan atau yayasan atau club. Org yg buat usaha tabligh pun tidak pernah membuat permohonan atau mengisi borang atau membayar yuran. Tabligh ialah usaha akar umbi utk memperbaiki(islah) diri dan pada masa yg sama memberi kesan pada org sekeliling. Tabligh itu dlm bahasa arab maksudnya ialah menyampaikan. Tabligh adalah sifat rasulullah saw. Entahlah, saya pun tak pandai nak explain lebih2 lanjut lagi. Saya tahu ramai org awam ada persepsi negatif terhadap org tabligh. Dahulu, saya pun begitu. Sangat sinis terhadap kawan2 yg buat usaha dakwah. memang saya suka betul perli mereka. Astaghfirullahazim. Phrase yg selalu saya gunakan ialah..."kenapa korang sibuk2 jaga tepi kain org lain? Setiap org kan masuk kubur sendiri2. Janganlah menyibuk". Kesian kat kawan2 yg ikhlas hati mengajak kami dulu. Bukannya depa di bayar gaji atau diberi jawatan. Mereka pun melakukannya secara rela hati dan percuma. Mereka mengajak manusia ke arah kebaikan hanya semata2 kerana ALlah. Setiap patah kata yg diutarakan utk mengajak manusia kepada Allah itu diberi ganjaran pahala setahun ibadat sunnat. SubhanAllah, baru sekarang saya sedar. Betapa berunutngnya mereka. Alhamdulillah, berkat doa & pengorbaban mereka, ALlah beri saya sedikit kefahaman.
Begitulah, jika ada sekelumit usaha kita utk memperbaiki diri, maka pasti Allah, akan buka pintu2 hidayah. Bukan hanya utk diri kita, tetapi juga utk keluarga, rakan2 dan org2 sekeliling kita. Allah suka kepada makhluk2nya yg ada usaha utk menyelamatkan dirinya. Apalagi jika hambaNya bukan setakat buat usaha atas dirinya sendiri tetapi juga ke atas mereka2 yg ada di sekelilingnya. Sehinggakan ALlah telah merakamkan perkataan2 sang semut di dalam AL-Quran. Ingat tak kisah semut yg memberi amaran kpd kaumnya utk menyelamatkan diri mereka sewaktu nabi Sulaiman dan tentera2nya ingin melintas? Hatta si semut yg kecil itu pun telah di beri penghormatan begitu sekali. Menjadi contoh dan tauladan utk manusia. Jelas, kalau manusialah yg berusaha utk menyelamatkan diri dan kaumnya dari keburukan, tentu lebih tinggi darjatnya di sii ALlah swt.
Untuk perkara inilah, kami berazam utk dpt keluar sebelum ijtimak berlangsung. InsyaALlah, awal bulan Jun nanti. Kawan2 bagaimana pula? Jom kita azam.
Friday, March 6, 2009
Nikmat yg harus dikongsi

Alhamdullillah, syukur kami kepada ALlah swt kerana dengan nikmat rezki yg berbagai2, kehidupan kami sekeluarga penuh dgn keberkahan dan mawaddah...tidak pernah kekurangan makanan atau apa2 jua keperluan hidup. Kesusahan kami hanyalah terhad kepada kesempitan masa kerana takaza2 dunia dan akhirat sentiasa datang silih berganti.
Atas kuasa Allah swt, saya terpanggil utk membaca blog dr saudara kita AL-Alorstari. MasyaALlah, blognya sentiasa penuh dengan kata2 nasihat & peringatan. Saya ingin sekali berkongsi dgn teman2 disini. Pagi ini, saya terbaca posting ini. InsyaALlah, semoga menjadi asbab utk kita sama2 muhasabah keadaan kehidupan kita.
PAHALA MEMBANTU JIRAN DAN ANAK YATIM
Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, beliau tertidur di Masjidil Haram. Dalam tdurnya, dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?”Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.”Lalu ia bertanya lagi, “Berapa banyak yang diterima ?”Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang kasut dari Damsyik yang bernama Muwaffaq. Dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, “Muwaffaq.” Lalu abdullah bin Mubarak bertanya padanya, “Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?”Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal kasut, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.”
Ketika aku mendegar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu.
“Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahwa membantu jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya terdapat anak-anak yatim.
Rasulullah ada ditanya, “Ya Rasullah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Jadilah kamu orang yang baik.”
Orang itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahwa aku telah berbuat baik?” Jawab Rasulullah, “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat.”
(Petikan dari kitab 'Riadhur Rayahin Fi Manakib Solihin')

Minggu lepas, dalam mesyuarat harian keluarga, suami ada mengesyorkan agar kami usaha utk dapatkan giliran utk menunaikan haji pd tahun hijrah 1430 ini. Kami telah mendaftar sejak dari tahun 2005 lagi. Kalau nak diikutkan giliran pendaftaran haji, mungkin kami hanya layak utk menunaikan haji pada tahun 2011. Ini bermaksud bahawa kami harus menunggu lebih kurang 2-3 tahun lagi. Namun, memandangkan takaza iman yg semakin lemah dan cuti suami yg sgt terhad, maka,kami akan usahakan untuk menulis surat rayuan kpd pihak LTH dan memohon agar giliran kami dpt disegerakan. Insya ALlah, jika ada rezki, mungkin kami dapat menjejakkan kaki ke Baitullah. Amin. Tolonglah kawan2 juga doak2kan ye.
Tuesday, February 24, 2009
Newbie
During the Thaipusam holidays, we visited MIL in Shah Alam. During our last day of visit, while we were getting ready to come home to Perak, we got news that my SIL is in labor. Hmm...dah alang2 menyeluk pekasam..biarlah sampai ke pangkal lengan...iya tak. So, we decided to postpone our travel plans and wait until the baby is born before leaving for home. My SIL went into the hospital before noon, during her regular weekly check-up, her OB/Gyn had advised that the baby is coming soon as her cervix was already 3 cm dilated.
As this is her first baby, we estimated that she'll probably have her baby sometime before maghrib...meaning a 7-8 hours of labor. In the meantime, we busied ourselves with cooking & cleaning to pass the time hoping that the baby will be delivered soon. My MIL kept calling the father-to-be every odd hour or so to check up on the progress of the mother & baby. As the contraction were not coming along, the OB/Gyn has decided to fasten things along by breaking the mom's water bag and inducing labor. Usually, when the water bag is broken and some induction drug is taken, it'll be an hour or two before the baby is out...right?
Unfortunately, all through the evening and night, the baby has not been delivered. The doctor even tried using the vacuum. Still, no sign of the baby. Finally, after all energy has been exhausted from the mom, they opted for surgery. The OB/Gyn prepared the OP theatre and the mom was wheeled in. ALhamdulillah, a little after isyak, the baby was born safely through ceaserean section. 3.75 kg baby boy. What a big bouncy boy... Allahuakbar. No wonder his mom was having such a lot of difficulty in delivering him normally. May ALlah grants her the most reward for going through such an experience. SubhaALlah, she went through both a normal birth and also a C-section. Verily, Allah is most merciful & does not make us go through anything in life for no purpose.
THE VIRTUES OF PREGNANCY (IN ISLAM)
· When a woman is pregnant with a child, all the angels will make Istighfar (repentance) on her behalf. Allah SWT will, for each day of her pregnancy, write for her 1000 good deeds and erase from her 1000 bad deeds.
· When a pregnant woman starts to feel the pain from contractions, Allah SWT will write in her records as someone who is doing jihad (spiritual or physical struggle) in His path.
· When a woman becomes pregnant by her husband and he is pleased with her, she obtains the reward of a person engaging in fasting for Allah SWT and a person spending the night in ibaadah (worship).
· A woman from the time of pregnancy until childbirth and weaning the baby, is like the Mujahid (someone fighting in the path of Allah, swa) who is stationed on the frontiers of the Islamic land. If she dies during this period, she dies the death of a shahid (martyr).
· Two raka’at salaat performed by a pregnant woman is better than 80 raka’at salaat performed by a non-pregnant woman.
· A woman who is pregnant gets the reward of fasting during the day and of doing ibaadah (worship) during the nights.
· A woman who gives birth gets the reward of 70 years of salaat (prayer) and fasting. For each vein that feels pain, Allah SWT gives her the reward of one accepted hajj (Pilgrimage to Makkah).
· If the woman dies within 40 days of giving birth, she will die as a shahid (matyr).
(Hadith)…….”A woman that dies in her virginity or during her pregnancy or at the time of birth or thereafter (in nifaas) will attain the rank of a martyr”
Nabi(salalaallahu alayhi wassallam) is reported to have also said “…….When her labour pains commence, the inhabitants of the earth and the sky are unaware of the stores of comfort that are prepared for her. When she delivers and breast feeds her child, then she will be granted a reword for every gulp of milk, if she had to remain awake during the night for the sake of the child, she will receive the reword of emancipating seventy slaves in the path of Allah Ta’ala. O Salaamat! Do you know who these women are? They are pious, upright, with a delicate nature yet obedient to their husbands and not ungrateful to them”
[Source: Madrasa In'aamiyyah]
C_Section Birth ( Illustration only - Images may be distrubing to some)So much pain & trouble to bring this baby boy into this world. InsyaALlah, in the end, the reward is priceless...
Wednesday, February 4, 2009
Amalan

Maaf ye kawan2...posting nie lambat disiapkan dan di publish.
Baru2 nie, semasa cuti tahun baru cina, banyak jemaah2 yg keluar dr kawasan saya. Suami saya sendiri telah keluar dgn membawa pelajar2 . Jemaah mereka terdiri dari 18 orang dari berbagai2 bangsa & negara. Ada Malaysian, Pakistani, Chad, Nigerian, etc. Mereka telah di hantar utk buat usaha 3 hari di Cameron Highlands.
Pada masa yg sama juga 2 jemaah masturat telah bergerak dari kawasan Bt Gajah dan Ipoh. Mereka telah masing2 diputuskan utk ke Penanti dan Seberang Perak. ALhamdulillah, oleh kerana bayan hidayat utk jemaah masturat adalah di rumah jiran saya, maka ALlah telah pilih saya utk dpt menghadirkan diri.
Lagi & lagi di dlm bayan itu, mengingatkan kami ttg pentingnya usaha di buat ke atas iman. Iman dan yakin yg 100% akan kebesaran ALlah swt. ALlah swt saje yg dapat menyelamatkan dan ALlah swt saje yg dpt menghancurkan. ALlah swt saje yg dapat memberi manfaat dan ALlah swt saje yg dpt memberi mudarat. Manusia langsung tiada kuasa. Hatta utk mengerdipkan kelopak matanya pun adalah atas izin dan kudrat ALlah swt. Manusia makhluk Allah yg lemah.
ALlah yg menyediakan oksigen di dlm udara utk manusia bernafas. ALlah yg mengalirkan oksigen di dlm darah utk fungsi organ manusia. Allah yg meggerakkan paru2 utk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia. Allah juga yg mengawal sistem pernafasan di mana oksigen itu dikumbah dan carbon dioksida di hasilkan. Semua ini di luar kawalan manusia. Tidak mungkin dpt dikawal.
Namun, manusia alpa. Sudah lumrahnya manusia itu sifatnya lupa. Maka agama itu adalah nasihat. Ingat-mengingatkan ini utk diri saya sendiri!
Hari ini apabila di sebut nama Amerika...terdetik rasa gerun di dlm hati2 manusia. Amerika suatu negara superpower. Apabila ekonomi negara mereka jatuh, maka seluruh dunia merasa bahananya. When America sneeze, the rest of the world catches a cold. Gusar sungguh pemerintah2 dan rakyat2 negara dunia mengenangkan jumlah penganguran yg makin meningkat. Jumlah eksport negara yg makin menjunam dan pasaran2 saham yg semakin melembab.
Begitu juga, apabila Amerika mula membengis, maka kecutlah perut negara2 seterunya. Risau akan senjata2 nuklearnya, jet2 pejuang stealthnya, kapal2 selam berteknologi tingginya dan yg pastinya peluru2 berpandu mereka yg dpt membedil lawan2nya walau sejauh mana terletaknya kedudukan negara itu. Bayangkan, peluru2 ini apabila telah di tetapkan co-ordinate mangsanya.. ia akan terbang meluru seakan2 auto-pilot mensasari musuh2 Amerika. Ramai dari kita yg faham akan kekuatan2 ini.
Wajarkah kita meletakkan kebimbangan2 ini didlm hati2 kita? Wajarkah kerisauan makhluk masuk ke dlm hati2 kita? Hakikatnya, tak ramai dari kita yg takut akan kekuatan2 dan kekuasaan2 ALlah swt. Buktinya, di Malaysia sahaja...kurang dari 20% umat Islam yg bersolat 5 waktu. Benarkah? Mmg tidak dpt dinafikan lagi. Hari ini, solat yg merupakan amalan yg menarik rahmat ALlah dan yg melindungi kita dr azab kemurkaan ALlah telah kita abaikan.
Pada malam israk & mikraj sewaktu rasulullah saw naik ke langit bertemu dgn Allah swt, baginda saw telah melihat satu perkara yg naik ke langit dan satu perkara yg turun ke dunia. Yang naik ke langit adalah amalan2 manusia manakala yg turun ke dunia pula adalah keputusan2 Allah. Maka sudah nyata utk kita - Setiap keputusan ALlah yg turun itu adalah asbab perbuatan & amalan kita jua.
On the authority of Abdullah bin Abbas, who said : One day I was behind the prophet and he said to me:
"Young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you ask, ask of Allah; if you seek help, seek help of Allah. Know that if the Nation were to gather together to benefit you with anything, it would benefit you only with something that Allah had already prescribed for you, and that if they gather together to harm you with anything, they would harm you only with something Allah had already prescribed for you. The pens have been lifted and the pages have dried."
Jika dikehendakinya, Allah swt, dpt mengubah bayu yg sepoi2 bahasa kepada ribut taufan atau tornado yg menghancurkan. Allah swt dpt mengubah ombak2 laut yg lembut memukul pantai kepada tsunami yg menenggelamkan. ALlah swt dapat menggegarkan bukit2 dan gunung2 yg menjadi pasak bumi hingga menimbuskan segala makhluk2 dan pembangunan2 sekelilingnya. Allahuakbar. Maha Besar ALlah. Dia saja yg dapt memberi manfaat dan memberi mudarat. Hanya asbab Maha kasih dan Maha sayangnya ALlah swt kpd kita, maka sebab itulah ALlah swt masih lagi memelihara kit dr azab siksanya. Jika dihitung, dosa dan lalainya kita...maka pasti kita sudah hancur ditelan bumi. Selagi hayat di kandung badan...Berusahalah utk iman & amal...
MasyaALlah, lemahnya iman dan amalan saya.
