Friday, April 3, 2009

Fikir Sesaat

Masya ALlah, semenjak dua menjak nie...saya sibuk bangat sihhh. Maaf ye, tak sempat pun nak catch up dan baca entry kawan2 apalagi nak buat entri sendiri. Still, malam nie, saya paksa diri utk duduk dan tulis at least satu dua perenggan supaya blog saya nie tak jadi outdated & bersawang...hehehe.

Sebenarnya, saya dah mula buat part-time teaching. Ehmmm...kat tempat dulu jugak. Masa resign dulu mmg tak terlintas langsung nak buat part-time nie. Iyalah, pengurusan rumah pun masih kelam kabut. Masih amatur dan banyak kerja yg perlu diperbaiki. Tapi memandangkan permintaan & rayuan kawan2 & ex-boss, maka rasa macam sombong pulak kalau asyik buat pekakkan telinga je atas permintaan2 mereka. Lagipun, susah jugak, everytime depa call rumah atau h/p saya terpaksa ignore atau reject call. Tak elok benar akhlak & muasyarat kalau dah macam tu. Depa memang desperate sgt sebab kekeurangan tenaga pengajar. Students pulak semakin bertambah. Kesian jugak depa. Lagipun part-time ini cuma 1-2 jam aje untuk 4 hari.

Org dah berhajat sesangat. InsyAllah, kalau kita dapat tunaikan hajat seorg muslim, maka Allah akan beri ganjaran seperti kita beriktikaf 10 tahun di masjid. Di mana, satu malam sahaja kita beriktikaf di masjid,maka ALlah akan jarakkan kita sejauh 3 parit dari api neraka. Dimana, jarak di antara satu parit adalah sejauh langit & bumi. Cubalah bayangkan betapa jauhnya kita dijarakkan dr api neraka. Hmmm...hebat tu. Tapi kena setting niat betul2. Buat kerja mesti kerana ALlah. Ishhh...susah tu. Tiap2 kalai terlintas aje bisikan2 syaitan, sy kena cepat istighfar. Maklumlah, sy ni mudah kalah dgn tarikan dunia. Bila kaki dah melangkah keluar rumah, maka angan2 pun dah jauh melayang...konon2 nya bercita2 tinggi tapi sebenarnya ia hanyalah tali yg menjerat leher sendiri. Istighfar...istighfar

Maka bermulalah episod saya mengajar. Siapalah sangka...saya dpt mengajar dlm keadaan berpurdah...di institusi pengajian tinggi swasta yg tak kurang hebatnya di Malaysia ini. Allahuakbar. Jika ALlah sudah menetapkan, maka pasti ia akan berlaku. Masa mula2 tu mmg saya sesgt2 cuak. Bolehke budak2 siswa/siswi ini terima cara pengajaran sy yg berpurdah? Adakah cara sy menutup aurat ini akan menimbulkan barrier? Akan kurangkah kualiti penyampaian sy nanti? Susah sy nak lelapkan mata pada malam sebelum kuliah itu. Berbagai2 perkara yg terlintas dlm kotak fikiran saya. Dapatkah sy kekuatan utk menyampaikan kuliah dlm keadaan yg berpurdah? Sanggup ke? Ish...kenapa lah sy bodoh sgt memberi persetujuan utk membantu?

Mmg first lecture tu jantung saya berdegup2 mcm nak luruh! Sebelum kuliah bermula, sy beri sedikit intro. Sy beritahu mereka bahawa sy berniat ikhlas utk membantu. Jika mereka rasa janggal atau susah nak terima pengajaran sy, maka sy akan tarik diri. It's a trial period for both me & the students. Alhamdulillah, sebenarnya, Allah jua yg dpt memberi kefahaman kpd pelajar2 itu semua. Sya buat yg terbaik & di akhir kuliah, sy meminta maklum balas dr pelajar2. Mereka semua berpuas hati. Tiada yg merasa ada apa2 kekurangan dlm pembelajaran mrk di dlm kuliah yg sy sampaikan. MasyaALlah...rupanya ALlah nak lihat usaha & keazaman sy. ALlah nak uji setakat mana sy sanggup mempertahankan pakaian sunnah sy.

Begitulah kisah yg telah berlaku. Kini, telah genap 2 minggu sy mengendalikan kelas itu. InsyaALlah, azam kami, semoga cara sy ini dpt menjadi syiar dan membuka minda pelajar2 itu utk mereka mula memikirkan matlamat kehidupan mrk. The fact remains...What is the purpose of our life? Kenapa kita wujud di muka bumi ini? Adakah sekadar utk mengejar cita2 dan menghimpunkan harta, pangkat & nama? Mafhum sebuah hadis nabi Muhammad saw - Sedetik kita berfikir atas agama dlm diri kita maka adalah lebih baik dari ibadat sunat 60 tahun. Marilah kita fikir2kan arah & tujuan hidup kita di bumi yg fana ini.

Beautiful Hijab SOng

16 comments:

Sofinee Harun said...

Bila kita jaga niat and buat sesuatu kerana Allah, Insya Allah Allah akan mudahkan.

Samalah macam say jugak dulu masa kerja. MAsa mula2 nak minta kerja memang cuak jugak. Boleh ke org terima kita berpurdah, lebih2 lagi kat UK pulak. Tapi, tulah, bila kita dok keluar ingat rezeki tu haq milik Allah. Bukan kita yg menentukan. Segala perintah Allah bukanlah untuk menyusahkan kita. Sebenarnya kita selalu lebih takut dengan bayang2 sendiri.

Setelah melalui sendiri bagaimana bekerja dengan berpurdah rasanya keyakinan lebih tinggi dan kekuatan yang Allah bagi adalah luar biasa.

alhamdulillah, moga menjadi pembuka kepada orang lain bahawa berpurdah bukan alasan untuk tak boleh hidup 'normal' macam orang lain dan jugak bekerja bukan alasan susah nak pakai purdah.

Syabas!

Suzi said...

salam kak nurul...
Alhamdulillah...
dah buka minda/ubah pandangan org tentang wanita berpurdah.
tak sangka ye... akak blh mengajar balik...Allah Maha Berkuasa....

Baitijannati said...

alhamdulillah...berkat usaha n azam akak..Allah telah permudahkan pkerjaan akak..smoga identiti berpurdah bukan shaja terletak kpada org yang ada usaha atas agama...tapi sbnarnye utk semua kaum muslimah...x kira bekerja atau tidak...

moga Allah s.w.t dapat membuka hidayah student siswi akak asbab cara keterampilan akak...

mabrukkk...:)

Unknown said...

Salam,wah2,,,hadith nabi saw,isteri yang merelakan suaminya keluar jalan Allah,akan masuk syurga 500 tahun dahulu dari suaminya,,didik anak2 dengan cara islam,jadikan rumah kita (orang islam semua) sebagai masjidilbait.....

izat said...

Assalamualaikum kak,
MasyaAllah.. betul lah apa yg akak tulis tu.. teringat dulu masa saya mula2 tukar penampilan dari biasa2 kepada pakai tudung labuh (Semoga Allah beri kekuatan pakai purdah). Masa pergi interview utk jawatan site QS di tapak bina tak sangka dapat. Ustazah yg jadi jiran sebelah rumah pun terperanjat sebab depa ingat orang pakai tudung labuh susah dapat kerja gaji lebat, kat tapak bina pulak tu.
Bayangkan orang bergelar ustazah pun tak yakin dgn menutup aurat dgn sempurna.
Tapi itu lah kelebihan menutup aurat di tapak bina, Allah banyak bantu dan pelihara kita dalam serba serbi.

-izat (ahliah mutakalim)

ain said...

Alhamdulillah segala2nya dipermudahkan Allah. Agaknya mmg rezeki nko utk menyampaikan ilmu.

ummsaal said...

salam kak norrul. respect ahh kat akak. insyaAllah one day nak ikut cara akak heheh... :D
peace!
wassalam

azharjaafar said...

Salam,
InsyaAllah smuga istiqomah dlm beramal.

Ahlia Azhar

UmmuSarah said...

ALhamdulillah,

Jazakillah kawan2 kerana beri semangat utk saya yg lemah nie. Sememamangnya itulah tugas kita sebagai saudara2 seIslam. Insya ALlah, dengan doa & nasihat kawan2, semoga ALlah beri saya ikhlas & istiqomah dlm amalan2 kebaikan.

munadhia said...

salam.akak, sy da lame brfikir utk pakai purdah.skang ni sdg membina kekuatan dalm diri...sy pnuntut uia dlm bidang senibina. 2 la dia, dilema sy pd pndagn keluarga dan kos pngajian...jga mslh istiqamah atau tidk. apa pndapt akak?

ain said...

Assalammualaikum huda! sibuk??lama x dengar kabar??dah ada email add lum?? klu dh ada kasi aku k.

UmmuNurul said...

UmmuSarah,

Saya juga ambil kesempatan ini, ucapkan tahniah pada akak, kerana berpurdah di zaman berteknologi tinggi, berhadapan dgn pelbagai ujian di semakin kita memperjuangkan agama Alla yg hak, semakin banyak yang menolak agama..harap akak kuatkan semangat dan iltizam, berpurdah bukan penghalang kita untuk memdidik, cabaran wanita berpurdah keluar berkerja lebih besar cabarannya daripada wanita spt saya yang duduk2 saja di rumah. Teguhkan iman dan takwa akak..Insyaallah, alah bisa tegal biasa.

Unknown said...

Assalamualaikum,

~~Salam perkenalan~~


Best regards,
Ahlia Azri.

MajlisImpian said...

Assalamualaikum,

~~Salam perkenalan~~


Best regards,
Ahlia Azri.

wani said...

salam, kak sy quoted pharase dr akak ye..mohon izin..

Unknown said...

assalamualaikum...doakan saya juga dapat kekuatan untuk berpurdah ketika mengajar di sekolah.