Wednesday, October 28, 2009

Duniaku


Lama betul tak datang update blog ini. Kekadang terfikir nak berhenti saje tapi terasa rugi pulak. At times, blogging has its benefits...

Alhamdulillah, di tempat kami, Allah hantar jemaah demi jemaah. Allah mmg sayangkan saya. Saya sahaja yg melepaskan peluang demi peluang utk mengambil sepenuh manfaat dari kehadiran mereka. Kesibukan dunia memang bukanlah alasan. Yang kaya sibuk menguruskan hartanya. Yang miskin pula sibuk mencari harta. Masing-masing sibuk dengan keperluan dunia. Namun, di sisi Allah, dunia ini lebih rendah nilainya dari sebelah kepak nyamuk.

Pada hakikatnya, rasullullah saw telah berpesan dalam hadisnya yg telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra. bahawa sepagi atau sepetang di jalan Allah swt adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. Hidayat tersebar dengan hijrah, dakwah dan nusrah. Jika telah ada jemaah yg sanggup berkorban utk hijrah dan dakwah, maka adalah tanggungjawab saya utk nusrah. Saya sendiri yg perlu kepada hidayat itu.

Allah amat sayangkan hamba-hambaNya. Walaupun berkali-kali hambaNya itu telah mengingkariNya. Bukankah Allah telah berjanji, air mata tangisan taubat hamba-hambaNya dapat memadamkan lautan api neraka? Pernah suatu ketika, Allah swt tlh memerintahkan Nabi Nuh utk membuat tembikar. Maka Nabi Nuh as. tlh menurut perintah dan membuat tembikar2 yg banyak. Kemudian, tiba suatu ketika, Allah swt tlh memerintahkan Nabi Nuh as utk memecahkan semua tembikar2 buatannya. Maka Nabi Nuh pun tertanya2 kenapa dia diperintahkan sedemikian. Nabi Nuh tidaklah mengengkari perintah Allah swt, cuma dia terdetik pertanyaan itu. Allah swt dengan kasih sayangnya, mengajar kita tamsilan ini. Dia memberitahu kepada nabi Nuh as, sebagaimana sayangnya nabi Nuh as kpd tembikar2 buatannya itu, maka lebih2 lagi sayangNya Allah swt kepada manusia yg tlh Dia ciptakan. Maka Allah swt juga tidak ingin memusnahkan manusia. Antara 18,000 maklhuk ciptaan2 Allah, manusialah makhluk yg teristimewa. Manusia diciptakan dengan adanya permulaan namun tanpa pengakhiran. Setelah diciptaNya manusia, maka manusia itu akan kekal selama-lamanya. Cuma manusia itu beralih2 alam. Masya Allah, sebenarnya, ini semua saya dengar dr bayan jemaah masturat pakistan yg sekarang berada di tempat kami. Insya Allah, semoga apa yg saya catatkan ini dpt memberi manfaat kpd diri saya dan dpt kita kogsikan bersama. Renung-renungkanlah.

7 comments:

ain said...

Assalammualaikum!!! Lamanya tak dengar berita! Apa khabar nko n family?Semoga selalu dibawah rahmat Allah!!!

namaku ina said...

assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

subhanallah... Allah benar2 amat sayang pada hamba2-Nya.. terimakasih sudah berbagi..

salam kenal dari Na di Jakarta ^___^

UmmuSarah said...

Wa alaikummussalam wrm wbrkth,

Terima kasih atas doa2 kalian dan kesudian dtg singgah. Rinduuu pd kawan2 ;)

Insya Allah, lepas nie sy akan cuba lebih rajin update blog nie.

raidarasit said...

salam..rajin-rajinlah..tulis blog ni...boleh idah ponders on your thoughts..

u put your thoughts nicely into words..alhamdulillah n inshaallah brings the benefits to others who reads them.

Suzi said...

salam kak nurul...
tak sabar nak balik ni...macammana agaknya suasana kat sana...
moga kita berjiran lagi hihihi...

UmmuSarah said...

Raida :)

Welcome...hehehe...mmg berangan nak tulis selalu, tapi selalu angan-angan je. InsyaAllah, dah start cuti sem nie, bolehlah tingkatkan usaha. Jangan puji2. Se mmg kita tak layak. Antara sbb kita menulis ni pun, utk mengingatkan diri sendiri. Diri saya yg masih banyak perlu diperbaiki.

Suzi,

Tak sabar nak tunggu korang balik. Ha, rumah kat sebelah kita org masih kosong. Kalau kome sudi, teman lagi-lagi le berbesar hati.

Anonymous said...

ini blog yang bercakap pasal niqab tu ke? eee.. saya baru pakai niqab lepas balik dari umrah tahun ni.well i love it. saudi niqab memang cantik, kain dia lembut, sejuk, breathtable...dan ok la. nape la orang dengki sangat kalau orang nak pakai niqab atau purdah.patut semua wanita malaysia pakai niqab.baru best. harap bilangan niqabi bertambah Insya Allah.