Thursday, May 14, 2009

Ibu

Alhamdulillah, suami dah pun selamat kembali. Banyak jugaklah buah tangan yg dibawanya pulang. Takdelah yg mahal-mahal, cuma setakat cokelat2 dan mainan kanak2. Utk saya pulak, suami hadiahkan set pinggan dan set periuk. Hmmm...nampaknya, semenjak dah jadik orang rumah nie, makin kekallah tugasan saya di dapur. Hadiah2 dari suami pun berkait rapat dgn aktiviti2 dapur. Walau apa pun, saya bersyukur. Susah payah dia mencari & membawa pulang barang2 itu ke rumah.

Sepanjang pemergian suami, ramai jugak tetamu2 dtg berkunjung ke rumah. Maklumlah, Allah beri kesempatan waktu semasa cuti2 Hari Buruh dan jugak Hari Wesak. Tetamu yg terawal dtg ke rumah kami adalah emak. Sejak 3 minggu yg lepas, emak telah datang berkunjung dr Johor. Seronoknya...hehehe. Maklumlah dah lebih kurang 7-8 bulan dia tak menjejakkan kaki ke rumah saya. Bila mak dah ada kat rumah nie...hmmm... saya pun dapatlah menarik nafas lega. Mak memang tersangat-sangat cekap dlm pengurusan rumahtangga. Belum pun sempat saya bergerak, habis kain baju saya telah dikutip dan dibasuhnya. Kemudian, dia sempat pulak menjemur & melipat kesemuanya. MasyaAllah, saya tersenyum je memanjang :)

Berkali-kali saya pesan padanya supaya biarkan saja saya yg menguruskan kain-baju kotor. Namun, dia tetap berdegil ingin menyiapkannya. Katanya, tak seronok kalau dia duduk2 bersahaja...bersantai tanpa apa2 tugasan. Emak...emak, tiada bertepian kasihnya kepadaku. Agaknya dia kesian melihat anaknya terkial-kial menguruskan kerja2 rumah. Walaupun anaknya dah besar panjang, tak sudah2 khidmatnya kepadaku.

Sepanjang kehadirannya di sini, tak henti2 dia bercerita ttg kisah2 keluarga dan rakan taulannya. Maklumlah saya pun jarang dapat peluang bertemu mereka. Hobi emak, setelah selesai tugas2nya, ialah menonton drama2 melayu di tv. Wah...rupanya banyak slot2 cerekarama dan filem2 melayu di tayangkan di tv Malaysia. Saya mmg jarang tengok tv. Tv tu lebih ditonton oleh anak2 di waktu pagi & petang. Selalunya mereka menonton kartun2. Bila emak ada di rumah, anak2 saya pun terpaksalah beralah...melopong jugak mereka...tak dapat tengok tv9. Terpaksalah mereka pun duduk bersama2 menonoton drama2 & cerita2 melayu pilihan nenek. Bila mereka dah bosan, mereka pun beransur pergi. Emak memang minat sangat dgn drama2 melayu. Kekadang terdetik jugak di hati saya, kenapa lah drama2 melayu nie bosan sangat plotnya. Cerita2nya asyik bersekitaran keadaan yg sama. Kekadang tu tak masuk akal jugak script ceritanya...tapi nak buat macam mana...dah itu rancangan kegemaran emak.


Esok, kami akan menghantar emak pulang. Sayu hati ini ingin melepaskannya pergi. Maklumlah, di Johor, emak tinggal sendirian. Puas sudah kami memujuknya pindah bersama kami, namun dia terlalu sayang untuk meninggalkan rumahnya di Johor. Di sana, kawan2 dan aktiviti2 hariannya sudah sebati dengan rutin hidupnya. ALhadmulillah juga, di sana, ada seorang adiknya yg tinggal berdekatan. Jadi, emak sentiasa berteman. Bila membeli-belah atau ke program2 masjid, mereka sentiasa berdua.

Jauh sangat rumah kami dari rumah emak...lebih kurang 8 jam perjalanan. Dalam setahun, kami hanya berkesempatan utk pulang ke Johor sekali atau dua kali sahaja. Entahlah, begitulah dilemma seorang anak perempuan. Kalau ikut2kan hati, hendak sahaja saya tinggal pindah dan duduk berdekatan dengannya. Namun, Allah telah mewajibkan bagi isteri utk bersama-sama suami. Hanya doa sahaja yg dapat ku kirimkan bersamamu wahai ibuku. Semoga ALlah panjangkan umur kita agar dapat kita bertemu lagi. Tak mungkin terbalas jasamua kepadaku.

8 comments:

Suzi said...

salam,
kak nurul dapat hadiah periuk n pinggan mangkuk tu ada makna tu hihihi...makin rajinlah akak masak.

mak akak sihat?...mak saya tak cergas mcm dulu dah, baru2 ni kena agin ahtmar. sedihnya Allah saje yg tahu disaat mcm tu tak dapat bersama. Alhamdulillah sekarang mak dah makin sihat. Nenek alhamdulillah masih cergas. mak duk dengan dia sekarang.
kirim salam kat mak akak.
doa2kan kami cepat balik...tak sabar nak balik dah ni hihihi...

ain said...

salam Huda...seblm tu, may be blm terlambat utk aku ucapkan happy mothers day!!

mak nko sihat???lamanya x jumpa mak nko. Ntah2 dia pun dh tak ingat sgt aku agaknya. mesti lega sepanjang mak nko ada kat umah. at least ada teman berbual. sama lah ngan mak aku, klu jumpa tu, ada je cerita terbaru. mak aku pun suka tengok drama melayu. lg pun itu je lah citer yg dia boleh faham kan.hihi. aku pun jrg sungguh dpt tengok tv. sibuk ngan hal bdk2 je.

UmmuSarah said...

Insya ALlah, emak kita masih ingat lagi pada kedua2 Suzi & Ain. Ada jugak pernah tunjuk blog2 kome kat dia...hehehe...tapi dia tak dpt baca sebab mata dia tak nampak. Maklumlah, dah tua. Tahap rabun dekat emak tu dah tinggi sangat. Tak lama lagi, kita pulak lah yg akan begitu. Dunia begitu pantas berlalu. Usia saban hari semakin meningkat. Selagi ada emak di sisi, kenalah ikhtiar utk ikram sebaik mungkin, iya tak? Kalau tak, bila dia dah takde, tentu kita menyesal.

Suzi, akak tumpang simpati ngan keadaan mak Suzi. ALhamdulillah, dia dah beransur pulih. Insya ALlah, berkat doa Suzi sekeluarga, ada rezki dan umur utk bertemu dia kelak. Akak tak dapat bayangkan kalau mak akak sakit. Selama ini dia yg banyak beri kekuatan pd akak. Dia pun lebih kurang macam nenek Suzi. Umur mereka pun sebaya kan? Sentiasa ada aje aktiviti2nya.

AIn,

Mcm mana nak tahan diri ekk dr tengok tv? Aku nie mmg lemah. Kalau boleh nak aje aku bungkus tv masuk kotak. Kalau boleh aku usaha utk tak duk depan tv tu. Kalau aku dah mula duduk...hai...alamatnya tak bergerak la. Macam frozen kat situ. ALhamdulillah aku takde Astro. Hubby aku selalu pujuk pasang Astro sbb dia nak tengok discovery. Aku bagitau kat dia ...tak boleh pasang astro sbb iman aku lemah...hehehe

Ida said...

Salam perkenalan....can i link ur blog?

ain said...

salam huda..umah aku pun x de astro sbb hubby aku tak nak. nko tau le dok johor ni channel spore n indon pun dh terlalu byk. lg pun we all x berapa berkenan ngan programme2 astro. laki aku anti sungguh ngan AF.hehe

bargainhunter said...

Tumpang iklan:

Product dari UK ke Malaysia.

http://www.bargainhunteronlineshop.com/

Finie

UmmuSarah said...

Wanida,

Terima kasih dtg singgah :)

U r more than welcome to link to my blog. I do apologize in advance, if my writings are intermittent. Kekadang tulis...kekadang senyap. Begitulah keadaannya diri ini :(

musa said...

Assalmkum, bila baca kesah ibu anda saya teringat dizaman ibu dan bapa saya masih ada, mengalir air, jika laut bertebing tapi kasih ibu x bertebing, saya teringat satu kesah dizaman syaidina umar r.a seorang telah datang kpd umar dan bertanya dia telah berkhidmat kpd ibubapanya sehingga dia terpaksa mengendong ibu dan bapanya ketika mandi dan sebagainya, maka dgn khidmat yg sebegini hebat dan ikhlas dia bertanya umar adakah dia telah cukup sempurna khidmatnya, kata umar belum lagi, maka dia teroperanjat dan bertanya kenapa, kata umar, semasa kamu berkhidmat pada ibubapa kamu, dalam hati kamu ada tersedik aku berkhidmat ini sementara mereka masih hidup, jadi kamu berharap mereka akan mati teytapi dalam hati ibubapa kamu sentiasa mereka berdoa atas kesejahteraa dan keselamatan kamu dunia dan akhirat. Itu bezanya kita dan ibubapa kita. Jadi utk semua pembaca berlhidmatlah kepada kedua ibuabapa dgn penuh taat dan kasih sayang, jika mereka sudah tiada doalah selalu kpd mereka semoga mereka difedzaI ALLAH SWT. AMIN