Wednesday, February 4, 2009

Amalan



Maaf ye kawan2...posting nie lambat disiapkan dan di publish.

Baru2 nie, semasa cuti tahun baru cina, banyak jemaah2 yg keluar dr kawasan saya. Suami saya sendiri telah keluar dgn membawa pelajar2 . Jemaah mereka terdiri dari 18 orang dari berbagai2 bangsa & negara. Ada Malaysian, Pakistani, Chad, Nigerian, etc. Mereka telah di hantar utk buat usaha 3 hari di Cameron Highlands.

Pada masa yg sama juga 2 jemaah masturat telah bergerak dari kawasan Bt Gajah dan Ipoh. Mereka telah masing2 diputuskan utk ke Penanti dan Seberang Perak. ALhamdulillah, oleh kerana bayan hidayat utk jemaah masturat adalah di rumah jiran saya, maka ALlah telah pilih saya utk dpt menghadirkan diri.

Lagi & lagi di dlm bayan itu, mengingatkan kami ttg pentingnya usaha di buat ke atas iman. Iman dan yakin yg 100% akan kebesaran ALlah swt. ALlah swt saje yg dapat menyelamatkan dan ALlah swt saje yg dpt menghancurkan. ALlah swt saje yg dapat memberi manfaat dan ALlah swt saje yg dpt memberi mudarat. Manusia langsung tiada kuasa. Hatta utk mengerdipkan kelopak matanya pun adalah atas izin dan kudrat ALlah swt. Manusia makhluk Allah yg lemah.

ALlah yg menyediakan oksigen di dlm udara utk manusia bernafas. ALlah yg mengalirkan oksigen di dlm darah utk fungsi organ manusia. Allah yg meggerakkan paru2 utk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia. Allah juga yg mengawal sistem pernafasan di mana oksigen itu dikumbah dan carbon dioksida di hasilkan. Semua ini di luar kawalan manusia. Tidak mungkin dpt dikawal.

Namun, manusia alpa. Sudah lumrahnya manusia itu sifatnya lupa. Maka agama itu adalah nasihat. Ingat-mengingatkan ini utk diri saya sendiri!


Hari ini apabila di sebut nama Amerika...terdetik rasa gerun di dlm hati2 manusia. Amerika suatu negara superpower. Apabila ekonomi negara mereka jatuh, maka seluruh dunia merasa bahananya. When America sneeze, the rest of the world catches a cold. Gusar sungguh pemerintah2 dan rakyat2 negara dunia mengenangkan jumlah penganguran yg makin meningkat. Jumlah eksport negara yg makin menjunam dan pasaran2 saham yg semakin melembab.

Begitu juga, apabila Amerika mula membengis, maka kecutlah perut negara2 seterunya. Risau akan senjata2 nuklearnya, jet2 pejuang stealthnya, kapal2 selam berteknologi tingginya dan yg pastinya peluru2 berpandu mereka yg dpt membedil lawan2nya walau sejauh mana terletaknya kedudukan negara itu. Bayangkan, peluru2 ini apabila telah di tetapkan co-ordinate mangsanya.. ia akan terbang meluru seakan2 auto-pilot mensasari musuh2 Amerika. Ramai dari kita yg faham akan kekuatan2 ini.

Wajarkah kita meletakkan kebimbangan2 ini didlm hati2 kita? Wajarkah kerisauan makhluk masuk ke dlm hati2 kita? Hakikatnya, tak ramai dari kita yg takut akan kekuatan2 dan kekuasaan2 ALlah swt. Buktinya, di Malaysia sahaja...kurang dari 20% umat Islam yg bersolat 5 waktu. Benarkah? Mmg tidak dpt dinafikan lagi. Hari ini, solat yg merupakan amalan yg menarik rahmat ALlah dan yg melindungi kita dr azab kemurkaan ALlah telah kita abaikan.

Pada malam israk & mikraj sewaktu rasulullah saw naik ke langit bertemu dgn Allah swt, baginda saw telah melihat satu perkara yg naik ke langit dan satu perkara yg turun ke dunia. Yang naik ke langit adalah amalan2 manusia manakala yg turun ke dunia pula adalah keputusan2 Allah. Maka sudah nyata utk kita - Setiap keputusan ALlah yg turun itu adalah asbab perbuatan & amalan kita jua.

On the authority of Abdullah bin Abbas, who said : One day I was behind the prophet and he said to me:

"Young man, I shall teach you some words [of advice] : Be mindful of Allah, and Allah will protect you. Be mindful of Allah, and you will find Him in front of you. If you ask, ask of Allah; if you seek help, seek help of Allah. Know that if the Nation were to gather together to benefit you with anything, it would benefit you only with something that Allah had already prescribed for you, and that if they gather together to harm you with anything, they would harm you only with something Allah had already prescribed for you. The pens have been lifted and the pages have dried."


Jika dikehendakinya, Allah swt, dpt mengubah bayu yg sepoi2 bahasa kepada ribut taufan atau tornado yg menghancurkan. Allah swt dpt mengubah ombak2 laut yg lembut memukul pantai kepada tsunami yg menenggelamkan. ALlah swt dapat menggegarkan bukit2 dan gunung2 yg menjadi pasak bumi hingga menimbuskan segala makhluk2 dan pembangunan2 sekelilingnya. Allahuakbar. Maha Besar ALlah. Dia saja yg dapt memberi manfaat dan memberi mudarat. Hanya asbab Maha kasih dan Maha sayangnya ALlah swt kpd kita, maka sebab itulah ALlah swt masih lagi memelihara kit dr azab siksanya. Jika dihitung, dosa dan lalainya kita...maka pasti kita sudah hancur ditelan bumi. Selagi hayat di kandung badan...Berusahalah utk iman & amal...

MasyaALlah, lemahnya iman dan amalan saya.

19 comments:

Sofinee Harun said...

Salam Ummmusarah.

Adik saya Safiyah. Ahlia Mahadi. Dia dok mengajar jugak ENglish rasanay kat budak2 perempuan madrasah Lekir. May be kenal kot.

Jemaah masturat Malaysia ada`di sini (UK). Akan berada di sini lagi 3 minggu. MAcamana usaha untuk ijtimak.

Doa banyak.

Baitijannati said...

Assalamualaikum...

salam ukhuwah dr saya..saya baru lagi dalam usaha ini...so teringin sgt nak kenal ngan kak ummusarah..harap ble bri tunjuk ajar n share ilmu agama pada sya... minta izin link blog akak ye..syukran,wassalam

ain said...

salam Da..satu peringatan supaya kita kembali kepada Allah Maha Berkuasa. Ingat mengingati antara satu sama lain tentang akhirat. Mendoakan satu sama lain agar selamat di dunia dan akhirat.

azharjaafar said...

Assalamualaikum...

Benar. mudharat manafaat haya datang dari ALLAH.


Ahlia Azharjaafar

UmmuNurul said...

Seronok dengar dakwah iman yakin dari kak Huda ni..iman meningkat..tetiba jer rasa jasbah...betullah apabila iman tidak diusahakan, hak tidak ditegakkan, maka kebatilanlah yang akan mencengkam di segenap ruang hati makhluk2 yang alpa dan lupa. Berdoalah kita supaya kita tidak dilupakan Allah swt, kerana terlalu banyak kita melupakan hak Allah swt, dengan dan sering kita melepaskan tanggungjawab kita sebagai hamba dan khalifah di bumi Allah..

Jangan kita berasa terselamat dengan amal soleh yang kita buat tanpa kita usahakan atas hak2 umat yang lain, Allah tetap akan menghantar azab terhadap kita kerana kita membiarkan mereka2 dalam kelalaian, kealpaan dan terpesona dengan nikmat dunia. Setiap kali, aku membuka tafsir Al-Quran surah Al-INFITAR(TERBELAH)berkenaan peristiwa2 yang trjadi hari kiamat dan peringatan kepada manusia..

1.Apabila langit terbelah, 2.dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan, 3.dan apabila lautan dijadikan meluap, 4. dan apabila kubur-kubur dibongkar..

Pasti kegerunan akan terbit dalam hati..tapi, sampai ke tahap manakah kerisauan kita terhadap janji2 ALLAH SWT dan peringatan2NYA. Sama2lh kita fikirkan.

laily said...

Asalamualaikum,

Huda, alhamdulillah dengan iman yang di kurnia allah walau tidak seberapa semoga dengan izinnya dapat lah kita tingkatkan keimanan dan yakin dengan pasti akan janji allah. Doakanlah kita sebab kekadang tu tergelincir juga dari landasan. Masih terlalu lemah iman nampaknya.

UmmuSarah said...

Wa alaikummussalam & terima kasih pd kawan2 yg dtg menziarah.

Ummi,

Mmg benar, ada se org ustazah Safiyah di Mdrsh Lekir. Sy pernah berjumpa dgn nya. Adakah dia adik Ummi?

Baitijannati,

Akak sebenarnya sgt2 baru. Banyak yg masih tak tahu & sekarang sedang terkial2 belajar di usia senja.Kalau salah tolong tegur2kan.

Ain,

Peringatan ini mmg selayaknya utk aku. Bukankah mulutku paling dekat dgn telingaku sendiri.

Ahlia Azhar,

Salam perkenalan :)

Apa khabar Ammar? Sudahkah dia keluar dr hospital? Insya Allah, semoga Allah segera menyembuhkan penyakitnya.Amin.

Selalu jugak sy singgah ke tempat suami puan utk dptkan targhib, karkuzari & kata2 semangat. Sy mmg tersgt lemah.

UmmuNurul,

Kekadang kerisauan akak utk amalan infradi mengokong diri dan melemahkan dakwah. Suami akak selalu beri targhib, kita umat dakwah, bukan umat abid. Banyak manalah ganjaran utk amalan infradi kt kalau nak dibandingkan dgn amalan dakwah. Itulah perlunya ilmu, supaya kita dpt nilai mana amalan yg perlu diutamakan.

Laily,

Mmg benar, Allahlah yg berkuasa meletakkan sekelumit iman dlm diri2 kita. InsyaALlah, apabila kita bersyukur atas nikmat iman ini, pasti & pasti akan Allah akan tambah. Dan ALlah itu tidak pernah memungkiri janjiNya. Sama2lah kita berdoa.

Sofinee Harun said...

Salam Ummusarah,

Betul la tu agaknya. Dah beberapa bulan dia mengajar kat situ. Dia tinggal tak jauh dari situ.

PErnah ke situ Dec 2007 masa balik Malaysia. In law tinggal di Kpg SUngai keli, border PErak dengan sabak bernam. So, ada ke situ untuk hadiri kenduri kawin anak tuan punya madrasah. Tapi masa sampai dah lewat, habih dah org balik.

Kamaruzaman Ibrahim said...

Salam Da,

Thanks. Moga kita semua hidup di dalam rahmat ALLAH dan sentiasa bersyukur atas segala kurniaannya.

Baitijannati said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...ttg karkuzari di sini..usaha Agama tidak seperti di malaysia...yg rata2 negeri sudah biasa melihat lelaki dlm barisan berjalan dr umah ke umah..dlm pakaian yg serba putih di jalanan dgn tertibnya...tetapi di sini berlainan usahanya...tetapi masih lagi ada usaha..." Kami di sini alhamdulillah...dapat menjejaki kaki di bumi berkah ini...tempat kelahiran baginda saw. Ttg akhlak orang disini...tiadalah seindah akhlak orang Malaysia "especially akhlak org yg buat usaha AGAMA( yg di panggil KARKUN oleh sebilangan yg seharusnya tiada kamus karkun di Dunia)...setiap bangsa ada kebaikannya...jika mahu di jelaskan keperibadian..org Madinah akhlaknya lebih bagus dr akhlak orang Mekkah...
Orang2 yg datang kesini dan menjalani keadaan sosial di sini..arif apa itu maksud kedatangan nabi SAW ke sini...dan di utus nabi di sini...

Jika bermusafir ke sini dgn izin ALLAH...kami mengalu-alukan kedatangan ke Yanbu, KSA.

Unknown said...

Salam..usaha keatas masturat ni sangat halus dan detail......add my blog http://wirapendang.blogspot.com/.

Hanisumayyah said...

Salam Ummusarah...

Lama sungguh terputus hubungan. Ingat saya lagi ker...hanisumayyah... ntahlah iman turun naik ni kak...bila baca tulisan akak semangat naik sikit...insyaallah Mei ni azam cuba keluar 40 hari, akak doakanlah...

Hanisumayyah said...

Oh yer kak, saya dah tutup blog lama yang guna add www.hanisumayyah.blogspot.com tu, dan tukar menjadi www.hijrah1429.blogspot.com...


hanisumayyah

Baitijannati said...

assalamualaikum...

pkabar ummusarah..saya saja nak tye..akak tinggal kat area mana ye? area tronoh ke or skitarnya...saya msih ingat dulu lecturer saya tuan hj zakhal (uitm sri iskandar) ada buat usaha ini..dia msih dsna lagi ke? dulu we all student x faham lagi usaha ini..so..if lihat hj zakhal ni rasa tenang..n jarang2 sgt jumpa wife2 dia..

so..if akak ada jumpa ahlia dia..krim salam ye..sya x-student tn hj zakhal (1996-1999)
syukran jazilan...

Suzi said...

masyaAllah lemahnya iman dan amal saya...moga Allah SWT beri hidayat buat kita utk terus berusaha utk meningkatkan iman dan amal...

sejak dtg sini baru sekali ada jemaah masturat dtg...dr Melbourne. tapi taklim mingguan sentiasa berjalan di dua tempat south dan north(tmpt saya)walaupun hanya sejam...

UmmuSarah said...

Maaf lama betul tak dtg update blog nie...maklumlah sibuk dgn dunia. InsyAllah, bila ada kesempatan, akan diusahakan.

ANak pendang. Terima kasih Maaf lama betul tak dtg update blog nie...maklumlah sibuk dgn dunia. InsyAllah, bila ada kesempatan, akan diusahakan.ANak pendang. Terima kasih dtg melawat.Anta sudah bermasturat?

Kman,Apa khabar? Sama2lah kita nasihat-menasihati

HaniSUmayyah. ALhamdulillah.Bertemu kita kembali.Pasti masih segar ingatan akakpd Wa. Bukankah Wa yg menjadi asbab akak mula berblogging dulu ...hehehe

Baitijannati,SubhanALlah,kecil betul dunia nie ye? Isteri HjZakhal tu mmg antara kawan akak di sini.Sungguh baik pekertinya.Banyak nasihat2dr dia membantu akak dlm melelui liku2 hidup ni.

Anonymous said...

assalamuailaikum da..

lama tak jengah ke sini.

nana said...

salam....saya teringin nak pegi masturat...saya xtau mcm mane n kat mane,,,,boleh tlng x??

Ahliahnizam said...

Assalammualaikum...

Jemputla bertandang ke blog saya.
Insya-Allah sama-sama bentuk fikir kita sama seperti fikir nabi & para sahabat.