Wednesday, September 12, 2007

Kejayaan

Semalam saya berpeluang nusrah jemaah masturat Pakistan. Dalam bayan, ditekankan, konsep kejayaan. Apa erti Kejayaan ? Siapakah sebenarnya yang berhak untuk memberi definasi "kejayaan" ? Hanyalah ALLAH swt yang berhak. Apa itu kejayaan di sisi ALLAH swt? Bahawasanya, kejayaan di sisi Allah swt hanyalah sebanyak mana manusia itu dapat turut perintah ALlah swt dan tinggalkan larangan Allah swt sebagaimana yang telah di ajarkan oleh kekasih Nya iaitu, nabi Muhammad saw. Selama dekat sejam. Isu ini sahaja yg diuraikan. Kerana ini bayan khas untuk masturat, depa banyak bagi targhib pd wanita.

Kejayaan wanita, bukan pada zuriat, kecantikan, harta-kekayaan, pakaian yg cantik2 & mahal2, keturunan, pendidikan etc. Kejayaan adalah dgn mengikut perintah Allah swt sebagaimana yg telah di bawa dan di ajar oleh Nabi Muhammad saw. Jadi, apa perintah Allah swt pada wanita? Hmmm, itulah tujuannya kita mesti menuntut ilmu, supaya kita dapat belajar apa yang Allah perintah dan apa yang Allah larang pada setiap masa dan dalam setiap keadaan. Juga dengan ilmu, kita dapat tahu mana perintah yang wajib di dahulukan dan mana yang mesti dikemudiankan. Dalam bayan juga disebut, antara perintah Allah swt yg wanita MESTI jaga termasuklah amal-ibadatnya, auratnya, adab-pergaulannya, khidmat/tanggungjawabnya etc. Tanpa mengikut segala perintah dan larangan Allah swt, maka tiadalah kejayaan.

Semoga apa yang saya dengar, Allah swt beri kefahaman. Dan juga, Allah swt bantu saya untuk saya amalkan dan sampaikan pada orang lain. AMin

1 comment:

abu_harraz said...

Subhanallah....
Termenung seketika...

Adakah aku akan berjaya...?

InshaAllah...(sangka baik dgn Allah)