Tuesday, October 9, 2007

Siapa yang kamu sedang rindu ?

Semalam lebat betul teman-teman sepejabat mempertikaikan ketiadaan suamiku, yang sekarang sedang keluar ke jalan Allah....di saat-saat umat Islam sdg sibuk buat persiapan untuk menyambut nikmat Aidilfitri. Anak2 aku di sekolah pun sering ditanya-tanya oleh guru2 mereka tentang keadaan ayah mereka yang tiada di rumah utk Syawal. Aku jadi sedihhh sangat.

Iyalah, aku nie mmg tak pandai nak jawab balik. Aku nie jahil, takde ilmu. Apa aku nak jawab bila dia org asyik kutuk org tabligh tinggalkan anak & bini. Tak komited pada kerja. Kerja tanpa quality. Tak ikhlas kerja makan gaji, etc. Lagipun aku takut, aku nie kurang berhikmah, nanti kalau emotional sangat…boleh jadi berperang mulut pulak. Langsung hilang kawan dan hilang pahala. Aku ada bagitau kat beberapa org kawan. Takpelah suami takde. Dia pergi buat benda yang baik. Insya ALlah, asbab korban kami, Allah akan beri kami iman. Kami redha.

Nak buat macam mana ? Orang dah prejudis kat puak2 tabligh. Aku pulak tak pandai nak bagi dalil ke, hadith ke, atau ayat2 Quran ttg Fadhilat Tabligh. ( Selalunya taklim 30 minit, aku selalu skip part ni. Asyik baca fadhilat solat, quran & zikir. Lepas tu buat muzakarah...aku sendiri yg perasan sibuk...oh) Macam mana aku nak dakwah kat dia org? Ish…aku nie mmg jahil. Ya Allah, kau pilihlah aku untuk dapat keluar lama-lama supaya aku dapat faham agama, supaya aku dpt belajar sunnah, supaya aku dpt hikmah dan dpt ilmu.

Alhamdulillah, pagi nie aku baca blog Kereta Mayat. Terima kasihlah pada Hamka yg beri semangat. Apalah sangat korban kami ini kalau nak dibandingkan dengan para rasul2 Allah dan sahabat2 Nabi Muhammad saw. Sikit sangat mujahadah dan korban perasaan yg kami lalui. Langsung takde menanggung kelaparan atau siksaan fizikal...Tiada dijemur di padang pasir, tiada dicemeti, tiada di sula hingga syahid...Tiada putus anggota tubuh badan...Tiada kematian anak2 atau suami.

Hanya rindu yg menggamit setiap kali teringatkan suami tercinta. Namun, dengan rindu ini, Allah beri peluang utk dpt nikmat tangisan dlm solat. Tiada perkataan yang boleh menggambarkan nikmat ini. Inilah nikmat agama dan nikmat amal yang kami cuba cari. Insya Allah, rindu kami akan Allah leraikan suatu hari nanti. Dengan izin Allah, kepulangan suami itu pasti. Kami menghitung hari...Tiada yang lebih Allah suka dari melihat seorang anak yang berlari-lari, berkejar mencari ayahnya. Disangkanya ayahnya telah pulang ke rumah. Namun, ayahnya tiada, belum juga pulang, kerana dia telah keluar fisabillillah. Maka menangislah si anak kerana rinduuuu….Sesungguhnya, inilah tarbiyah Allah pada kami yg ditinggalkan. Selama ini, kami fikir, suami adalah penyelesai segala masalah. Jika ada apa2 kekurangan, kerunsingan, kesedihan dalam kehidupan kami, pada suamilah tempat kami mengadu. Ini Salah! Suami hanyalah makhluk Allah. Tiada kuasa untuk memberi manfaat atau mudharat. Inilah peluang utk kita perbetulkan iman. Hanya pada Allah jua tempat kita bergantung. Tiada yang berkuasa ke atas segala-galanya selain dari ALLAH swt.

1 comment:

hamka said...

aku yang jahil dan hina ini pernah tanya karkun yang sedang keluar sehingga mencecah hari raya..

"errr, abang tak sedih ke raya di jalan Allah?"

katanya, " dik, yang patut sedih adalah mereka yang beraya di hospital, di penjara, dan di lembah neraka(kubur)..

saya kat sini, boleh pergi beraya dan beramal..

oh! sesungguhnya aku tak faham dan sangat respect mereka2 yang keluar jalan Allah.

Aku azam, aku mesti ikut jejak mereka.. isk!