Wednesday, August 22, 2007

Routine Harian


Insya Allah, hari ini, Abang akan berlepas ke Bangladesh setelah lebih dari 2 minggu di Sri Petaling. Tak taulah berapa jam pernerbangan ke Bangladesh itu. Semoga, ALlah selamatkan mereka dalam perjalanan. Kami di sini sentiasa mendoakan.

Semenjak abang tak ada di rumah nie, rutin harian kami menjadi begitu mudah. Sebelum maghrib kami sudah harus sampai ke rumah. Kunci pintu dan bersiap sedia untuk solat. Lepas solat maghrib, lebih kurang pukul 8 malam kami semua duduk untuk taklim. Lebih kurang 30-40 minit bergantung pada hadith2 yang dibaca dan topik muzakarah yang dipilih. Lepas taklim, Insya ALlah, kami semua siap sedia untuk solat Isyak.

Usai solat, kami masing2 habiskan bacaan Al-Quran atau bereskan kerja2 sekolah. Selalunya, kami makan sebelum masuk waktu maghrib supaya ada lebih masa di malam hari untuk buat kerja2 lain. Lagipun, makan sebelum maghrib itu sunnah. Insya ALlah, kalau istikhamah melakukannya, dapatlah pahala sunnah. Ganjaran seratus pahala mati syahid untuk setiap sunnah yang dapat kita amalkan secara istikhamah. Di mana, di zaman sahabat2 dahulu, untuk mendapatkan satu ganjaran pahala mati syahid, mereka harus meyatimkan anak2, membalukan isteri2 mereka dan mereka sendiri mati dengan begitu dahsyatnya sehingga ada sahabat2 yang dijumpai dengan mayat yg hilang kaki, tangan hatta kepala mereka sendiri. Itulah yang harus kami ingat2kan pada diri kami sendiri dan anak2 sewaktu iman kami lemaaahhh dan malaaassss untuk mengamalkan sunnah nabi muhd saw.

Semenjak suami dah tidak ada di rumah nie, kami selalunya masuk tidur pukul 10 malam. Bagus jugak. Dapatlah kami bangun awal keesokan harinya...cergas dan bertenaga untuk hari yang baru. Inilah antara hikmah ketiadaan suami di rumah. Kalau tidak, memang letih. Tidak menang tangan unatuk melayan suami, anak2 dan khidmat rumah. Suami pulak, selalunya balik dari masjid/mesyuarat/program ilmu/kenduri/khususi.. lewat malam. Kadang2 sampai mencecah 12 malam. Memang penat juga kalau nak kena layan makan2 & borak2. Esok pulak, pagi2 dah kena bangun utk tugasan2 baru. Hmmmm, sekarang nie, Allah bagi cuti panjaaannng :)

Nota Kaki :
Isteri mana yang tidak rindu....Namun, suami tersayang pergi mencari redha Allah. Semoga, Allah terima pengorbanan kami yang tidak seberapa ini. Semoga Allah campakkan ikhlas dan istikhamah dalam setiap amalan kami. Amin

No comments: