Monday, July 21, 2008

Rezeki

Alhamdulillah, untuk yg bekerja makan gaji, baru saja kita menerima imbalan atas usaha penat lelah kita sepanjang bulan. Hari nie kan Hari Dapat Gaji!!! Yeay. Rezki yg kita dapat hari ini adalah pemberian ALlah. ALlah telah tetapkan 3 perkara untuk setiap hambanya 500 tahun sebelum dia dilahirkan. 1. Rezki 2. Umur 3. Maut. Sila rujuk Al-QUran & hadis utk keterangan lanjut mengenai hal nie.

Jika di tanya apa itu definasi rezeki, maka sebahagian besar dari kita akan menjawab bahawa rezki itu adalah apa yg kita terima atau dapat. Namun, rasullullah saw telah mengajar kita sebaliknya melalui kisah ini.

Dizaman rasullullah saw, ada seorang sahabat yg telah melakukan ibadah korban. Apabila siap disembelih dan dilapah binatang korban itu, maka si sahabat tadi telah membahagi2kan daging2 korban itu kepada org2 yg selayak menerimanya. Melihatkan ini, rasulullullah saw telah bertanya kepadanya. Wahai sahabatku, apakah rezki mu pada hari ini? Si sahabat itu pun telah berkata bahawa masih ada sekeping peha daging yang tersisih utk dirinya. Maka rasullullah saw telah berkata, sesungguhnya rezki kamu pada hari ini adalah apa yg telah engkau bahagi2kan kepada org lain. Itulah rezki kamu, bukan apa yg telah kau simpankan utk dirimu di dunia.

Sungguh bijaksana sekali rasul yg telah Allah utuskan buat kita. Dalam mendidik dan mentarbiyah para sahabat2nya, rasulullah saw sering mengalihkan kecendurangan sahabat dari ganjaran & keseronokan dunia yg sementara kpd ganjaran & keseronokan akhirat yg lebih kekal abadi. Semoga kita juga dpt belajar dan ambil iktibar dari kisah rasul & para2 sahabat. Dengan ini, agama akan hidup, menjadi sesuatu yg praktikal dan berkait rapat dgn kehidupan harian kita bukan sesuatu yg abstrak dan susah utk diterapkan.

6 comments:

ain said...

aku pun baru dpt 'gaji'dr suami td.rezeki gak kan.Moga2 segala rezeki baik nmpak dan yg x nampak diberkati Allah.

azharjaafar said...

Kena tambah korban.

Kman said...

kekadang tu kita agak berkira utk mengagihkan rezeki yg kita ada, takut x cukup utk keperluan sendiri kerana kerap terlupa ttg BERKAT dr agihan tersebut...

UmmuSarah said...

Ain,

Alhamdulillah, dpt rezki melalui suami. Allah maha pemurah :)

Azharjaafar...kami cuba korban setakat yg termampu. Baru2 je nak blaja hidup mujahadah. Takut jugak kalau tak terbawak...nanti langsung slack.

kman,

susah kita nak faham kan? Allah kata, dengan sedekah Allah janji akan tambah rezeki. Lebih bnyk kita beri, lebih bnyk kita dpt. Bertentangan dgn apa yg kita faham. Aku lah yg lemah...banyak nak kna blaja yakin dgn janji2 Allah.

Suzi said...

salam kak nurul...sihat? kak dtg blog saya kalau tak sibuk...ada keje sikit hehehe saja utk suka2...

Suzi said...

salam kak nurul..dtg ambil award hehehe..