Tuesday, October 23, 2007
Too old for my own good ?
Thursday, October 18, 2007
Visitors
3 Dara Pingitan ?
Hari Raya ke 4, mak cik + mak itam dari Johor dtg visit. Ha, first time jumpa anak2 mak itam since depa dah besar2 panjang. The last time kita jumpa, dia org masih bersekolah rendah. Wah...stylo jugak !
Emak nampak sangat dah uzur kan ? Tapi semangat dia kuat. Kalau tak kasik dia buat kerja rumah, dia dah merajuk. Dia komplen kat Sarah...Emak kamu tu sayang sangat kat Bibik. Asyik suruh Bibik aje buat semua kerja, mak kamu ingat nenek dah tak boleh buat ke? Allah...dah merajuk pulak orang tua itu. Sebab kita sayang kat dialah kita tak kasik dia buat kerja tapi dia beranggapan sebaliknya pulak. Ishhh. Macam tulah cerita mak kat sini. Sekarang nie, dia dah sibuk nak balik rumah. Dia kata tak perlu dah dia duk sini lama lagi sebab Bibik kan dah ada.
Wednesday, October 17, 2007
Nieces
Anak dia yang sulung, Balqish dah 4 tahun dan anak dia yg kedua, Ain, dah pun setahun. Entah bila agaknya si Zohri tu nak balik JB. Dia pun tak larat nak drive all the way from Kedah. Agaknya, adalah 10-12 jam perjalanan. Iyalah, kalau bawak budak2 tentu banyak kali kena berhenti. Kereta dia pun semput nak drive sejauh itu. Itu belum kira harga minyak & toll.
Nampaknya, koranglah yg kena pi ziarah dia kalau nak jumpa isteri & anak2 dia.
Si Balqish tu mmg comel & petah bercakap. Suka ketawa terkekeh-kekeh...geram tengok dia dgn adik dia. Ya Allah, semoga Kau berkati kami juga dengan zuriat anak perempuan yg comel2 dan yg solehah. AMin
Tuesday, October 9, 2007
Siapa yang kamu sedang rindu ?
Iyalah, aku nie mmg tak pandai nak jawab balik. Aku nie jahil, takde ilmu. Apa aku nak jawab bila dia org asyik kutuk org tabligh tinggalkan anak & bini. Tak komited pada kerja. Kerja tanpa quality. Tak ikhlas kerja makan gaji, etc. Lagipun aku takut, aku nie kurang berhikmah, nanti kalau emotional sangat…boleh jadi berperang mulut pulak. Langsung hilang kawan dan hilang pahala. Aku ada bagitau kat beberapa org kawan. Takpelah suami takde. Dia pergi buat benda yang baik. Insya ALlah, asbab korban kami, Allah akan beri kami iman. Kami redha.
Nak buat macam mana ? Orang dah prejudis kat puak2 tabligh. Aku pulak tak pandai nak bagi dalil ke, hadith ke, atau ayat2 Quran ttg Fadhilat Tabligh. ( Selalunya taklim 30 minit, aku selalu skip part ni. Asyik baca fadhilat solat, quran & zikir. Lepas tu buat muzakarah...aku sendiri yg perasan sibuk...oh) Macam mana aku nak dakwah kat dia org? Ish…aku nie mmg jahil. Ya Allah, kau pilihlah aku untuk dapat keluar lama-lama supaya aku dapat faham agama, supaya aku dpt belajar sunnah, supaya aku dpt hikmah dan dpt ilmu.
Alhamdulillah, pagi nie aku baca blog Kereta Mayat. Terima kasihlah pada Hamka yg beri semangat. Apalah sangat korban kami ini kalau nak dibandingkan dengan para rasul2 Allah dan sahabat2 Nabi Muhammad saw. Sikit sangat mujahadah dan korban perasaan yg kami lalui. Langsung takde menanggung kelaparan atau siksaan fizikal...Tiada dijemur di padang pasir, tiada dicemeti, tiada di sula hingga syahid...Tiada putus anggota tubuh badan...Tiada kematian anak2 atau suami.
Hanya rindu yg menggamit setiap kali teringatkan suami tercinta. Namun, dengan rindu ini, Allah beri peluang utk dpt nikmat tangisan dlm solat. Tiada perkataan yang boleh menggambarkan nikmat ini. Inilah nikmat agama dan nikmat amal yang kami cuba cari. Insya Allah, rindu kami akan Allah leraikan suatu hari nanti. Dengan izin Allah, kepulangan suami itu pasti. Kami menghitung hari...Tiada yang lebih Allah suka dari melihat seorang anak yang berlari-lari, berkejar mencari ayahnya. Disangkanya ayahnya telah pulang ke rumah. Namun, ayahnya tiada, belum juga pulang, kerana dia telah keluar fisabillillah. Maka menangislah si anak kerana rinduuuu….Sesungguhnya, inilah tarbiyah Allah pada kami yg ditinggalkan. Selama ini, kami fikir, suami adalah penyelesai segala masalah. Jika ada apa2 kekurangan, kerunsingan, kesedihan dalam kehidupan kami, pada suamilah tempat kami mengadu. Ini Salah! Suami hanyalah makhluk Allah. Tiada kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat. Inilah peluang utk kita perbetulkan iman. Hanya pada Allah jua tempat kita bergantung. Tiada yang berkuasa ke atas segala-galanya selain dari ALLAH swt.