Monday, July 21, 2008

Tersedar

Alhamdulliah, asbab kasih sayang Allah, aku telah dapat menghadiri kelas pengajian Al-Quran selama 2 hari di sini. Walaupun pd awalnya aku memang terasa teramatlah malas utk menghadirinya. Namun, setelah mengenangkan bahawa bayaran telah pun dibuat,maka aku pun gagahkan diri utk menghadiri kelas itu. Dalam kotak fikiran, aku telah membuat keputusan, kalaulah kelas ini bosan, maka aku akan mewakilkan anakku, Nadia, utk menggantikan tempatku.

SubhanAllah, keputusan aku utk menarik diri awal dr kelas itu meleset sama sekali apabila aku duduk terpaku mendengarkan kata2 yg diucapkan oleh si-ustaz di pagi hari Sabtu yg damai itu. Memang kata2 dan ayat2 itu telah aku dengar berulang2 kalinya namun kata2 itu masih menusuk jauh kedalam sanubariku. Apalagi buat diriku yg baru sahaja tergelincir, setelah beberapa hari aku lalui kehidupan harian dalam kelalaian dr mengingati Allah. Astaghfirrulllahalazim, ALlah masih lagi menyintai kami. Tidak langsung Dia mematikan sahaja kami di saat kami leka dengan hidup yg alpa. Tapi sebaliknya, dia tarik kami kembali kepadaNya, dihantarkan peringatan utk kami yg lupa. Syukurlah...belum terlambat buat kami.

Bagaimana dengan anda...APa persiapan kita nanti bila berjumpa Sang Pencipta ? Marilah kita fikir2kan.

6 comments:

Suzi said...

Salam...dulu masa kat Tronoh saya ada belajar ngaji dengan k.som kejap...dah lama tak dengar khabar dia..kalau jumpa dia kirimkan salam...

persiapan menemui Pencipta?...sesuatu yg takut bila fikirkan tapi kita harus memikirkannya...semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan kita..

laily said...

bila baca tulisan awak terasa jauhnya kita dari maha pencipta. terasa banyak lagi persiapan yang belum dibuat. Semoga matinya kita nanti dalam keadaan beriman janganlah sebaliknya na'uzubillah.

ain said...

ada gak niat nak belajar balik baca quran tp kena tunggu baby beso sikit kot.hopefully bila baby dah beso...no more other xcuses

Kman @ Oja said...

Salam... Air mata pasti menitis tiap kali mendengar alunan Doa Taubat tp usaha ke arah memperbaiki diri tidak pun dilakukan bersungguh-sungguh :(

Tiap kali berdoa supaya hidup dan dimatikan dlm IMAN. Amin...

fiza said...

tersentuh bila baca tulisan awak, huda...
teringat masa berusarah...kini???
kecilnya rasa...

UmmuSarah said...

Alhamdulillah,

Terima kasih kawan2 kerana sudi dtg ziarah :)

Suzi,

Kak Son dah pindah duk kat Pusing. Dia dah beli rumah baru. Rumah kat Tronoh dia guna buat taska 100%. Nampaknya, maju bisnes dia.


Rita, AIn, Oja & Fiza,

Allah tidak menilai hambaNya melalui hasil2 perbuatannya. Tapi ALlah melihat usaha dan ikhtiar kita. Allah nak kita teruskan usaha tanpa putus asa. Allah nak lihat kita istikhamah dlm amalan. Walau sikit, tapi kita tetap buat setiap hari.. walau susah macam mana pun kita pasti usahakan. Itu yg ALlah nilai.

Ini nasihat utk diri aku sendiri le. Kdg rasa penat bebenor nak habiskan amalan2 harian. Tapi kena paksakan diri jugak..huhuhu

Bila ada dlm hati keinginan utk usaha atas iman dan amal, itu tandanya Allah sayang kat kita. Allah nak panggil kita balik dekat kpdNya. We must take the 1st step. Allah kata, kalau hambanya dtg mendekatiNya sejengkal, ALlah akan dtg mendekati kita sedepa. Jika kita berjalan, ALlah akan berlari.

Begitu cintanya ALlah pd kita.