Memang tak seronok hidup merantau. Hidup berjauhan dari ibu-bapa, adik beradik dan kaum keluarga menimbulkan rasa rindu yang menebal. Kekadang, bila keluarga berkumpul untuk bersantai, mengeratkan silaturrahim ataupun meraikan sesuatu majlis, maka hati rasa pilu dan terkilan kerana tidak dapat memenuhi undangan. Dengan keadaan kenaikan harga minyak di pasaran, maka berlebih-lebih lagi terasa bahananya. Semakinlah kami rasa tersisih dari aktiviti2 keluarga.
Bila dah jauh dari keluarga, maka jiran2 dan teman2lah menjadi penggantinya. Merekalah yg sama2 mengambil berat susah-senang hidup di perantauan. Terkadang, teman2 menjadi begitu akrab sehingga kita merasakan mereka seolah-olah sebahagian dari keluarga kita. Saat gembira dan berduka di kongsi bersama. Alhamdulillah, begitulah yg sebaiknya.
Semenjak kami berada di Darul Ridzuan ini, Alhamdulillah, ALlah telah pertemukan kami dengan beberapa keluarga yg begitu baik. Bersama2 kami belajar utk mujahadah dan bersusah payah mengislah diri & keluarga. Bak kata Hamka, kami sama usaha utk menjadi yg sedikit. Sudah pasti, tidaklah mudah menentang arus suasana. Apa lagi buat kami yg baru2 ingin belajar untuk usaha atas iman di saat2 pertengahan usia. Di saat dunia itu telah begitu kuat cengkamannya di dalam hati2 kami. Di saat diri sudah serasi dengan hidup yg alpa dan penuh angan2 yg sia-sia.

Asbab keperluan pekerjaan, satu demi satu teman2 yg telah meniggalkan kami utk pergi merantau jauh ke luar negeri. Walau mereka jauh di seberang lautan namun kami sentiasa terkenang dan merindui mereka. Kami sentiasa berdoa agar Allah swt pilih dan kekalkan kami semua dalam dakwah rasulullullah saw. Semoga ALlah swt merahmati persahabatan2 ini dan kita semua dipertemukan di dunia dan juga di akhirat. Agar di akhirat kelak kita dipilih Allah sebagai manusia2 yg duduk di atas mimbar2 mutiara. Bukan kerana kami dari golangan para anbiya dan shuhada, tetapi kerana di dunia ini, kami datang dari kampung halaman yg berbeza2, kami berkumpul di dunia utk membesar2kan Allah swt, kami berjumpa dan berpisah semata2 kerana Allah swt. AMin.